Tuesday, April 6, 2010

lau motor pulak buat hal

dulu masa accident bulan januari aku geram kat M*a sebab banyak ragam. sekarang dah terbalik workshop pulak yang banyak songeh.


aku accident 24/3 kan. so 29/3 aku call ms ang lau motor tanya dia dah submit dokumen ke M*a ke? ms ang cakap belum sebab i sibuklah. ok ok sekarang i submit. aku tanya lagi bila adjuster datang. ms ang cakap kali ni adjuster tak payah datang, workshop estimate sendiri sebab sikit jer. oklah camtu so bolehlah kereta siap cepat. oh boleh, boleh siap cepat punya kata ms ang.


30/3 call M*a kebetulan shira yang angkat. terkejut dia kami accident lagi. dia pun dah jadi sangat friendly ngan aku. shira cakap file aku nor aziah punya kes tapi dia on leave, friday aziah keja.


shira bagitahu workhsop dah bagi value sikit jer dalam seribu lebih jer. tak ada apa-apa masalah anytime boleh approve tapi aziah yang kena buat semua tu.


jumaat pagi-pagi buta aku call aziah dan dia terus approved dan authorised file aku. katanya dia akan email ke lau motor.


aku call lau motor 20 kali tapi tak ada orang jawab. aku call pathma dorang punya manager. pathma cakap workshop terbakar 2 ari lepas so keadaan kelam-kabut, tnb dan telekom tengah repair.


pathma cakap oklah kalo M*a dah approved so dia akan approved kan sekarang jugak. kereta aku akan masuk workshop sekarang jugak. aku tanya bila boleh siap katanya paling lewat jumat depan. uh lega!


sabtu hati aku tak berapa sedap boleh percaya ke ngan janji pathma tu. so aku call lau motor. ms ang on leave so ms yip cakap M*a belum approve. dorang belum dapat email.


aik....apa ni. aziah kata dah email. ms yip kata belum. kalo belum dapat u follow up lah. tak kan aku pulak nak buat keja korang.


ms yip suruh aku call M*a ari isnin. lepas call M*a dia suruh call ms ang. kalo ikutkan malas aku nak dengar arahan ms yip suruh aku call sendiri. tapi kalo aku tak call lagi sakit hati.


isnin aku call lau motor tak berjawab. aku call pathma dia cakap isnin dorang tutup sebab chinese ada perayaan sembahyang kubur. &^%*&$# punya ms yip dah tahu isnin cuti dia suruh aku call isnin. saja nak bagi aku hangin satu badan.


aku tanya pathma kereta dah buat ke. dia cakap entah tak tahu. friday u cakap dah masuk workshop. entah i tak tahu. apa cakap belit-belit ni.


masih boleh sabar...tak pe tunggu selasa.


pagi-pagi tadi aku dah call aziah. aziah cakap dia dah email ari jumaat lepas. aziah cakap nanti dia call lau motor.


aku call ms ang dia cakap tak da email. aku tanya aziah ada call? tak da. u call lah aziah. ok i call aziah sekarang.


lebih kurang 10.30 pagi hb cakap dia tak sedap hati jom kita pegi workshop. kami pegi workshop ms ang nampak muka kami dia cam kelam-kabut. aku terus tanya ada email tak?


oh i belum check. tunggu jap i check. pending la. M*a pending belum approve ma.


mana boleh pending. i baru call aziah. u ada call aziah?


belum. i bizi ma. i tahu u bizi tapi sampai bila i nak tunggu u tak bizi.


ok nanti i call aziah. no sekarang i call aziah depan u.


aku bla bla bla ngan aziah. aziah dah hangin. kalo ms ang tahu pending patutnya dia call i kenapa pending. u bagi i cakap dengan dia. so i pass handphone pada ms ang. aku dengar aziah bising-bising. aziah mintak no fax dia nak fax approval dokumen tu.


aku pun bising u dah tahu u punya internet problem, patutnya u call lah aziah. sampai bila u nak tunggu. i bizi ma. bizi bizi itu je. memanglah u bizi sebab banyak kereta accident masuk sini. tapi u punya cara bikin orang panas ma. u janji nak call u tak call. lepas tu u salahkan orang lain.


ms ang cakap tunggu aziah fax dan dia akan approvekan. kebetulan ah hong supervisor masuk. aku terus tanya ah hong kalo approve arini bila boleh siap?


dia terus bawak kami pegi tempat parking kereta. dia tengok sikit jer. ketuk sehari. cat sehari. repair sikit hurm next week siap. aku push suruh dia siapkan kamis or jumaat sebab ujung minggu ni aku nak out station. dia cakap ok kalo ms ang dah approve.


cara ms ang tu memang meluat aku tengok. ah hong pun cakap ms ang lambat buat keja.


kebetulan nak keluar terserempak ngan director dorang. aku tahu sebab dia parking kereta kat tempat director dan terus masuk office ada tulis director. aku komplain pasal ms ang bla bla bla bla. dia cakap tak pe nanti dia personally gi check kat dalam.


aku cakap ramai orang komplain u punya staff lambat buat kerja. u punya staff selalu salahkan insuran lambat tapi sebenarnya u punya staff yang lambat.


aku cakap aku tahu bukan kereta aku sorang je dorang nak repair. berlambak-lambak kereta orang lain. tapi kalo aku tak follow up drastik cam tu entah bila boleh siap.


ms ang menyalahkan M*a. M*a menyalahkan ms ang. dah macam bangau oh bangau. yang mati kat tengah adalah pelanggan macam aku.


aku geram sebab ya ya je ms ang cakap nak call aziah. dan aziah pun cam ya ya je nak call ms ang. habuk pun tarak. sudahnya aku nak kena call dorang. mengabehkan kredit aku je. patutnya itu keja dorang. aku bayar insuran on time. ini balasan korang bila aku accident.


kalo aku tak follow up dah tentu sebulan cam aritu kereta aku tersadai kat situ. benci lah cam ni. kita tak de tempat nak mengadu.

1 comment:

  1. adui ai.
    complicated btul kesah akak nih.
    sabo la ye ^_^

    ReplyDelete