Tuesday, March 9, 2010

urusan di epf SELESAI!

awal pagi tadi aku sedikit down pasal sentap ngan seseorang. malas nak pikir lebih-lebih. malas nak layan. hantam sajalah labu.


11 pagi camtu abang aku call dia dah sampai batu gajah. arini kami nak ke epf. urusan ke epf patutnya 2 minggu lepas tapi ditunda sebab abang aku tak sihat masa tu.


abang aku masuk kereta aku tanya


aku: saving akaun ada bawak

abg : ada

aku : surat beranak ori ada bawak

abg : ada

abg : tapi ada masalah sikit ic tak de

aku : la...tak de ic caner nak buat urusan ngan epf

abg : tak pe kita gi jpn buat ic baru


so berdesup kami ke jpn. tengok orang punya la ramai. kerusi penuh. yang berdiri pun ramai.

gi ambek nombor. oh rupanya 10 orang je lagi. yang ramai-ramai kat situ mebe sanak-sedara sepupu-sepapat orang yang berurusan di jpn.

sementara tunggu giliran abang aku....aku teringat baik aku tukar alamat kat ic. bangun terus gi kaunter amek nombor. selang 3 nombor dari nombor abang aku.

elok duduk kat kerusi perut buat hal. AGAIN. apa la perut ni selalu buat hal time aku urgent. aritu tengah repair kereta perut buat hal. pastu kat jpj pun perut buat hal. kat income tax isnin lepas pun buat hal. ini sekali lagi buat hal. jenis yang bagi signal then tak boleh tahan gitu. gerammmnya.

turun bawah dan naik atas tengok ngam-ngam lagi 4 nombor je.

abang aku kena denda rm210 sebab ini kali ketiga dia hilang ic. sayangnya bagi jpn rm210. kalo beli perfume dah lepas tu. *ececeh tetiba ingat perfume sebab perfume aku dah tinggal kerodak jer

sampai turn aku....puan saya nak tukar alamat kat ic. dia pun ketuk-ketak kat pc then aku kena bayar rm10. dia bagitahu tunggu kejap lagi nombor yang sama akan dipanggil semula u pegi tangkap gambar kat kaunter 4.

belum sempat letak vontot nombor aku naik. berdiri kat kaunter 4...puan tudung puan lite pink tak boleh ni. puan pegi bilik solek kat sana ada banyak tudung kaler gelap. pegi tukar.

on the way ke bilik solek dalam hati cakap mesti tudung-tudung kat situ berbau dan renyuk. ish ish dah nak patah balik ke kaunter 4 cakap boleh tak esok saya datang balik nak snap picca. tak kannya boleh kan. so terus ke bilik solek. mak aih tak cantik kaler tudung kat situ.

yang kaler hitam tu bertompok-tompok putih macam hape je. kaler coklat gelap renyuk. selak-selak lagi nampak la ada satu selendang kaler coklat cam oren yang nampak semenggah sikit.

kat atasnya renyuk sikit. ah malas la cam ni. nanti dalam gambar nampak kedut-kedut nampak tak cung!

pastu terbalikkan selendang tadi nampak ok sikit. aku main sarung kot atas sebabnya aku pakai tudung sarung so tak pakai anak tudung. pin selendang tarik hujung selendang atas sikit belek belek ahhhhh ok la tu. ada kedut sikit kat tepi belah kanan.

dah siap, berlenggang-kangkung menuju ke kaunter 4 sambil tersengih-sengih cam kerang busuks. dalam hati ni mesti gambar tak elok ni. yakin 100%. dan dalam hati dah berikrar *apa yang aku ikrar biarlah rahsia..hehehe :)

dah siap snapo orang tu cakap 3 minggu dari sekarang ic baru awak siap. datang bawak ic lama dan resit bayaran. ok ok

pastu zassssssssss ke epf. kaunter depan cek semua dokumen dia kata ok. so boleh ambek nombor anta dokumen kat kaunter dalam.

sampai kat dalam, eksekutif kaunter cek sekali lagi dokumen. yang ni ok. yang ni ok. yang ni ok. yang ni ok. ahahah*gaya cam afdlin shauki dalam iklan toilet tu...... yang ni tak ok. puan nombor lot dalam geran tak sama dengan nombor lot kat resit pejabat tanah.

pulak dah. eh apa pasal tak sama ni????

nombor lot dalam geran ni nombor lot lama. lot dalam resit ni nombor lot baru.

puan pegi pejabat tanah mintak dorang keluarkan satu resit baru suruh dorang masukkan no lot lama...boleh?

pejabat tanah? ala saya takut dorang tak boleh nak bagi arini jugak. mesti dorang suruh datang ambek esok.

kalo nak ke pejabat tanah tak boleh submit arini kan. abang saya nak balik ulu langat lepas ni. abang saya datang dari ulu langat semata-mata nak buat benda ni.

ok macam ni puan call lawyer suruh dia buat satu surat mengesahkan nombor lot dalam geran dan nombor lot dalam resit adalah hartanah yang sama..boleh?

aku pun call lawyer bla bla bla...rasa nak nanges bila lawyer cakap arini dia tak boleh nak buat sebab dia ada kes kat luar. aku merayu mintak tolong pastu lawyer cakap datang kol 4 petang.

tak boleh la puan akmar kol 4...masa tu jalan dah jem. dari pasir putih nak ke ipoh ada 14 trafik lite ngan jam lagi. mesti tak sempat sampai epf sebelum 4.45.

macam mane ni...lawyer tu dah serba-salah

ok camni u datang kol 3.30 boleh. hah ok boleh. tq puan akmar.

jam baru kol 1 so ada 2jam setengah lagi. aku ajak abang aku balik batu gajah pi tengok rumah baru kami. abang aku tak pernah tengok rumah baru kami.

sampai rumah abang aku terus sukat-sukat dapur depan....sebab nak buat renovation.

aku tanya berapa ribu ni nak buat semua ni?

abang aku cakap dalam 5 6 ribu. fuh semangat. lega. aku ingatkan dalam 10 ke 15 ribu. mampus aku nak cari duit banyak tu.

memang la murahkan sebab beli barang jer. yang nak menghojekan renovation itu abang aku sendiri. dan tak yah la ambek upah yer..ala kira adik-beradik udah le. abang aku cakap lepas aku dah setel submit plan ngan majlis boleh la dia stat buat.

katanya dia bawak 2 3 orang budak indon tolong dia. dalam 3 4 ari siap...huhuhu bestnya 3 4 ari dah siap.

aku tanya nak bagi upah kat budak indon tu ker?

tak payah nanti abang aku kawtim ngan dorang. tak pe tak pe masa dorang buat keja nanti aku janji ada sarapan pagi ada makan tengahari ada minum petang dan makan malam yang super duper special punya.

uh tak sabarnye........

hah kaklong....means kaklong balik cuti sekolah bulan 6 nanti kaklong dah ada bilik sendiri. yeay yeay.

ok berbalik kisah ke epf. kol 3 kami gerak dari rumah then lawyer call surat dah siap.

alhamdulillah jalan tak jem. trafik lite semua kaler ijo. so perjalanan ke epf berjalan begitu lancar sekali. dan urusan di epf pun semuanya ok.

puan tunggu dalam masa 3 minggu kami akan kreditkan dalam akaun puan dan abang puan.

ok terima kasih!

fuhhhhhhhh lega. alhamdulillah selesai semuanya. just tunggu duit masyuk. ha ha ha

boleh la nak verangan kayo kejap. ala kejap jer pun boleh verangan.

kaklong ap.....makcik kayo makcik kayo.

No comments:

Post a Comment