Friday, October 8, 2010

Memori Bersama Ap - Syawal ke 7 @ 16/9/2010

entri syawal pertama hingga ke enam refer previous entri.

last update adalah hari rabu syawal ke enam. aku ada bagitahu mak + budak bertiga tu nak balik saujana utama ari kamiskan.

rabu tu sebelah petang pak sedara budak bertiga tu ambek dorang sebab dorang nak camping di gua tempurung, gopeng. ok ap tak de sebab stat isnin sampai ari rabu dia duduk di taiping umah maklong dia belajar maths persediaan untuk pmr.

punyalah excited kaklong baby nak camping dan nak menjelajah dalam gua tempurung. sepatutnya aku + mak ikut sekali tapi kan aku menunggu sepupu-sepapat aku yang tak sampai-sampai tu.

ari rabu tu mak cakap "mak tak nak balik dah ke saujana"

aku tak respon ape-ape pun. sebab apa pun mak cakap mak kena dan terpaksa balik jugak. kalau mak tak balik saujana sape pulak nak menjaga ap dan baby sekolah. mana boleh mak tak balikkan. ap lagi 2 minggu ++ nak pmr.

dan seingat aku 3 4 ari tu mak cakap benda yang sama "mak tak nak dah balik saujana"

pagi khamis 16/9/2010 tu entah macam mane.......aku ada berselisih faham sikit ngan mak. pasal susun atur sofa. aku pulak entah apa pasal terlebih emo. mak pun sama terlebih emo. so mak merajuk ngan aku.

aku masak kicap ayam. dah siap semua aku cari jalan nak pujuk mak so aku suruh dia buat sambal belacan. mak buat.

tapi kami tak banyak cakap. aku malas nak pikir pasal tu so bila mak diam aku pun diam.

petang tu dalam kol 4 lebih camtu mak masak spageti. punya la banyak mak masak satu kuali besar.

tak lama lepas tu kaklong sms "nino, ckp pah siap kami on the way". aku cakap kat mak. mak buat dek jer. tak siap beg tak buat ape pun. yang mak cakap "mak tak nak balik"

6 lebih dorang sampai. aku suruh amin masuk makan spageti dulu.

mak : mak pening la amin *tetiba mak pening haha. kalau balik esok tak boleh ke

amin : tak boleh. nak balik malam ni jugak sebab ayong ikot balik. esok ayong keja

mak datang kat dapur cakap...

mak : kalo noni anto mak + budak-budak ari sabtu boleh? tak payah la mak ikut amin balik arini

aku yang tengah ketuk ais batu buat tak dengar huk idak hek pun idak

bila mak tengok tak de respon dari aku mak terus masuk bilik dan kemas-kemas beg.

aku masuk bilik depan dan cakap kat ap...

aku : jangan dah install ape-ape games tau. pc nino dah corrupt.

ap : mane ada ap install ape-ape. ap tengok je.

pastu aku keluar nampak mak masuk baju dalam beg dengan pandangan yang teramat sayu. boleh pulak masa tu aku buat dek kat mak. pastu mak cakap jom la ikut balik saujana nanti boleh ikut hantar kaklong balik ahad nanti.

aku fikir sekejap dan cakap hurm tak yah lah. nanti aku datang kemudian. mula-mula tu macam eh boleh jugak ikut dorang balik. kaklong dan baby pun ajak aku berulang-kali. perasaan aku ketika itu bercampur-campur. nak ikut ke tak nak. rasa nak ikut. eh tak nak lah. eh nak ikut lah. hah cam gitu.

amin dah sibuk mengangkut bag-bag masuk dalam kereta. ap keluar bilik dan baring atas sofa

ap : nino. mana hp ap?

aku : cina tu cakap dia repair tapi tunggu spare part dulu

ap : ap nak sekarang jugak hp

aku : al ap ni cer redho

ap : ish

ap : nino, mana kasut bola ap...nino kata nak beli. kan nino dapat duit ari rabu?

aku : ala ap..sabarlah kan nino cakap sebelum pmr nino beli

ap : tak nak ap nak sekarang jugak

perbualan kami berakhir begitu sahaja.....ap bangun dan keluar sebab ayah dia dah panggil suruh cepat.

mak yang berat hati nak balik melangkah longlai menuju kereta. dan tak abes-abes pujuk aku ikut sekali. aku geleng kepala.

kaklong pun jom la nino jom la nino

baby pun sama. nino jom ar ikut balik.

cuma kali ni ap je tak ngajak aku. ap buat tak tahu bila dorang bertiga tak berenti-renti ngajak aku ikut. selalunya ap yang paling beria-ria mengajak aku setiap kali dorang balik sana. tapi kali ni tak pulak.

masa salam dengan mak, selalunya aku akan cakap mak ampun kan aku berkali-kali tapi kali ni mulut aku berat nak ucapkan ape-ape. aku just salam dan cium pipi mak saje.

salam cium peluk kaklong dan baby.

mak sekali lagi cakap kat aku datanglah saujana 3 4 ari sebelum ap pmr. bagi semangat kat ap. aku angguk banyak kali.

ap tersengih-sengih tunggu nak salam aku. aku hulur tangan. oh kali ni ap salam cium tangan aku agak lama. tunduk agak lama cium tangan aku. baru lega hati aku ap salam dan cium tangan aku. seperti biasa aku akan cium dua belah pipi kiri kanan ap dan ap akan tundukkan dahi dia supaya senang aku nak cium. ap kan tinggi orangnya. kalau nak cium dahi dia aku kena berjengket. tu pasal tiap kali dia akan tundukkan kepala dia supaya senang aku cium dahi dia.

dalam hati ada perasaan nak cium pipi dan dahi ap banyak kali seperti selalunya tapi entah kenapa kali ni aku cium satu round je. lepas cium dahi ap terus masuk kereta tak toleh ke belakang lagi. selalunya ap turunkan cermin tingkap dan selagi kereta tak bergerak selagi tulah ap akan hulur tangan dia salam ngan aku. dan tiap kali itulah aku akan cium pipi dia bertalu-talu.
kali ni dah naik kereta ap pandang depan tak toleh tengok aku lagi. walaupun rasa agak pelik tapi................

dan selalunya kalau kereta dah bergerak sekalipun ap akan tersengih-sengih lambai-lambai aku sampai tak nampak. kali ni ap tak buat semua tu.

turn amin pulak salam dengan aku. entah kenapa salam ngan amin kali ni aku rasa satu perasaan yang amat pelik.

7 lebih camtu aku call mak cakap banyak barang mak tertinggal. mak jawab tak pe biarlah tinggal.

9 lebih aku call hp mak tak tak berangkat. aku call kaklong dan kaklong bagi hp kat mak

aku : kenapa tak angkat hp

mak : oh mak tak dengar dalam hanbag, mak lepas makan nasik ni kejap lagi bertolak la balik.

aku : dah sampai nanti call atau sms tau

mak : ok. nanti datang sebelum ap pmr tau

malam tu aku mengantuk sangat-sangat kol 10 dah nak tido. sebelum tido aku sms misah bagitahu dorang on the way balik tapi tak tahu sampai saujana jam berapa mahu kol 1 or 2 baru sampai kot.

dan malam tu letak je kepala aku dah terlena...........terlena yang dibuai mimpi.....................

1 comment: