Saturday, May 1, 2010

nino datang waktu rehat

minggu lepas nino datang rumah saya hari rabu bawak kereta. hari khamis tu saya suruh nino datang sekolah waktu rehat. saya nak sangat nino datang waktu rehat tengok saya. sebab budak-budak lain ramai mama dorang datang suapkan dorang makan waktu rehat.


saya sedih tengok mama dorang datang bawak makanan dan suap dorang makan. sedih sangat. huhu. tapi nak kata apakan. saya kan tak da mama. jadi tengok je mama dorang datang. tiap kali mama orang lain datang saya selalu bayangkan mama saya yang datang suap saya makan.


sebab tu bila nino datang rumah saya suruh nino datang. eh bukan..saya paksa nino datang. ha ha. nasib baik la nino tu dengar cakap saya.


tepat 9.10 pagi hari khamis tu saya dengan farah berlari ke tepi pagar sekolah. saya nampak nino. saya jerit nino, nino. saya rasa nak lompat tinggi-tinggi. saya rasa nak nanges tengok nino datang. dah lama saya tunggu saat-saat terindah macam ni. dah lama saya tunggu nino datang waktu rehat tau.


dah lama saya tunggu ada orang bawakkan makanan pada saya waktu rehat. dah lama sangat. dah lama saya tunggu saat-saat ada orang suapkan saya makan. nino bawakkan kuih keria yang masih panas. saya bawak nino pegi kantin. nino tanya nak beli apa. saya cakap tak nak. nak makan kuih yang nino bawak.


nino suap saya makan. saya rasa sayalah yang palingggggg bertuah hari tu. sayalah yang palingggggg gembira hari tu. akhirnya ada jugak orang suapkan saya makan waktu rehat. saya nak kawan-kawan saya tengok ada orang suap saya makan.


saya ada nino. sama jugak korang ada mama. walaupun saya tak de mama tapi saya ada nino. lepas makan dah kenyang, saya farah dan nino pegi book shop. saya nak nino belikan buku kat book shop sama macam mama dorang buat.


saya bangga sangat dapat beli buku dengan nino.












esoknya jumaat saya suruh nino datang lagi waktu rehat. tak sangka nino datang. kali ni saya kenalkan nino dengan zulaikha pulak. semalam zulaikha tak datang sekolah. tu yang saya kenalkan nino dengan farah je.
hari ni nino beli cokodok pisang dengan kit kat. uh kuih favourite saya dengan zulaikha tu. saya makan dengan zulaikha sampai kenyang. lepas makan saya bawak nino jalan-jalan tepi koridor. semua orang tengok sebab nino ambil gambar saya dengan zulaikha. glemer la sekejap bila orang tengok.
sambil jalan saya pegang tangan nino sebab saya bangga sangat saya ada nino. tapi nino sekejap je kat rumah saya tau. nanti nino dah balik tak de sape datang tengok saya waktu rehat.
entah bila nino nak datang lagi.





2 comments:

  1. jari,
    tak bukan baby yang taip. mak sedara baby nino yang taip.
    tapi itulah ayat-ayat dan perkataan sebijik-sebijik yang keluar dari mulut baby sebelum dan selepas nino datang waktu rehat.
    ayat-ayat dan perkataan tu nino tak edit. nino taip sebijik-sebijik jugak.
    baby siap lukis gambar nino dan baby kat kantin tapi lupa pulak nak bawak balik.

    ReplyDelete