Thursday, May 20, 2010

baby demam panas

muka budak baru lepas muntah




sepatutnya aku balik batu gajah hari isnin. atas permintaan anakanda terchenta 'nino, boleh tak balik ari rabu?'. 'eh tak boleh nino kena balik isnin jugak'. sudahnya termakan pujukan si baby tak jadi balik isnin tu.


pagi selasa sebelum baby pegi sekolah 'nino, boleh tak balik lepas baby balik sekolah? 'oklah, nino ambek baby balik sekolah pastu nino balik ok'


hari selasa tepat jam 1 tunggu baby depan gate sekolah aku nampak baby tak ceria. muka pucat semacam je. selalunya nampak muka aku terus melompat-lompat kali ni tak pulak. pelik jugak. ni mesti ada yang tak kena ni. aku tanya dah bagi hadiah kat cikgu? belum. cikgu tak datang. cikgu demam.


aku pegang tangan baby nak melintas jalan terasa tangan dia panas. pastu tanya baby nak keropok tak? baby angguk dan kami berjalan ke tempat jual keropok. aku rasa kepala baby panas. rasa tengkuk pun panas. baby demam ke? ha'ah baby demam kat sekolah.


sampai rumah masuk bilik terus cakap nino baby pening la. aku suruh dia tukar baju sekolah dan baring kat depan tv. baby baring dan cakap nino baby pening la. rasa badan baby dah panas macam terbakar. terkejutnya aku sekelip mata je badan baby naik panas.


aku tengah makan mak panggil baby dan rasa badan baby. tangan mak tersentap sebab badan baby panas sangat. baby terus letak kepala dia atas bahu mak. aku makan nasi cepat-cepat ajak ap pegi kedai beli cool fever dan cortal.


tampal cool fever tapi ubat cortal baby tak nak makan. pastu aku paksa banyak kali baru dia nak makan ubat demam syrup kaler pink. antibiotik langsung baby tak nak. tak sedap katanya. masa ni badan baby dah semakin panas risau pulak aku. so aku ambil towel kecik dan basahkan kepala dan lap badan dia. baby terlena.


aku baring tepi dia. bila tahu aku baring terus dia mengesot datang betul-betul tepi aku dan rapatkan badan dia yang berbahang itu. aku letak tangan atas bantal, baby angkat kepala dia tido atas lengan aku. aku tarik badan dia pelan-pelan rapat kat aku. aku peluk dia dan tepuk-tepuk. aku nampak air mata baby meleleh.


aku dapat tafsirkan masa tu mebe baby teringatkan mama dia. ya la aku yang dah tua ni pun bila sakit pening demam mesti teringatkan mak. inikan pulak budak kecik macam baby. aku cuba buat apa yang mama dia buat kalau baby demam. aku peluk dia kemas-kemas. aku cium banyak kali dahi dia.


baby alihkan badan dia menghadap aku sambil mata terkebil-kebil pandang tepat ke mata aku. entah apa yang ada dalam fikiran baby ketika itu agaknya. aku cium dahi dia cium tangan dia. pastu dia angkat kaki letak atas peha aku. lebih kurang setengah jam aku peluk dia tiba-tiba macam magik panas badan baby menurun. tak lagi berbahang macam tadi. masih panas tapi agak-agak suam camtu.


aku paksa dia minum air glukos banyak-banyak. setengah jam lepas tu baby dah boleh bangun dan ambil buku lukisan mengaler bagai. nino, boleh tak balik esok? ok nino balik esok.


dah magrib sekali lagi badan baby panas berbahang. menangis tak nak makan ubat. aku sms kat ayah dia, balik nanti suapkan baby makan ubat. sementara tunggu ayah dia balik terpaksalah aku tuam dan basahkan badan dia dengan air. aku bubuh air atas kepala sekejap je rambut baby kering. dan-dan tu jugak cari kain batik mama selimutkan baby. baby tahu aku selimutkan dia dengan kain batik mama so dia pegang kain batik tu.


9 lebih ayah dia balik terus terkam baby dan rasa badan baby panas berbahang. terus dia tarik tangan baby bawak keluar dan suapkan ubat. elok menganga je mulut baby bila ayah dia suapkan ubat. dengan aku tadi bukan main lagi tarik muka.


sepanjang malam aku tak berapa nak tido terjaga dan lapkan badan baby. tengah malam panas badan baby dah turun sikit tapi panas datang balik selepas jam 4 pagi. lepas solat subuh aku cakap kat baby kejap lagi nino balik tau. baby hentak-hentak kaki dia protes tak bagi aku balik.


katanya balik hari jumaat. jumaat kan hari jadi baby. aku cadang nak balik dalam kol 9 or 10 camtu. panas badan baby yang sekejap naik sekejap turun menyebabkan aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. alhamdulillah 12 lebih suhu badan dan makin menurun. badan dah sejuk sikit. tapi panas tu masih terasa kat kepala dia.


aku tanya baby boleh tak nino balik? baby pandang muka aku senyum dan cakap ok lah nino balik dulu nanti nino datang lagi tau. ok nanti nino datang. lega sikit nak balik. kalau tak rasa berbelah-bagi nak tinggalkan baby.


tepat 2 petang aku gerak dan sampai di batu gajah 4.00 petang. sejam sekali call mak tanya baby demam ke tak. mak cakap badan dia sekejap ok sekejap tak. aku dah cakap kat mak kalau malam nanti baby demam lagi so esok pagi kena bawak ke klinik. dua hari ni baby makan ubat demam masa dia demam bulan 4 dulu.







subuh tadi mak kata malam tadi demam dah ok. pagi ni naik demam balik. so pagi ni kenalah bawak baby jumpa doktor. baby ni cakap je jumpa doktor terus turun panas badan dia. masuk bilik doktor, doktor sentuh dahi sentuh badan otomatik suhu badan turun mendadak.
saje je tu tiap-tiap bulan nak melawat muka doktor ya baby.
petang semalam elok aku sampai batu gajah call baby terus tanya 'bila nino nak datang lagi?' kan nino baru je balik. ok ok nanti nino datang ye. pastu call kaklong cakap dia exam bm dan bi. soalan adalah sengal. kaklong pulak tanya 'bila nino nak datang muar?'. hai kan baru ahad nino datang.

No comments:

Post a Comment