Friday, July 23, 2010

makan bubur kacang hijau sambil terapi jiwa

lepas makan bubur kacang hijau. again.

bulan ni entah berapa kali ber-buburkan kacang hijau
ini semua sebab pressure cooker yang merebus apa saja benda siap sekelip mata

aku agak kejakunan sikit
orang lain maybe dah berkurun guna pressure cooker
aku pulak dah lama dapat tapi baru-baru ni rajin mengodam benda alah tu

ya ampun memang mudah, menjimatkan masa
letak tak sampai 10 minit kacang dah empuk
selepas mengetahui pressure cooker yang sangat magik itu kacang hijau sering menjadi mangsa eksperimen aku
selain kacang hijau rebus barli pun sekejap aje
rebus daging pun kejap jugak
rebus apa lagi. rebus kacang dal. rebus nasi nak buat moi.

jap jap aku kira bulan ni dah berapa kali masak bubur kacang hijau
lebih 6 kali kot.
ada sekali tu selang dua hari

hurm pasal popia basah tu...haha kan aku dah cakap kalau diam tu maknanya ape?

tak pe tak pe try and error. lain kali nak cuba sekali lagi buat kulit popia. kalau kulit popia menjadi dan perfect baru aku tayang kat sini.

tadi makan bubur kacang hijau sambil tengok al-kuliyyah. tajuk petang ni terapi jiwa.
ustaz tu cakap kalau kita berzikir kat mulut dalam masa yang sama otak kena mikir maksud zikir tersebut.

contohnya mulut zikir

Subhanallah - Maha Suci Allah

Alhamdulillah - Segala Puji Bagi Allah

Allahhu akbar- Allah Maha Besar


otomatik otak kena ingat makna setiap zikir itu. dari otak terus hantar ke dalam hati. pendek kata mulut menyebut zikir, otak memberi makna dan hati menerima tindakbalas.

baru zikir tadi meresap dalam jiwa. barulah dinamakan terapi jiwa. terapi jiwa tu maknanya ketenangan jiwa yang tak dapat diperolehi dimana-mana melainkan diri kita sendiri yang mengubatinya.

berzikir kalau dipraktikkan dengan betul jiwa akan tenang. ketenangan jiwa akan naik ke wajah kita. kalau wajah kita tenang orang yang duduk disebelah kita jugak akan dapat merasai ketenangan yang kita rasai.

itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat dikongsi hari ni. semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya.

No comments:

Post a Comment