Sunday, July 25, 2010

hatiku berbunga-bunga di pagi hari

tido 3.50 pagi.
tupun bukan mata terus lelap. pusing kiri pusing kanan dekat 20 kali kot. orang sebelah cakap "ni pehal pusing-pusing ni. kacau nak tido ni. tido kat bawah"

tido kat bawah katanya. huhu :(

5.30 pagi seperti biasa mata dah terbuka luas.
cakap kat hb "pagi ni kita makan tose nak?"
"tak nak" jawabnya

tak nak pulak. selalunya kalau berumpankan tose lajuuuuuuuu je dia

golek atas katil. pejamkan mata yang tak mengantok.
uh seksanya paksa mata yang tak mahu tido
tak boleh jadi ni

bangun kemas cadar
lipat kain
kemas bilik, sapu sampah, mop bilik
setel

pegi dining, sapu dining pulak
setel

pegi dapur, kemas sapu dapur

1jam setengah dah siap sesi mengemas


tanya hb nak makan ape?
apa-apa je lah
ni yang tak suka ni bila tanya cakap apa-apalah
karang kita masak ikut suka tekak kita kang bising pulak
selalu kalau tanya pandai je menge-list apa nak makan

pastu dok kira rasanya dah lama tak gaduh ni
hai ajak gaduh ke ni..haha

skip jap nak citer pasal sorang kawan aku, dia kan 3 bulan sekali mesti cari hal gaduh dengan suami dia. saja-saja cari gaduh. entah apa-apa kan. dan sikap tu berterusan sampai sekarang. kalau tak gaduh dengan laki dia, dia takan mesej kat aku. kalau berderet-deret sms masuk kat inbox aku tu hah tahulah tengah perang ngan laki dia. masa tu keluarlah segala isi perut. macam-macam manusiakan.

aku tanya lagi dah lama rasanya tak makan nasi goreng kan.
nak tak nasi goreng
boleh jugak jangan bubuh telo katanya

apa pulak aksesori yang aku nak bubuh dalam nasi goreng ni
ikan bilis takde
dalam fridge apa benda pun tak dak
ada fish cake seketul
pastu ada belen sambal ikan bilis petai semalam
hantam sajalah. terjunkan sambal ikan bilis petai dalam nasi goreng
sedap jugak rasanya

aku bunyikan bell 'ding dong..dah siap'
hb berjalan malas ke dapur
bila tengok nasi goreng kat dalamnya ada petai
terus dia cakap
uh mengancam nasi goreng ni...sedapnya

huh berbunga-bunga dalam hati kena puji pagi-pagi ni
eh tak jadi gaduh lah hari ni :)

No comments:

Post a Comment