Tuesday, March 16, 2010

tak nak pindah lagi. cukuplah sekali

tak boleh tido

sakit satu badan.

ahad aku, mak, kaklong, ap , baby dan famili abang aku berkemas barang di kuala kangsar dan pindahkan semua barang-barang ke batu gajah.

kami sewa lori adik amin tapi dia tak nak amek duit sekupang pun. dia niat nak tolong kami pindahkan barang. tq E. semoga Allah murahkan rezeki E sekeluarga....amin.

alhamdulillah selesai bab angkut barang.

stat ahad malam aku dah berkemas sikit-sikit. pastu pagi semalam 6.30 pagi berkemas sampailah 6.00 ptg berkemas kat dalam dan luar.

sekarang ni badan dah mula sakit-sakit. pinggang, kedua belah betis sehinggalah tapak kaki, tangan jari-jari, seluruh bahagian belakang semuanya sakit. tadi dah telah panadol activ fast kepala berdenyut-denyut.

10 malam dah tak boleh bukak mata so baring tapi pusing kiri sakit pusing kanan lagi la sakit. angkat kaki sakit. angkat tangan pun sakit. pinggang tak yah citer la dah tegang semacam jer.

tapi.......kenapalah mata ni tak mahu tidor. oh mata tidor la ko mata. aku dah tak larat dah ni. tolonglah.

malam ni tinggal aku ngan mak jer kat umah ni. tadi adik amin amek kaklong, ap dan baby sebab esok dorang nak mandi-manda kat lost world of tambun.

aku tak boleh join dorang sebab 10 pagi esok aku dan hb ada apoiment di imigresen. then 3 petang aku ada apoiment di greentown mall.

aduh sakitnya pinggang nak gerak sikit pun sakit. mata ni apa kenanya tak mahu pejam. rimas betol la. dah menguap empatploh kali dah.

ok citer pasal mengemas barang semua dah siap. pagi-pagi baby punya la rajin. dah tengah hari dah letih kot baby buat dek jer. aku laung pun tak nak menyahut.

so terpaksa jadi makcik kepoh bising-bising kat kaklong kena jadi kuli babun tolong angkat barang. ha ha ha kuli babun kata ko.

mana larat aku buat sorang-sorang. kalo 5 6 tahun dulu aku kuat angkat benda berat. selamba dek jer buat sorang. tapi sekarang terpaksa mintak tolong ngan babun-babun. hehehe

ya ampun kaklong ya ampun ap

mak mengemas kain baju yang tak tahu datang dari mana. berlambak-lambak kain baju.separuh terpaksa dibuang sebab dah kena makan tikus.

aku kemas pinggan mangkuk periuk belanga. ya Allah banyaknya pinggan mangkuk.dari mana datangnya. dah pindah baru tahu betapa banyaknya pinggan gelas cawan periuk yang besar-besar gedabak periuk besar yang tahap boleh berendam kat dalamnya. mana aku nak letak periuk besar-besar tu.

rasa cam nak sedekah kat orang jer separuh pinggan mangkuk tu. sementara abang aku belum buat renovation terpaksalah bilik belakang aku korbankan jadi stor merangkap dapur.

itupun kitchen cabinet kat rumah lama tak boleh hangkut.kalo dihangkut lagi tak tahu nak letak celah bedah mana.

letih kan pindah ni.. tobat tak nak pindah dah.

masa dok type ni pinggang tegak tak boleh kendur. berdenyut-denyut.

mata tetap segar tak de tanda-tanda nak tidor.

uiiiii tak boleh tahan pinggang sakit menyucuk-nyucuk. dah abes sebotol minyak angin aku lumur kat badan. panas pulak tu.

arini kan korang.......aku dah terkasar bahasa ngan mak aku. maklum badan letih so mulut jadi laserrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. esok pagi aku nak mintak hampunnnnnnnnnnnn kat mak :(

eiii mulut ni...

No comments:

Post a Comment