Tuesday, January 26, 2010

kisah benar tentang langs***

bulan 5 tahun lepas kawan aku bagitahu umah yang baru dia
beli dan duduk tu cam misteri nusantara

tengah sedap tido sekali turun air dari siling umah
banyak pulak tu dan airnya berbau hancing
kawan aku tu bukak lampu tengok siling elok je kering
pelik la jugak nak kata cicak shishi takan banyak kot


kisah tu tak berakhir di situ
tak lama pastu kat tengah rumah pulak
bertaburan air yang berbau hancing
kawan aku ni dah rasa lain macam

selalunya kalo kes cam gini tak lain tak bukan itu kencing langs***

dan kejadian tu berulang ulang

pastu langs*** dan berani main cak cak ngan kawan aku tu
kali ni siang2 hari dia berani buat hal
tiap kali masuk bilik tetiba rasa lain macam tengkuk meremang bulu roma tegak je
kejadian tu berlaku kat bilik depan bilik lain dia tak usik


kawan aku ni jenis kuat semangat, dia bercakap ngan langs***

dia cakap bebaik

"ini umah aku, ko jangan kacau aku"
" baik ko berambus dari sini"

itu ayat yang kawan aku selalu cakap kat langs*** tu
mula2 tu mebe dengar kata langs*** tu
lama-lama dia buat dono je
makin menjadi2
sudahnya kawan aku baca yasin berulang2 kali


kejap je langs*** tu ok
pastu datang lagik main cak cak lagik


kali ni dah berani datang depan2 kot
dan berani main2 kat tengkok kawan aku tu
tengkok sentiasa meremang

sekarang ni dia nak kawan ngan hubby kawan aku
hubby dia pun bila masuk bilik meremang segalanya
pastu lama pulak tu tegak bulu roma

dek kerana tak tahan ngan perangai kurang ajar langs***
kawan aku mintak tolong kat kawan dia yang arif pasal ni. kawan tu cakap langs*** tu bertenggek kat atas pokok kelapa depan umah dia

bila dengar je kawan aku tu nak tebang pokok kelapa depan umah dia. kawan dia cakap kalo tebang takut nanti lang*** pindah masuk dalam umah pulak. lagik kes naya kan

disuruhnya kawan aku letak al-quran yassin kat tempat mula2 langs*** kencing

tak cukop ngan tu dibacanya yasin berulang2. alhamdulillah senyap la buat seketika dan kawan aku anggap lang*** tu dah blah dari situ

satu hari tu.......

lepas kawan aku solat nak bukak telekung, sekali ternampak kelibat kat tepi tingkap. meremang tengkok dia

dah sah sah memang la menatang tu

rupanya dah tak boleh masuk ke dalam dia jadikan tepi tingkap port baru mengintai

bukan sekali dua banyak kali jugak kelibat tu menyelinap tepi tingkap

kawan aku ni dah rungsing sangat. dah tak semangat nak balik umah sendiri. katanya takan dek kerana lang*** dia nak pindah umah pulak

aku nasihat kat kawan aku tu jangan mengalah. cari ustaz atau orang pandai bab ni. jangan dibiarkan dia pulak control umah dan hidup kita. kena nyahkan dia dari situ. lagi dibiarkan lagi la menatang tu bermaharajalela kat dunia kita ni

aku citer kisah ni pada sorang lagi kawan aku....alahai dia gelak la pulak

kata dia aku dan kawan aku tu percaya karut marut kurafat

entah la tak kena pada dia boleh la kita cakap macam2. dah kena nanti baru tahu.......

aku tanya kat ustaz katanya baca surah al-baqarah ayat satu sampai abes, insyaAllah lari lintang pukang la menatang tu.

kisah seram menyeram ni berlaku jugak pada misah jiran kat belakang umah kaklong...kisah dia lagi seraaaaaammmmm. yang tu dia tunjuk muka dia...huh seraaaaaammm takot nak citer.

sepupu aku pulak dia dok mindef. yang ni hantu r***. hantu r*** ni berkawan ngan anak sulung dia. follow kemana saje anak dia pegi. sama macam kawan aku sepupu aku selalu nampak kelibat2. tiap kali menatang tu lalu tiap kali tu la bulu roma dia meremang. lama jugak menatang tu tinggal sesama sepupu aku. sudahnya sebab dah tak tahan dan anak dia selalu sakit2 panggil ustaz halau menatang tu keluar. alhamdulillah sekarang dah ok tak de nampak kelibat ke atau ape2 lagi.


4 comments:

  1. fuhhhhhh seram gila.. nak berkawan ke hape hantu tu....

    ReplyDelete
  2. kawan ed ada jugak benda halus ni yg dok berdamping dengan dia.. dia tak sedar.. sampai la baru2 ni benda halus ni kacau hubungan dia & husband.. husband dia yg penyayang sebelum ni tetiba ada affair ngan org lain, pas tu jadik panas jerk ngan dia, asyik marah2.. dia buat apa semua tak betul.. tengking2 etc.. mmg tak seperti selalu sampai dorang ni hampir bercerai.. entah camana dorang pegi jumpa ustaz, biler berubat baru tahu kawan ed ni ada pendamping yg dok kat dia sejak dia anak dara lagiks.. biler dah lama benda ni berdamping dengan dia, benda ni jadiks suka kat dia & benci kat husband dia & kalau boleh nak pisah kan dia & husband dia..

    Alhamdulillah lepas berubat segala.. akhirnya pendamping dia tu dapat dipisahkan dr dia.

    Mmg kalau masuk umah baru kan kiter baca surah al-baqarah kak.. ed mmg selalu tiap2 malam pasang ayat al-baqarah kat dvd... pasang ulang2 sampai pagi.

    ReplyDelete
  3. seriau baca kisah kawan ed tu. kesian kat dia.
    alhamdulillah dorang dah berbaik semula
    harap2 rumahtangga kawan ed tu berkekalan forever. macam2 ujian hiudp berumahtangga ni ye.

    oh ya ke ed, nanti akak cr dvd surah al baqarah tu sebab akak pun nak masuk rumah baru gak ujung bulan ni. thanks ya ed :)

    ReplyDelete