Wednesday, April 14, 2010

rabu 5.15pm

+ kaklong dah makan?

- belum. tak makan. tak tahu nak makan ape. tadi ikan apa ntah masak merah.

+ la makan la sikit. dah berapa ari kaklong tak makan nasik

- tak pe. kaklong makan biskut minum milo. nino biskut lexus coklat tu dah abeh

+ nanti kaklong beli kat koperasi or sabtu n kaklong outing beli k

- nino nak balekkkkkkkkkkkkk


aku terkedu beberapa saat


+ ala kaklong relax dulu. lama sikit ok la tu

- tak nak. nak balekkkkkkkkkkkkkkkkk. ninoooooooooooo


+ kaklong bla bla bla bla bla ok?

- oklah


dalam satu hari ada la 3 or 4 kali aku dan kaklong roger-roger. kaklong miscal sepantas kilat aku mengecal dia balik. cadang nak amek satu sub line untuk dia. kalo tak mahu melambung bil hp aku. nanti bising pulak mr bis bos aku tu.


walaupun tiap-tiap hari mengecal ber bye bye tapi hati ini terasa sangat kosong. sangat rindu. airmata ni bergenang je pantang ingat muka kaklong hah menitik-nitik-nitik. uh!


agaknya inilah rasa ena masa ap masuk star dulu. seminggu dua tiga tu asyik terpandang ternampak terdengar suara tercium bau badan dia. bila suap nasi ke mulut terus mikir apa kaklong makan. makan ke dia. kaklong ni payah bab makan ni. tak semua benda dia makan. harap-harap dok asrama ni dia belajar makan macam-macam.


sedih sangat masa nak tinggalkan dia isnin lepas. on the way balik semua diam membisu layan perasaan sendiri. sampai rumah terus mata ni pandang bilik kaklong. cium bantal dia cium baju dia. parah betol aku ni.


kol 2.40ptg je pegang enset kot-kot kaklong miscal. pastu kol 5ptg sekali lagi usung enset kulu kilir. malam 11.20 letak enset tepi bantal. dapat cakap beberapa saat pun jadilah. kalo tak tu hati ni rasa tak seronok :(


ayah dia relax je aku yang lebih. akceli aku dan mak yang lebih-lebih.

2 comments:

  1. Salam Kak Niza.

    Hehe. Adik nombor dua bongsu saya macam ni lah gayanya kak. Sekarang dia training nurse. Masalahnya pasal makan dan minum jugak, and selalu nak call mak itulah. Mak pun macam akak ni jugaklah keadaanya masa mula-mula dulu.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    Hah tu la pasal...akak yang terlebih risau.

    ReplyDelete