Friday, October 15, 2010

Memori Bersama Ap - 17/09/2010 Jumaat ~ di hospital tg karang

hidung mak yang tak henti-henti mengalirkan darah dan keadaan baju mak yang dipenuhi darah membuatkan aku tergamam dan membisu. tak sepatah pun perkataan terucap. remuk hati aku tengok keadaan mak yang aku anggap kecederaannya serius.


tangan mak terkapai-kapai mencari tangan aku. tapi aku tak mampu nak sentuh tangan mak. aku tengok muka mak tepat-tepat rupanya baru aku tahu yang penglihatan mak kabur. hanya mata belah kanan sahaja yang terbuka sedikit. mata kiri membengkak dan tertutup rapat. dahi mak menggunung bengkaknya. hidung tak usah nak cakap bengkak dan sentiasa mengalirkan darah. sebelah kanan dan kiri hidung dipenuhi dengan jahitan yang memanjang ke bawah. tiap kali mak tarik nafas setiap kali itulah bengkak atas dahi menggelembong sebesar bola golf dan bila mak hembus nafas gelembong itu sama-sama turun dan membentuk lekuk sebesar bola golf. korang dapat bayangkan kesakitan yang mak aku tanggung ketika itu?


apa yang dapat aku katakan muka mak dah tak macam muka mak. kalau tak kerana baju yang mak pakai aku dah tak kenal mak aku sendiri.


mak tak putus-putus tanya ap mane. hanya airmata sahaja yang menjawab setiap pertanyaan mak. kemudian mak tanya kaklong mane? baru aku sedar yang aku tak nampak kelibat kaklong? aku tanya kaklong mane? kaklong?

iza jawab kaklong ok. kaklong dalam kereta? kereta mane? kereta rashid. betol ke ni kaklong ok? kaklong ok.

tangan mak masih terkapai-kapai cari tangan aku. aku tak mampu nak menyambutnya. mata aku berpinar-pinar. aku nampak baby dari jauh merenung sayu ke arah aku.

aku panggil baby. baby berjalan lemah dan terus peluk kaki aku kuat-kuat. dapat aku rasakan pelukan baby itu adalah pelukan keresahan apa yang baby lalui ketika itu. aku tengok baby atas bawah dan tanya baby ok baby ok. kesian baby sekecil itu dah melalui macam-macam dugaan. aku tanya baby ok ke. baby tak cedera? baby angguk. aku cakap nino sayang baby. nino sayang baby. baby angguk dan mengalirkan airmata.

aku toleh belakang nampak abanglan turun kereta. aku berjalan lemah ke arah abanglan. belum sempat sampai aku dah rebah. dan aku sedar ada orang goncang-goncang badan aku. aku terus bangun. dalam masa yang sama aku nampak nurse tolak stracher. bila nampak nurse aku cepat-cepat cakap saya dah ok.

mana boleh....tadi awak pengsan. awak kena masuk dalam. saya periksa awak.

tak saya dah ok.

eh awak pengsan tadi. biar saya periksa awak kat dalam.

cepat-cepat sedara amin papah aku masuk kereta abanglan. dalam kereta aku dah rasa nak muntah sebab kepala aku sakit sangat. pandangan aku dah kabur. aku tahan aku tak nak muntah sebab kalau aku muntah nurse yang masih tercegat kat luar kereta confirm paksa aku masuk dalam. aku pejamkan mata dan istifar selawat nabi dan baca al-fatihah berulang kali.

aku toleh kanan nampak abanglan hampir-hampir terjelepok depan mak bila tengok mak parah sebegitu rupa. nasib baik ada dua orang belakang abanglan yang pegang badan dia.

kemudian sedara amin ubah kereta abanglan sebab parking depan kecemasan.

aku tanya ap macam mane?

ap tersepit. cedera parah kat muka. tempat lain semua ok. ap meninggal di tempat kejadian. kakkkkkk sabar ya kak. sedih memang sedih. saya pun sedih. kak banyak-banyak sabar. kak kena kuat sebab mak akak.

tak mampu lagi aku tanya ap cedera macam mane. tak mahu dan tak mampu lagi aku dengar. kelu lidah aku.

aku bayangkan kesakitan yang ap rasa.

adakah ap meninggal masa dalam tido dan tak menyedari yang dia terlibat dalam kemalangan?

adakah ap jaga masa tu dan merasai kesakitan kesengsaraan dan baru meninggal dunia?

Ya Allah Engkau yang maha mengetahuinya. rahmati dan berkatilah roh ap.

bila abanglan dah ok, sedara amin yang tadi datang dan pandu kereta patah balik ke depan kecemasan nak bawak naik mak.

aku tanya lagi........macam mane keadaan yang lain masa kemalangan?

dorang semua pengsan dan sedar masa di hospital. kecuali baby. baby sorang yang sedar dan tak luka sikit pun. amin langgar lori berenti tepi jalan. kak sabar ya kak. Allah lebih sayangkan ap dari kita. aku angguk.

dorang ambek masa jugak nak naikkan mak atas kereta sebab semua yang dipegang semua sakit. aku dengar sedara amin cakap makcik saya mintak maaf saya dukung dan ampu makcik ya. makcik tahan ya.

abanglan bawak kereta dan cakap kita gi jumpa kaklong. kaklong kat depan. sebaik kereta berenti aku melompat keluar terpa kereta rashid.

Ya Allah remuk hati aku sekali lagi sebab kaklong yang kat dalam kereta tu dah bukan macam kaklong. muka kaklong besar dan membengkak. mata kiri kaklong bengkak sama macam mak dan amin. mata bengkak sebesar bola golf. aku nampak dahi kaklong berjahit.

aku panggil kaklong kaklong...nino ni...

bila dengar suara aku kaklong angkat kepala. mata kaklong tertutup rapat. dan cari-cari suara aku. kaklong hanya mampu cakap hah....hah....hah...

airmata aku mengalir deras dan menitik-nitik atas tangan kaklong. kaklong cakap....ap....ap....ap.

hancur lebur hati aku ketika itu. aku pegang muka kaklong pelan-pelan. kaklong mengerang sakit. aku cakap kaklong nino sayang kaklong....kaklong angguk dan kaklong cuba bukak mata dan cuba nak bercakap. aku cakap kaklong tido ok jangan cakap. tak boleh dah aku duduk depan kaklong sebab dada aku dah berombak kencang.

aku cuba call cikgu mokhtar. cikgu mokhtar ni cikgu ap masa kat sek ren pandan indah. cikgu ni walaupun duduk di pandan indah tapi selalu datang saujana utama jenguk ap. cikgu ni jugak adalah kawan arwah ena. so baik aku bagitahu cikgu pasal ap. banyak kali aku call tak berangkat. last aku sms bagitahu ap dah meninggal.

kemudian aku dengar yang kereta jenazah dah ready nak keluar so kami bergerak dulu. sepanjang perjalanan mak mengaduh sakit. mak cakap tengkuk sakit tak boleh toleh. mak cakap tangan kiri mak sakit. kaki kiri mak sakit. dan masa tu darah masih keluar dari hidung.

aku suruh mak istifar selawat nabi dan tido. itu sahaja yang mampu aku buat. bila mak mengerang sakit aku gosok pelan-pelan tempat yang sakit. tapi mak menjerit kesakitan tak bagi aku sentuh.

mak tanya lagi ap mane ni? ap ok ke?

ap ok.

jangan tipu mak....

tiba-tiba cikgu mokhtar call

+ assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh. kakkkkkkkkkkkkk saya baru baca sms. tadi saya ada kelas. ya Allah terkejutnya saya kak. kak ap macam mane? kebumi kat mana

- kebumi seberang perak

+ kak saya tak dapat datang. perak jauh. kalau sg buloh saya gagah datang kak. macam mane acidennya kak

aku tak boleh nak jawab banyak pertanyaan cikgu mokhtar sebab tak nak mak dengar.

kebumi sape noni? mak tanya....

aku diam terpaku.

kebumi sape? kebumi ap ke?

tak.........takkkkkkkkkkkk.........tak

aku tutup mulut aku dengan towel. aku menjerit dalam towel. aku nampak abanglan mengalirkan airmata. seksanya aku saat itu hanya Allah mengetahuinya.

jangan tipu mak. mak sayang ap tu. cucu mak tu.

Ya Allah Ya Allah kenapa aku kena lalui semua ni Ya Allah. nafas aku turun naik. dada aku terasa makin sempit.

aku sms hakim mintak no hp amelina dan aku call amelina

+ ninooooooooooo..............ninooooooooooooo

- amely amely

+ ninooooooooooooo betol ke famy ninooooooooooooooooooo

- ya betol

hanya airmata aku sahaja yang dapat menjawab pertanyaan amely.

kemudian eqa call....

+ makcik saya kawan famy........saya nak tanya betol ke famy............

- betol.......betol...........

aku dah tak ingat apa lagi yang eqa tanya dan cakap sebab aku kena tahan tak nak cakap depan mak.

kemudian zul call tanya soalan yang sama. dan karina call jugak tanya persoalan yang sama.

ada 2 3 orang lagi call tapi aku tak ingat nama dorang.

semua terkejut dan nak kan pengesahan dari mulut aku tak percaya yang famy dah tak de.

aku nampak kereta jenazah yang bawak ap potong kereta kami. dan kami berada betol-betol di belakang kereta jenazah. hancur berkecai rasanya hati aku kereta jenazah yang kami follow itu membawa jenazah orang yang paling aku sayang kat dunia ni.

macam mane aku nak lalui semua ni. macam mane aku nak berhadapan dengan jenazah ap kat rumah nanti. mampu kah aku tengok jenazah ap.

walaupun aku redho dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah namun sebagai orang yang paling rapat dan orang yang sentiasa menggaru kepala ap....mampukah aku lalui saat-saat getir ini?

tiba-tiba aku terdengar-dengar....nino ap dah keja nanti gaji pertama ap nino nak ape?

nino nak perfume dkny....

ap...ap kan nak jadi pilot..nanti ap boleh tak bawak nino round the world?

boleh....ap bawak mana nino nak pegi.

sekarang sape nak bawak nino ap????

kereta jenazah tadi dah jauh meninggalkan kami di belakang. terasa lama sangat tak sampai-sampai. mak dah mengerang sakit. aku cakap kat abanglan lepas kebumi ap kita bawak mak balik hantar hosp batu gajah.

abanglan cakap mak tido jangan cakap.....aku nampak airmata abanglan dah mula bergenang.

9.20 pagi macam tu kami sampai depan rumah dan masa tu kereta jenazah dah mengundur nak keluar dari kawasan rumah.......

1 comment:

  1. alfatihah untuk ap, allah lebih sayangkan dia kak..

    hugs

    ReplyDelete