Friday, April 30, 2010

sukan sek ren saujana utama

selepas berkira-kira nak pegi ke tak nak pegi sukan baby, sudahnya hari khamis semalam aku naik train dari batu gajah jam 4.50 pagi. kol 6 pagi mak call tanya dah sampai mana. aku cakap baru lepas tanjung malim.
6.35 pagi ap pulak call bagitahu dia nak pegi lawan bola wakil sekolah. final sm saujana utama lawan sek sains kuala selangor. ap suruh aku doakan team sekolah dia menang. aku terus angkat tangan berdoa.
tepat jam 7 pagi sampai stesyen sg buloh terus amek teksi pegi saujana utama. sampai rumah 7.35 pagi. mandi siap-siap terus pegi sekolah baby ngan misah. sebelum tu nampak ayah baby dah siap-siap nak pegi sukan. dia ajak aku pegi sekali. aku cakap dah janji ngan misah.
8.20 kami gerak ke sekolah. sampai terus cari baby nak bagi moral support. aku nampak baby tengah sembang dengan kawan dia. baby tak nampak aku datang. aku berdiri belakang dia senyap-senyap. baby toleh belakang terkejut dia tengok aku. terus datang kat aku tersengih-sengih dan mata berkaca-kaca. sedih kot sebab nino sanggup datang dari jauh semata-mata nak tengok dia sukan.
huh touching pulak aku masa tu. aku nampak dia gesel-gesel mata dia. terus aku cakap pegi duduk kat depan and good luck.

baby masuk acara susun tin piramid. ada 20 orang peserta. peserta pertama, kedua, ketiga alamak begitu lemah gemalai lenggang mak inang. lari pun ala-ala malu tersipu-sipu gitu. sempat jeling orang kiri-kanan. jenuh la kita orang jerit lari, lari, lari, biru, biru, biru. peserta keempat kelima hingga peserta ke 19 menyelamatkan keadaan. lari selaju mahu. sedar-sedar dah potong rumah kuning, merah, ungu dan hijau. yeay yeay semua orang jerit kuat-kuat biru, biru,biru,biru.


aku pun terlebih excited. dah lama tak jerit lompat-lompat cam gini. huh best betul rasanya jerit lompat-lompat.
peserta sembilan turn baby. baby lari lajuuuuuuuuuuuu sangat. tak sangka baby kuat lari. lagi la aku lompat jerit-jerit.


tengok tu baby letak tin, aku jerit biru, biru, biru. peserta akhir pun lari laju macam baby. kami semua sorak kuat-kuat bagi semangat.
sekali.........................elok nak sampai garisan penamat nak bubuh satu lagi tin kat puncak boleh adik tu jatuh tersungkur. masa jatuh adik tu panik dia boleh termenung kejap. kami jerit adik bangun bangun lari cepat. baru dia tersentak.
masa tu peserta terakhir kuning dah sampai dulu. adik tu bangun melompat lari laju. dalam masa yang sama peserta akhir merah dan ungu dah dekat nak sampai kat adik tu. dorang bertiga lari sama paras dan letak tin terakhir serentak tiga-tiga sekali.
aku nampak peserta biru yang letak dulu. maknanya biru dapat no. 2. ramai jugak yang nampak macam tu. walaupun tiga-tiga letak serentak tapi biru letak dulu.
guru rumah ungu, hijau dan biru dah bertekak. masing-masing cakap rumah dorang no. 2. juri dah pening. ramai nampak biru letak dulu. tapi cikgu-cikgi taknak mak pak masuk campur. pengacara majlis pun masuk campur bila tengok dari jauh mak pak dah kerumun kat tengah padang termasuk la aku. hehe
pengacara cakap mak pak sila keluar dari padang dan duduk kat tepi. biar juri buat keputusan. keputusan juri muktamad. takde siapa boleh pertikai. hahaha
sudahnya inilah keputusannya


kuning no. 1



ungu no. 2

masa nilah mak pak masuk campur pertikai keputusan juri
tengok tu ada yang cekak pinggang. huhu


merah no. 3



kesian biru sudahnya dapat no. 4



hijau no. 5


juara, tempat kedua, ketiga dapat medal
ketiga dan keempat dapat satu kotak air soya bean
baby frust dapat no 4. tak pe baby tahun depan ada sukan lagi kan.
cadangnya aku nak balik batu gajah naik tren 6.30 petang. kol 2 lebih camtu aku, mak dan baby tertido dan terjaga dah 4 lebih. so tak jadi balik petang semalam. ap balik rumah cakap sekolah dia juara kalahkan sek sains kuala selangor 2 - 1. ap cakap lepas ni ada lagi games untuk wakil daerah dan kalau bagus boleh wakil malaysia. dan ada pemilihan untuk tajaan 100 plus team bola bawah 15tahun. tapi ap cakap cukuplah untuk tahun ni. aku paham maksud ap. ni dah nak masuk bulan 5 so ada kurang dari 5 bulan nak pmr. so lepas ni ap nak concentrate untuk pmr pulak ya ap. bagus bagus ap dah boleh fikir dengan matang tanpa perlu mintak pendapat orang dewasa.
pagi ni amin anta aku ke stesyen keretapi sg buloh naik tren 9.36 pagi. masa nak turun kereta, amin cakap terima kasih sebab aku sanggup datang dari jauh tengok baby sukan. terkejut aku amin cakap camtu. tak pe aku tak kisah. demi anak-anak ena aku sanggup buat apa saja. kan kan kan :)



No comments:

Post a Comment