Wednesday, March 10, 2010

macam mane aku boleh terlupa??????

mak : zairi dah selamat operate. 5jam kat dalam.

aku : hah? la dah operate. hah betol la dia operate selasa.




alamak camane aku boleh terlupa. semalam sepupu aku operate. rabu lepas dia dah admitted. patutnya kamis operate tp OT penuh so pospon ari selasa.

aku dah janji nak tengok dia sabtu. sabtu aku buat ape entah terlupa nak jenguk dia kat hospital. dah malam baru teringatkan janji-janji manis ku pada dia. dah la aku janji nak bawakkan dia durian.

ahad sekali lagik aku terlupa. masyaAllah apa kena aku ni.

isnin pun aku terlupa. petang semalam dia operate boleh aku tak pegi.

korang nak tahu epf ngan hospital tu sekangkang cicak jer. dekat ya amat. sepelaung jer. sebelah epf jer. tu la kalo dah tak de rezeki nak jumpa dah depan mata pun boleh terlupa.

camane aku boleh lupa......arggghhhhhh aku terlupa.

petang semalam dalam 2 petang dia masuk OT dan keluar 5 jam selepas itu. keluar terus masuk icu. dok dalam icu 2 jam lebih then baru dia sedar. dah sedar dorang tolak dia masuk wad 4a.

aku doakan ko zairi selamat dan cepat sembuh ya. kalo apa-apa berlaku kat dia aku tak boleh maafkan diri aku sebab aku tak jenguk dia sekalipun selepas tahu dia dah admit.

so arini....walau apapun yang terjadi biar hujan ribut taufan aku tetap pegi jumpa zairi.

jangan la zairi pikir yang bukan-bukan pasal aku. sori sori sori. akak terlupa.

zairi ni sepupu aku belah abah. bapak zairi abang sulung abah aku yang kami panggil ayahtua.

aku, ena dan zairi kamcing sejak kecik-kecik dulu. pastu zairi berpisah*bercerai ngan isteri dia. lepas bercerai dia rajin lepak umah aku. so kami makin kamcing. tahun lepas before puasa dorang bersatu semula. alhamdulillah dah rujuk demi masa depan anak-anak yang masih kecik.

lepas dorang dah kembali bergelar suami isteri aku jarang contact zairi.

dan aku tahu pasal penyakit dia setahun lepas. apa yang aku tahu zairi ni maigrain dia macam ena. kalo maigran tu tahap hentak kepala kat dinding camtu.

kemudian bulan 11 tak silap aku dia cakap tulang belakang dia problem sebab jatuh main bola 4 5 tahun lepas. uh jatuh 4 5 tahun lepas baru sekarang problemnya.

yang dia operate semalam tu pasal tulang belakang. akceli ai dunno apa penyakit zairi yang sebenarnya. tak pe kejap lagi kol 12 time melawat aku nak tengok dia.

malam tadi aku tak berapa lena sebab rasa bersalah yang teramat sangat pada zairi.

ni tak sabar tunggu kol 12 nak pegi.

menyesal kenapa aku boleh lupa?????

No comments:

Post a Comment