Friday, September 3, 2010

sambungan cerita baby

jumaat baby balik sekolah jam 12 tengahari.

11.45 aku gerak dari rumah menuju ke sekolah dan parking kereta tempat biasa bawah pokok besar kat corner sekolah.

11.58 keluar dari kereta berjalan ke arah gate besar tunggu baby bawah pokok.

tepat 12 tengahari loceng berbunyi kuat dan nyaring menandakan berakhir sesi pagi. biasanya 12.03 minit baby dah terpacak bawah pokok sambil senyum-senyum kat aku. gembira sangat sebab aku ambek dia dari sekolah.

12.05 tak nampak baby lagi

12.08 baby tak de lagi

12.09 tak nampak bayang baby pun

berderau darah aku. jantung aku berdegup laju. darah tersirap kat muka. tengkok aku dah panjang panjang cari baby. perasaan aku masa tu tak boleh nak cerita. kecut perut aku.

12.10 depan pagar besar dah lengang. dah tak de murid. aku mula cuak.

entah-entah baby merajuk ngan aku. entah-entah dia balik jalan kaki tak nak jumpa aku. macam-macam entah yang keluar dalam kepala otak aku ni hah.

12.11 aku berjalan masuk ke depan pak gad kepala mengintai ke tingkat 3. dari jauh nampak kat atas tu dah lengang dah takde budak.

Ya Allah hanya Tuhan yang tahu perasaan gelabah aku masa tu.

aku tengok muka pak gad, pak gad tengok muka aku. mulut aku dah jadi kaku nak cakap kat pak gad yang aku nak naik atas nak tengok kot-kot baby ada kat atas.

badan dah menggeletar gigil gigil. baru aku nak bukak mulut kat pak gad tiba-tiba baby datang dari belakang dari pagar besar. dia tersengih-sengih kat aku. fuh semangat aku.

aku : baby, baby pegi mana ni

bb : baby keluar ikut pintu lagi satu pintu kat tengah

aku : kenapa keluar kat situ? kan nino tunggu kat pagar besar kat sini

bb : baby antar farah kat pagar tengah.

aku : kenapa antar farah? selalu baby tak pernah antar pun?

bb : farah suruh baby antar dia. nanti kan cuti sekolah. nanti kan lama tak jumpa farah


aku pegang tangan baby kuat-kuat aku peluk bahu dia. rasa bersalah pagi tadi menghantui aku di saat itu. masuk dalam kereta

bb : nino, nino baby dapat A bahasa melayu penulisan dan pemahaman. tapi kali ni exam baby tak dapat 100 markah dapat 88 je. zulaika sorang je dapat 100

aku : oh ya ke. tahniah. nanti exam lagi baby buat betol-betol ye *sambil usap-usap kepala dia

aku : baby tadi keluar kot pintu tengah kenapa?

baby terdiam dan senyum.

dalam hati aku berkata-kata entah-entah baby plan nak balik jalan kaki tapi tak sampai hati kot biarkan aku tertunggu-tunggu dia. tu yang dia patah balik ke pagar besar.

3 comments:

  1. salam ziarah lagi...pernah jugak terjadi kat saye mcm tu...tuhan aje yg tahu ape rasenye...

    selamat hari raya...

    ReplyDelete
  2. nino, teringat plak mase saye darjah 1, hihihi :P

    oh ye nino, haritu nino ade cmmnt pasal SBP. fuhh lega gila lepas baca. time kasih tauu ! tp kte ade gak hanta email kat PKM. dorg suruh call pej pelajaran utk edit.

    SELAMAT HARI RAYA, NINO ! MAAF ZAHIR BATIN ♥

    ReplyDelete
  3. ainnoraoni,
    alahai rasa nak tercabut jantungkan. :-)

    amely,
    citerlah apa yg terjadi kat emily darjah 1. sure gempak giler. haha
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete