Monday, May 31, 2010

pagi isnin yang lemau

pagi ni pagi-pagi lagi aku dah lemau. pertama sebab period pain. kedua sebab tengkuk aku ni macam terkehel sikit. ketiga sebab pagi ni 6.30 dah bangun pastu tido balik sampai 7.27 baru bangun. mandi dan masuk bilik lipat baju 2 bakul. sambil lipat sambil terkuap-kuap.


sabtu ni sepatutnya kami ke muar menghantar rombongan pengantin lelaki. pengantin lelaki tu chu kamil adik amin ayah si baby. tapi aku tak dak mood la. tak tau kenapa. jenuh dah mak, kaklong dan baby memujuk aku ikut ke sana.


ikut plan aku pegi dengan e dan su, adik amin jugak. dorang ambek aku di batu gajah petang jumaat ni. sampai saat ini aku belum buat keputusan nak pegi ke tak. kalau nak pegi aku belum beli baju sedondon kaler maroon. aku ni cakap je tak nak pegi last minit pegi la pulak. lantak la kalau jadi pegi pun aku hantam je baju kaler coklat tua yang mak aku belikan tu. lagipun baju tu baru pakai sekali.


dan kalau jadi pegi alamak aku belum beli gaun baby kaler putih yang dia nak tu. makcik baby tu lagi kita tak beli itu je pagi petang siang malam tanya dah beli ke, dah beli ke? sekarang ni baby suka pakai gaun. dulu mana naknya si baby tu pakai gaun. seluar dan t-shirt manjang. dah macam boy je aku tengok. sama macam kaklong kecik-kecik dulu nak pakai t-shirt macam boy je. nak tengok kaklong pakai baju kurung pagi raya tu lah. itu pun baru sekerat hari raya dah menggelupur nak bukak. panaslah baju gatallah. ada je alasan tak nak berbaju kurung.


petang semalam ap menge-call, nino bila nak belikan boot bola ap? ap pun sama lagi tak dapat itu je yang ditanya. aku cakap sekarang nino tak de duit nak beli. tunggu nino ada duit lebih baru beli. bukan murah boot bola tu. boleh bayar kereta sebulan. hu hu hu


tengah malam tadi kaklong sms bagitahu hari ni dia exam sejarah. seperti biasa 'nino tolong doakan kaklong ya'. ya ya nino sentiasa doakan kaklong.


minggu ni minggu exam kat sekolah di saujana utama. ap exam. baby pun exam.


+ baby esok exam dah ulangkaji ke

- ada la sikit-sikit

+ sikit je. kenapa

- ala baby tahulah. masa nak jawab nanti kalau baby tak tahu ada orang tolong

+ ada orang tolong? sape pulak yang tolong?

- adalahhhhhhhhhhhhhh


hah hah sape pulak yang nak tolong baby ni. baby meniru ye? tak de lah mana baby tiru. kalau tiru cikgu nampak cikgu suruh buat periksa kat luar kelas kat tepi dinding luar.

abes tu sape pulak yang tolong?

Allah tolong!

oooooooooooooooooooooo.


aku dan hb belum bekfas lagi. tak tahu nak makan apa dah. capati dah jemu. tose pun dah jemu. nasi lemak oh no no no. mi kari? uwekkkkkkkk. kotiaw sup? hurmmmmmm tak selera la.

nak makan ape? jom kita kfc am. pekena bubur nasi kfc.

jom jom. moh cepat.

1 comment: