Thursday, June 17, 2010

dua-dua sakit

alhamdulillah hb dah discaj.

walaupun belum pulih sepenuhnya hb request mintak balik. kolestrol dalam darah dah ok. tapi lepas ni makan kena kurangkan makanan yang berkolestrol. no udang no sotong no seafood no daging dan no no no roti canai. boleh makan ikan laut sahaja. ayam hanya boleh makan sebulan dua kali.

doktor dah sahkan ada sedikit block pada jantung hb. so kenalah berhati-hati. selain jaga makan kena amalkan hidup yang sihat tanpa rokok.

sekarang hb lebih suka makan bubur nasi dan ikan bilis goreng. akceli ikan bilis berkolestrol tinggi tapi itu je yang hb lalu makan. next week aku kena stop kan hb makan ikan bilis goreng.

hb discaj aku pulak tumbang. sakit di bahagian dada yang agak serius. 3 hari 3 malam sakit dada. sekarang ok sikit tapi masih tak selesa dan bergantung pada ubat.

risau jugak aku tak sihat hb pun tak sihat.

terima kasih di atas doa-doa dari anda semua. aku sangat-sangat menghargainya. terima kasih banyak-banyak.

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    semoga 2-2 akan sembuh sesembuhnya
    Insya'Allah

    ReplyDelete
  2. Akak,

    Siannya akak, semoga akak & hb cepat2 sembuh. Akak try la minum green tea kak. Nanti ed tanya kawan ed dia ada resepi utk turunkan kolestrol. Dia cakap org yg ada blockage & nak kena bedah pun lepas minum tu biler pegi check sekali lagi tgk clear. Doc pun heran. Nanti ed dapat ed bagitau yer.

    ReplyDelete
  3. ed,
    ok nanti ed bagitahu akak ye. thanks ed.

    sayangibu,
    insyaAllah. thanks.

    ReplyDelete