Wednesday, May 5, 2010

selamat hari untuk pah

pagi tadi odw nak interview kiranya sikit lagi nak sampai kat tempat tu tiba-tiba aku cakap sorang-sorang, eh apasal aku gi interview ni? aku gi interview cam tak rela gitu. kenapalah aku nak jaga hati mr albert tu. dan bukan aku yang nak sangat keja tu. mr albert yang mandai-mandai setkan interview untuk aku.


kenapa aku dengar cakap dia? pelik pulak aku. soal jawab soal jawab sedar-sedar dah sampai kat situ. terus call en din cakap aku dah sampai depan ofis dia. dia cakap eh cepatnya u sampai. pulak....semalam cakap before 10. ni kol 9am before 10 la kan.


u boleh start keja monday 10/5. boleh?

oh! uh! tergeliat kejap aku.

akceli bukan interview pun sesi menyembang. sembang dalam 30 minit kot terus dibagitahu boleh start kerja. i boleh bagi gaji yang u mintak.

(cakap dalam hati) oh ya ke? dan aku makin blur blur blur blur. biar betul!

awal tahun depan kita pindah ke IGB. kat sana nanti i nak u bla bla bla bla.

sekarang kita ada 80 outlet di seluruh malaysia. ada 200 staff kat sini. buat sementara ni i nak u handle 2 company. satu company a dan satu company b. sampai satu masa nanti i nak u handle company b sahaja. boleh?

terbeliak beliak bijik mata aku. kelakarnya tak sekali pun aku cakap yes kat dia. aku dengar je en din tu mengomel pasal keja yang akan aku buat. dalam hati aku cakap helo en din aku tak cakap pun yang aku nak keja kat sini.

sementara tu incoming call untuk en din bertalu-talu naik rimas pulak aku. sudahnya aku cakap oklah en din rasanya tak da apa-apa lagi kan. boleh saya balik?

odw balik rasa cam terawang-awang rasa cam tak percaya kenapa aku pegi interview tu. aku terus balik rumah lagi satu. termenung mikir nak keja atau tak? banyak kali call hb tapi bizi pulak tak boleh nak bersembang pun.

aku makin tension. alamak camne ni. nak keja ke tak? aku tak bagi tahu kat sape pun yang aku dah dapat keja baru except hb la kan. ambil bantal baring sambil tengok siling.

mak call.....

+ semalam kan baby suruh mak belikan manila kad

- nak buat apa

+ cikgu suruh beli. nak buat kad untuk hari ibu

- ohhhhhhhhhhhhhh *sedih pulak aku rasa

+ tu la sedih pulak mak rasa. nanti semua orang tulis selamat hari ibu......*suara mak dah lain bunyinya


tak lama pastu baby pulak call

+ nino, baby dah balik sekolah.

- dah makan?

+ nino, tadi kat sekolah baby buat kad hari ibu

- oh.....baby tulis apa

+ baby tulis.....selamat.......hari.........untuk.......pah!

- o ya ke? *alahai sedihnya aku. nak nanges

+ esok kan nino...cikgu cakap nak buat lagi. baby nak buat untuk nino pulak tau. baby nak tulis selamat hari ibu untuk nino....boleh? nino nak kaler ape

- pink

+ ok ok baby buat kaler pink. nanti baby tampal sticker yang gambar peluk tu tau..

- ok nino tunggu


aku tahu baby sedih. baby sembunyikan kesedihan dia. baby buat-buat ceria. buat-buat cam tak de apa-apa.

aku terfikir camne la baby kat kelas kan. tentu riuh-rendah kawan-kawan bercerita pasal nak buat kad nak bagi hadiah untuk ibu. tentu kawan-kawan cakap nak kiss ibu banyak-banyak.

dan ketika itu baby tentu mendiamkan diri dan cuba memekakkan telinga. tak pun baby akan termenung jauh berfikir.

aku tak nak bayangkan. aku tak boleh gambarkan kesedihan baby. kesunyian hati baby. kesengsaraan hati baby. kerinduan hati baby.

saat aku menaip ni pun dah meleleh-leleh air mata aku.

buat kaklong, ap dan baby............nino sayaaannngggggg korang bertiga. memang nino tak dapat gantikan tempat mama. tak de sape pun kat dunia dapat mengambil tempat mama.

huhu dah tak boleh teruskan lagi. dah sebakkkkkkkkkkkkkk.

5 comments:

  1. kesian baby.. kak long & ap jugak. Semoga dorang sendtiasa tabah dgn dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. kak...interview cene??ok tak:)
    salam perkenalan ...

    ReplyDelete
  3. dhill,
    ya dhill, harap dorang bertiga tabah buat selama-lamanya.

    elyaelmo,
    salam. hurm sedap nama tu.
    interview ok tapi belum tahu nak keja or tak.
    tengah pikir pikir pikir
    maklum dah 8 bulan tak keja. dah best dok rumah :)

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt keja ehehe..
    tp mmg betul..lg best dok umah teheeehehee..
    baby tu comel betul. update la gambar baru dia kak

    ReplyDelete
  5. cheedah,
    hah tu la org dpt keja suka hati.
    akak dpt keja susah hati. sebab sayang nak tinggalkan bantal sebenarnya. skrg tak keja anytime boleh tido.hihihi
    skrg ni kan susah betol nak ambek gambar baby. tahu nak snapo gambar mula buat muka senget-benget.

    ReplyDelete