Saturday, May 15, 2010

supriseeeeeeeeeeeee

hai! sekarang aku berada di saujana utama. terkejut kawan-kawan aku tahu-tahu aku dah ke saujana. sekarang ni datang ke saujana dah macam batu gajah ke ipoh je. rasa nak tengok mak + budak-budak tu berdesup aku pegi. kalau nak pegi tu dah tak boleh ditahan-tahan lagi.


plan awal nak naik train ari jumaat semalam. sekali tengok tiket 14, 15 dan 16 habis di jual. seperti biasa malas nak pikir panjang isi petrol bawak kereta ke saujana. abes cerita. bertolak 8.50am. tak bawak laju bawak kereta biasa-biasa je tak lebih 100 km/j.



10.50am dah terpacak depan pintu. sape pun tak tahu aku nak ke saujana. best tengok mak terkejut. 12 tengahari ambek baby kat sekolah. baby lagi la terkejut terkasima tengok aku depan gate sekolah. melompat-lompat berlari ke arah aku. air mata dah bergenang. seronok la tu.


esok pagi-pagi kami nak ke mrsm muar tengok kaklong. kaklong dah order pizza yang cik misah buat. rendang daging yang pah buat. dan aku buat bubur jagung kesukaan kaklong.


tak sabar nak jumpa buah hati pengarang jantung aku tu. rinduuuuuuuuuu sangat.

2 comments:

  1. sya selalu cakap dengan ayong, nanti ayong dah masuk sekolah menengah nak duduk asrama ke tidak?
    kalau nak kena belajar pandai dapatkan 5A

    nanti mesti camgini gak, hari minggu melawat anak bawak makanan yg dia suka..seronok kan?macam berkelah..

    ReplyDelete
  2. sayangsayangibu,
    hari nak pegi melawat tu bangun pagi2. bertolak awal2 tak sabar nak sampai. wpun perjalanan amek masa 3jam tapi mata tak boleh tido.excited sesangat.bila dah sampai sure ada adegan jejak kasih peluk cium berair mata dulu.pastu gelak-gelak, makan-makan dan tak cukup mulut bercerita.semua nak cerita jam tu. waktu nak balik alahai terasa kaku kaki ku.sedih sangat nak tinggalkan kaklong.

    ReplyDelete