Wednesday, September 29, 2010

Memori Bersama Ap - Ramadan 26 @ 5 Sept 2010...Ap hilang di Sogo

hari ahad 26 ramadan

budak-budak bertiga tu pegi shopping raya dengan ayah dorang. aku malas nak ikut tapi kaklong, ap dan baby paksa-paksa aku ikut sama. baby siap cakap nanti sape nak pilih baju baby? aku cakap ayah kan boleh pilih. tak nak baby nak nino pilih. akhirnya aku ikut dorang shopping.

mula-mula shopping kat Jalan TAR cari baju melayu ap+ayah dan baju kurung kaklong. baju kurung baby yang mak tempah kaler purple so yang lain follow kaler baju baby.

masa kat kedai baju tu tak sampai 5minit ap pilih kaler baju melayu, light purple. aku ngan kaklong berkenan kaler purple yang satu lagi. tapi ap cakap tak nak. dia nak kaler yang mula-mula dia pilih. lepas tu ap nampak samping kaler biru+purple. memang cantik sangat. ap mintak kat salesgirl tu terus cakap ok yang ini. ayah dorang pun follow kaler baju melayu yang sama macam ap. seingat aku ini first time dorang dua beranak pakai baju melayu sama kaler.

then gerak cari baju kurung kaklong. hampir sejam lebih cari mencari tak jugak jumpa yang berkenan. sudahnya ayah dorang cakap pegi sogo dulu cari baju + seluar.

sampai sogo kami berpecah. kaklong tingkat 1, ap tingkat 2, aku dan baby di tingkat 3. selesai pilih baju baby aku sms amin. dia datang dan bayar. then cari kaklong kat tingkat 2. lepas bayar baju kaklong amin suruh aku, kaklong dan baby tunggu kat bawah. dia cari ap di tingkat 2.

setengah jam kami tunggu kat bawah, amin datang cakap tak jumpa ap. aku dan kaklong naik atas tingkat 2 cari ap. pun tak jumpa jugak. alahai susahnya nak cari ap dalam lautan manusia kat sogo tu. kalau ap ada hp kan senang roger roger. ni ap tak de hp. hp ap kan rosak *aku terbasuh hp ap dalam washing mashine

3 kali aku pusing-pusing tingkat 2 tak jumpa jugak. call kaklong aku cakap nino cari kat bawah mana tahu ap tunggu bawah. kaklong cakap takpe biar kaklong cari lagi kat tingkat 2.

dalam hati tak abes-abes baca surah an-nas supaya Allah bagi petunjuk kat aku dan kaklong agar dapat jumpa ap. lagipun kaki dah sakit. dah berapa jam kami berjalan kan.

aku cari ap kat tingkat bawah pun tak de jugak. call kaklong cakap tak jumpa ap lagi. Allah hu Akbar. mana budak ap ni. jam dah 4 lebih ni. sudahnya aku pegi customer service mintak dorang announce.

"Amirul Fahmi Ashraff dari Sg. Buloh sila datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan"

sebaik mula pengumuman kaklong cakap nino kaklong dah jumpa ap. ni tengah beratur nak bayar baju ap.

ok ok nino tunggu bawah kat tempat tadi.

nampak je muka ap aku tanya ap gi mana? jenuh nino cari.

ap tunggu lama sangat ap letih ap duduk sandar kat dinding. ap nampak nino. ap tak sempat nak panggil nino dah turun bawah. takan ap nak tinggalkan baju yang ap dah pilih tu.

o ya ke?

tu la nino hp ap rosak. kan susah.

ok ok nanti nino repair.

tak nak. ap nak hp baru.


malam tu kami berkemas bag sebab esok pagi nak bergerak balik ke batu gajah.
mak : ap kata tak nak ikot balik. ap nak balik dengan ayahnya hari selasa nanti
aku: kenape
mak : entah. katanya sempit. bag banyak
*dalam hati aku hairan jugak kenapa ap cakap macam tu. selalunya sempit macam mane pun apa jadi pun nak naik kereta nino jugak



No comments:

Post a Comment