Friday, September 10, 2010

syawal pertama

lepas solat subuh aku baca surah yassin untuk disedekahkan kepada orang-orang tersayang yang telah pergi mengadap Illahi. tak lupa sebotol air 5liter untuk dijirus di pusara mereka.


tahun ini aku lebih tabah sebab masa baca surah yassin tidak setitik pun airmata aku mengalir. tidak seperti tahun lepas baca bismillah je airmata dah mencurah-curah. nak habiskan ayat terakhir punyalah berapa kali berenti kesat hingus. towel kecik dah basah dek airmata.

raya pertama kali ni aku lebih tenang dan relax. mungkin sebab aku tak emo-emo kerana menjaga hati mak. malas aku nak mulakan pagi mulia syawal dengan drama airmata. sebab pagi-pagi dah nangis sure sehari suntuk akan jadi moody.

lepas bersiap-siap pakai baju raya aku mengadap ibunda terchenta bersalaman mohon ampun maaf dosa sepanjang setahun. banyak tu dosa aku kat mak :(

time salam minta ampun tu okay lagi boleh gelak-gelak masa peluk-peluk tu baru terasa sebak. tapi sebak sikit je. nangis sikit je. mak pun cam aku nangis sikitttt je. rasa takcaya pulak sebab nangis terlalu sedikit. haha

9 lebih bergerak ke kg gajah rumah atuk kaklong, ap dan baby sebab kebiasaannya pagi raya pertama kami akan ke sana dulu ziarah kubur ena, mama kaklong, ap dan baby.

lagipun tahun ni rumah atuk dorang giliran open house pagi raya pertama.

sepanjang perjalanan hujan kejap-kejap lebat kejap-kejap renyai. elok sampai kat rumah hujan makin kuat. masa sampai tu orang dah ramai kat open house tu.

dari jauh dengar yong kakak amin cakap ambek payung, payungkan opah (mak aku) sian opah kena hujan. bila yong nampak aku yong meluru datang dan peluk aku kuat-kuat. mula-mula peluk tu aku ok ok je. then yong start nangis. bila yong nangis aku pun tak boleh tahan otomatik airmata menitik-nitik. lepas tu peluk iza, mah, mona semua tu adik-adik amin. tiap kali bersalam dan peluk setiap kali itulah masing-masing tak dapat menahan perasaan sebak.

nak masuk dalam rumah jumpa kaklong kat depan kaklong cakap hah nino ni dah berjurai-jurai ayo mate. kaklong salam ngan aku tapi masa tu aku tak rasa sedih pulak. kepelikan :0

pastu jumpa opahcik (adik ayah amin) dari jauh lagi bila opahcik nampak aku dia dah menitis-nitis air mata. peluk opahcik agak lama sebab opahcik menangis tersedu-sedu kat bahu aku. rasanya time ni aku maksimum rasa sedih.

time ni memang terasa kehilangan ena. time ni terdengar-dengar suara ena. time ni terasa ena meniup-niup halus ke muka aku.

jumpa ngan ap, ap biasalah tak habes ngan tersengih-sengih macam kerang busuk. tengok muka ap otomatik airmati berenti. magik betol.

last sekali jumpa ngan su (adik ipar amin) otomatik airmata mencurah-curah. very the dramatik sungguh.

saat ini masing-masing terasa ena yang mulut riuh-redah tu dah takde. ena dah pergi menghadap yang maha Esa.

baby yang kiut-miut bebaju light pepel berlari-lari kearah aku. dari riak muka baby nampak benar dia merindui mama dia. aku peluk dan cium, baby tarik tengkuk aku dan peluk lama-lama.

dan aku tahu baik kaklong, ap dan baby dipagi syawal ini masing-masing sembunyikan rasa sedih rasa sayu rasa kehilangan rasa pilu rasa yang tak boleh siapa-siapa pun mentafsirkannya. dah dua kali syawal tak dapat mengucup tangan mama tersayang adalah satu pengalaman yang sangat pahit untuk dikenang.

11.30 kami bergerak ke kubur. sebaik tiba di kubur ena perasaan aku bercampur-campur. tak nak nangis tak nak nangis tak nak nangis.

lepas bacaan tahlil aku pegang tangan baby jirus kubur ena masa ni terasa sebak tapi aku berjaya tahan perasaan. turn kaklong jirus hah aku dah tak boleh tahan menitik-nitik jugak airmata aku ni. turn ap pun aku tak boleh tahan dah berjurai-jurai jatuhnya. tapi muka kaklong dan ap sangat relax, tenang. dalam hati dorang berdua siapa tahukan.....






No comments:

Post a Comment