Saturday, January 23, 2010

takziah buat negeri johor

baru abes nonton pengebumian almarhum sultan iskandar alhaj
suasana sedih pilu dapat aku rasai

takziah buat kerabat DiRaja Johor dan rakyat Johor amnya

secara jujurnya dari dulu lagi aku memang mengkagumi sifat peribadi
sultan iskandar alhaj

walau susah nak tengok baginda tersenyum namun
tak tahu nak explain aku memang suka tengok baginda

tambahan lagi sultan ibrahim yang baru dilantik sebagai sultan johor
kawin ngan kerabat diraja perak tengku zarith sofia anakanda almarhum sultan idris shah

masa dorang kawin aku tingkatan satu tak silap
majlis keraian dibuat 7 hari 7 malam (tak silap aku kalo silap ampunkan patik)

antaranya upacara pengantin diraja berarak ke seluruh bandar kuala kangsar
aku dan kawan2 berbaris di tepi jalan nak nengok ngan mata kepala sendiri
pengantin diraja yang sangat jelita dan tampan itu

kereta bawak pengantin betol2 lalu kat depan aku
subhanaAllah kagumnya aku tengok betapa sepadannya pengantin diraja
tak berkelip mata rakyat jelata menyaksikan tengku zarith sofia dan tengku ibrahim
cantiknyaaaaaaaaaaa

rasanya pengantin diraja tercantik, tervogue dan sepadan masa tu
aku siap beli photo perkawinan baginda berdua
photo tu siap buh atas meja tulis

lepas je jenazah di bawa turun ke liang lahat
cuaca kat sini kat batu gajah ni tiba2 redup beransur mendung
dari kejauhan dengar bunyi guruh
petanda hujan nak turun

aku rasa bukan saja rakyat johor yang rasa kehilangan almarhum
tapi rakyat diserata negeri turut sayu
sebab baginda pernah jadi DYMM Yang Dipertuan Agung
sikit sebanyak memori semasa pemerintahan baginda terbayang semula

itu lah pusingan kehidupan
yang hidup akan mati
hanya amal soleh sedekah jariah saja
yang mengiringi kita

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda
dan ditempatkan dikalangan mereka yang solihin
al-fatihah

No comments:

Post a Comment