Wednesday, September 15, 2010

syawal ke enam

pagi ni aku + hb ada urusan. 7 lebih dah keluar rumah. aku bawak baby.

mula-mula pegi umah datin fatimah sebab next week rabu or khamis kami nak pegi kdn. so kami berbincang apa yang patut. tak sangka pulak aku + hb dapat duit raya dari datin. sorang 50 hengget. huh dah lama tak dapat duit raya. bila dapat tu rasa excited sangat. tq tq datin. tq daun keladi tahun depan nak lagi boleh? baby pun dapat duit raya.

lepas tu kami ke satu tempat bertemu dengan sesesorang. tak sangka ada kejadian yang sangat sangat di luar jangkaan telah berlaku. malas aku nak stori mori sangat menyakitkan hati. apa yang aku dapat katakan "tak sangka" tak sangkasungguh"

takpe lepas ke kdn nanti semuanya selesai. itu jam tamo banyak cerita okey. kita lupakan pasal tu.

sepeninggalan aku, mak bersilat sorang-sorang kat dapur. masak macam-macam. aku sampai umah dekat kol 1 semua dah ready atas meja. tunggu sepupu sepapat aku datang je. aku pun sms tanya dorang kat mane. makanan dah terhidang.

"kami belum gerak dari umah"

berpinar bijik mata aku. belum gerak? abeh tu kol berapa nak sampai? semalam cakap nak makan tengahari.

kami pun lepak depan tv masing-masing mata dah layu.

kita tido dulu.

tak sampai 10 minit lena tut tut pak sedara aku cik yi call kejap lagi nak datang. dorang ada kat tanjung tualang gi klinik dalam tengah jam sampai.

memang rezeki dorang dapat makan pecal mak aku. semua pakat lepas makan nasik ratah pecal. lepas tu makan laksa pulak. lepas tu makan kuih raya. lepas tu makan sagu kacau mak aku buat. dah kenyang seelok nak balik dah masuk kereta, adik amin jay-e pulak sampai.

hidangkan dorang makan nasik. jay-e dan su makan nasik ratah pecal. pastu makan laksa. makan kuih raya.

kesudahannya pecal elek pocik. laksa elek pocik. abish.

eh kuih raya pun 3 jenis kuih dah abeh. dah siap basuh balang kuih.

dah kol 5 lebih camtu jay-e dan su gerak. akceli dorang datang nak ambek kaklong dan baby. malam ni family amin camping kat gua tempurung. malam ni dorang se-family ber-stim-boat kat gua tempurung.

best gak. aku nak join the club tapi mak aku pulak tak gi. nanti susah nak buang air. so aku kansel nak ikut dorang.

korang nak tahu sekarang ni dah 9.17 malam sepupu sepapat aku tu belum sampai-sampai lagi. lauk tadi dah abes. mak tak sampai hati so mak masak sotong goreng kunyit. aku dadar telur dan buat sambal belacan. itu aje rezeki yang dapat aku hidangkan kat dorang malam ni.

tengah taip ni mata aku bukan main berat lagi kalau dapat bantal ni dah tentu sekejapan aje zzzzzzzzzzz.

esok kan esok mak + budak-budak tu nak berangkat balik ke saujana utama. sob sob sob.

dan ap pulak lagi 20 hari je nak pmr. aku pulak yang terlebih-lebih risau. dulu ap nak peksa ena yang berpeluh-peluh siang malam. sekarang turn aku pulak tak tido malam mikirkan ap nak peksa.

ap boleh relax dan cakap "nino, cer nino bertenang. ap okay je"

ish ish ish ap ni....



4 comments:

  1. nino,
    dah susah-payah masak, yg ditunggu tak lak datang.. xpe rezeki org lain le pulak ye..

    ReplyDelete
  2. salam ... Kami dari YFAMALAYSIA.COM mengucapkan salam takziah kepada puan dan ahli keluarga atas tragedi yang menimpa keluarga serta kembalinya arwah fahmi ke rahmatullah.

    Selain dari itu, teman dan guru2 sekolah rendah arwah, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah juga terkejut dan terharu dengan berita ini.

    Izinkan saya mengambil gambar arwah untuk tatapan kami semua ...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Akak... tabahkan hati...besarnya dugaan Akak... Baru baca berita sedih pasal kemalangan & kehilangan yg akak lalui.. Inalillahiwainnairajiun..Semoga Ap ditempatkan di kalangan org2 yg beriman amin. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. admin yfa,
    saya izinkan.

    ed,
    al-fatihah

    ReplyDelete