Saturday, January 30, 2010

makan ikut keperluan

pagi tadi on d way ke taman perpaduan ulu kinta tiba2 hb bawak kereta ketepi ketengah. mula2 aku tak perasan lepas tu rasa kereta tak stabil aku tanya hb kenapa kereta ni?


hb diam. aku pandang muka dia nampak mata kuyu semacam muka pun macam ada yang tak kena. aku tanya kenapa ni. dia diam. aku tanya kuat sikit baru dia respon. katanya dia pening. cakap pun dengar tak dengar je. aku suruh dia berenti ketepi dia tak nak. hb bawak kereta pelan di lorong kecemasan.


tengkok berat...bisik hb suara pelan. aku urut tengkok dan belakang kepala pelan2. sekali-sekala mata dia pejam. aku dah mula cuak. sekali lagi suruh dia berenti dia tak nak. dari jauh aku nampak traffic lite merah dan kereta cam tak nak berenti. masa tu tiba2 aku panik trafic lite dah dekat hb bawak macam biasa tak de tanda2 nak berenti. mulut aku macam terkunci. sekejap tengok hb sekejap tengok trafic lite. dah dekat sangat baru hb brake.


aku tengok muka dia pucat. muka dah takde perasaan. trafic lite hijau hb jalan aku sambung picit lagik sambil mulut bebel, tu la kenapa makan kerang. kan doktor dah cakap jaga makan. degil la....hb cakap dia tersilap makan kerang dia terlupa tak boleh makan kerang.


2 hari lepas mil teringin nak makan kerang rebus so dia pegi kedai sendiri dan beli kerang. dalam hati aku cakap ni kang mesti hb makan. tapi takan hb makan kot sebab dia tahu darah tinggi dia kritikal. aku tak la pesan atau ape ke.


aku kedapur tengok hb sedap je ratah kerang rebus. dia tengah makan so aku malas nak cakap ape. kang dia tengah makan aku bebel sentap pulak. aku bebel sorang2 dan cakap aku bagi 3 hari kat hb. dalam masa 3 hari hb mesti pening.


hah kan masin mulut aku...sejak hb kena serangan jantung dan darah tinggi aku jaga makan minum dia. kalo makan kat luar sebelum makan aku pesan awal2 apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. macam tu jugak kalo masak aku pastikan no kerang, no ikan masin, daging lagi la no no no no. makanan yang berkolestrol tinggi aku tak beli. telor dah berbulan2 tak masok dapur aku. cuma minggu lepas aku teringin nak makan kari telor. itupun aku beli 10 bijik je.


doktor cakap hb masih boleh makan telor tapi lepas tu gap kan dalam 2 minggu baru makan lagik. aku cadang nak gap sampai sebulan means bulan depan sekian2 haribulan baru telor masuk balik dapur aku.

itu lah yang terjadi kalo makan mengikut rasa tekak. sistem badan dah tak boleh terima semua tu. tapi nafsu makan mengatasi segala-galanya. sudahnya badan yang merana. aku stanby sekarang ni, tengok esok kalo tengkok hb masih berat macam batu aku terpaksa bawak gi hospital. dan biasanya kalo ke hospital dalam keadaan camtu sure admit la kan. kalo tak dibawak takut jadi ape2 kan.

setakat ni dah 2 kali hb kena serangan darah tinggi tahap kritikal jenis mata tegak camtu. aku tak nak berselindung lagi doktor cakap kalo kali seterusnya hb diserang sebegitu rupa cepat2 bawak ke hospital sebab takut stroke.

tadi aku dah blen daun sup bagi hb minum. lepas bangun tido hb cakap tengkok dah ringan sikit. alhamdulillah. kejap lagi nak rebus barli bagi dia minum banyak2.

kalo boleh aku tak nak hb admit, letih penat berkejar2 umah hospital. kalo masuk hospital hb nak aku sentiasa ada tepi katil dia. satu ape benda pun tak boleh buat.

aku pun ada darah tinggi border line gitu. sebelum ni aku belasah apa ada depan mata. sekarang dah sedar umur makin meningkat kena jaga kesihatan. sekarang kalo teringin nak makan benda yang tak boleh aku makan cth ikan masin aku bayangkan muka mak aku muka anak2 sedara aku. aku lebih beringat. aku dah ada tagline sendiri...kalo nak makan aku cakap sorang2 'ingat pada orang tersayang' so tak jadilah aku teruskan niat mengikut nafsu tekak semata-mata.

korang semua pun perlu jaga kesihatan. makan mengikut keperluan ok.


No comments:

Post a Comment