Thursday, October 14, 2010

Memori Bersama Ap - Syawal ke 8 @ 17/09/2010 Jumaat

hari khamis malam jumaat tu aku mengantuk teramat sangat.

dalam 9.45 malam lepas call mak dan pesan kalau dorang sampai saujana call atau sms, aku terus terlelap. selalunya tiap sejam sekali aku akan call sama ada mak atau kaklong atau ap tanya dorang dah sampai mana. boleh pulak malam tu aku tido mati.

sedar-sedar hp aku berbunyi. dalam hati....dorang dah sampai ni. tentu mak atau kaklong atau ap call bagitahu dah sampai.

sekali tengok call dari E adik amin. dan tengok jam 2.39 pagi.

eh kenapa E call tengah-tengah malam ni??????????????

terus jawab

+ hello

- noni........sabar ye........

+ kenape??????????

- noni sabar banyak-banyak. sabar banyak-banyak ye

+ kenape ni?????????????

aku dah mula cemas dan jantung berdenyut kencang. dan ketika itu aku dapat rasakan semua darah dalam badan berkumpul kat muka aku. kepala aku tiba-tiba berdenyut-denyut.

+ nyah accident di tanjung karang..........................................................ada ahli keluarga kita yang tak de.......

sepantas kilat terbayang muka mak, amin, kaklong, ap, baby, ayong.

dan sepantas kilat mulut aku bertanya sape???????????????

+ ap

- Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Ya Allah

+ noni tunggu kat rumah. nanti E datang ambek. jenazah bawak ke seberang perak


bagaikan halilintar menikam ke arah aku. bagaikan dentuman batu dari gunung jatuh ke atas kepala aku. bagaikan aku ditikam bertubi-tubi.

Ya Allah Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku meraunggggggggggg.

otak aku tidak dapat berfikir. otak aku kosong. aku termanggu-manggu keseorangan. tangan dan kaki aku menggigil-gigil.

baru je beberapa jam aku bercakap dengan ap. baru je beberapa jam aku cium pipi dan dahi ap. baru je beberapa jam aku terdengar-dengar ap meminta-minta aku belikan dia kasut bola dan hp baru.

Ya Allah.......ap dah tak de. ap dah tak de. ap ap ap kenapa ap?

air mata yang keluar adalah airmata panas. dan selepas itu.........

aku call abang sulung aku. 2 kali call hp tak diangkat. aku call lagi

+ hello

- abanglan...........................amin acident kat tg karang................................

+ hah?

- abanglan..........................ap dah tak de abanglan

+ ape? ape kamu cakap ni noni. cakap elok-elok

- ap dah meninggal abanglannnnnnnnnnnnnn

+ cakap elok-elok noni. jangan main-main.

- betol abanglannnnnnnnnnnn amin aciden ap kita dah tak de abanglannnnnnnnnnnnnn

+ Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

- abanglan balik sekarang noni tunggu abanglan kita pegi seberang perak


kemudian aku call hubby sebab malam tu aku tido di bemban tak balik rumah mak hubby. 10 kali aku call hp tak berangkat. call hp mak mertua aku pun tak berangkat.

lepas tu baru aku call abang aku yang nombor dua kat penang.

- man.......amin aciden kat tanjung karang. ap dah tak deeeeeeeeeee

+ Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. mak macam mane????? yang lain-lain macam mane????????

- laaaaaaa noni lupa tanya E mak macam mane? noni terkejut sangat ap meninggal tu yang lupa. kejap noni call E balik

dengan tangan yang menggigil aku call E

+ E.. mak dengan yang lain-lain macam mane?

- baik noni call kak chor. kak chor dah ada di hospital tg karang

nafas aku tercunggap-cungap ketakutan..............takut hendak mendengar berita tentang mak, amin, kaklong, baby dan ayong

+ izaaaaaaaaaa. ap macam mane?

- ap dah tak de

+ mak macam mane?

- makcik ok luka sikit kat muka. nyah kena muka sikit. nyah ok. kaklong kena muka sikit. kaklong ok. ayong ok. baby tak de ape-ape. baby sikit pun tak cedera.

- sape bagitahu noni ni?

+ E

- iza kat hospital ni baru keluar dari bilik mayat tengok jenazah ap

+ Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh. ap teruk ke iza

- ap cedera teruk kat muka. tempat lain tak de ape ok. muka ap cedera teruk.

+ Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

aku dah tak tahan mendengarnya. dan matikan hp. aku dah tak boleh bercakap.

lama aku diamkan diri. terbayang-bayang muka ap. terbayang-bayang senyuman ap. terbayang-bayang segala-galanya. terbayang kesengsaraan ap dihujung nyawa. terbayang-bayang kesakitan ap sebelum menemui ajalnya.

Ya Allah rahmati dan berkatilah anak saudara aku........apppppppppppppp

hp aku berbunyi. aku terkejut dan tersentak. abanglan tak percaya berita yang baru aku sampaikan pada dia sebentar tadi menanya aku bertaulu-talu soalan yang sama

+ noni.....apa noni cakap tadi?

- abanglan ap dah tak de. ap dah meninggal abanglan

+ kamu cakap betol-betol noni. jangan main-main

- tak abanglan betol betol betol ap dah tak de. abanglan kat mane ni

+ kejap lagi abanglan sampai. mak macam mane

- iza cakap mak, amin , kaklong baby tak de ape. luka sikit-sikit je.

+ dapat cakap dengan mak?

- tak noni tak cakap dengan mak

dalam masa yang sama abang aku man call tanya mak camne

aku cakap benda yang sama. dan man tanya aku dah cakap dengan mak ke? aku cakap belum.

aku call iza sekali lagi dan nak cakap dengan mak tapi iza cakap doktor tengah cek mak.

rupanya abang aku man call hp mak, iza yang angkat dan iza cakap mak pegi toilet.

man call aku tanya dapat cakap dengan mak tak? aku cakap tak dapat. man cakap dia pun tak dapat cakap dengan mak.

dan ketika itu perasaan aku dan man dah berdebar-debar. kenapa tak dapat cakap dengan mak ni. dan kami berdua mula berfikiran yang bukan-bukan.

abanglan call aku tanya dapat cakap dengan mak tak? aku cakap tak dapat. tunggu abanglan dah nak sampai ni.

ketika itu pandangan aku dah kabur aku dah rasa nak tumbang. aku istifar kuat-kuat dan kuatkan semangat. aku mengucap panjang panjang dan aku baca fatihah berulang-ulang kali.

sekali lagi aku call hubby dan kali ni

+ hurmmmm kenape

- amin aciden di tanjung karang..........ap meninggal

+ Ya Allahhhhhhhh..........ape??????

hubby terkejut sangat-sangat. dan baru aku teringat yang hubby sakit jantung. aku sepatutnya tak boleh bagitahu cara macam tu kat hubby. aku sepatutnya tak boleh bagi hubby terkejut. aku dengar hubby tercungap-cungap. aku mintak dia relax.

kemudian hubby call aku dan cakap jantung dia berdenyut laju. aku dengar suara hubby bergetar dan tanya keadaan ap.

dan baru aku teringat nak call sepupu aku zeni dan suruh sepupu aku maklumkan pada semua saudara mara kat kampung.

tak lama lepas tu abanglan sampai. aku hantar kereta aku ke rumah mak hubby dan abanglan follow dari belakang. sampai rumah mak hubby aku tengok muka hubby pucat lesi dan suara dia perlahan susah nak bercakap. aku tanya dia ok tak. hubby cakap dia ok.

hubby suruh aku naik kereta abanglan dan dia akan follow dari belakang sebab kami nak ke seberang perak. masa tu aku dah tak boleh berfikir otak aku jem. patutnya aku tak boleh benarkan hubby drive kereta. aku dah tak boleh pikirkan semua tu.

dalam kepala aku hanya teringatkan ap. dan risaukan mak.

abanglan cakap dia nak isi minyak dulu.......dah isi minyak abanglan berentikan kereta dan cakap

+ dapat cakap dengan mak?

- tak

+ kita terus pegi hospital tg karang

aku call iza cakap nak ke hospital tg karang dan iza cakap datanglah....dia tunggu. iza cakap mak belum tahu ap dah meninggal. dari tadi mak tercari-cari ap. mak tanya iza ap mane? iza cakap ap ada ap ada. iza tak sampai hati nak bagitahu mak duduk perkara sebenar. iza takut mak pengsan. dan iza tak tahu macam mana ayat yang paling sesuai nak bagitahu mak. so dorang semua tunggu aku supaya kebenaran itu keluar dari mulut aku sendiri.

aku call hubby cakap kami nak ke tg karang dia nak ikut tak? hubby cakap dia penat sikit. baru makan ubat bawah lidah. aku suruh dia rehat dan kalau larat nanti datang ke seberang perak dengan mak. jangan drive sorang-sorang.

aku dan abanglan mulakan perjalanan ke tg karang dalam pukul 3.40 pagi tak silap aku. dan abanglan berlegar-legar di pekan batu gajah sebab aku dan abanglan dah tak ingat ikut mana yang paling dekat. dua-dua kami blur. abglan cakap kita ikut kg gajah. aku bagi cadangan masuk highway cepat sampai. abanglan ikut je cadangan aku. padahal aku dah memang tahu ikut kg gajah lah yang paling dekat. sejam lebih dua jam dah sampai tg karang.

dah masuk tol gopeng aku call iza nak exit tol mana nak ke tg karang. nasir cakap kami dah salah jalan. dia suruh kami patah balik dan pegi ikut kg gajah, teluk intan, hutan melintang dan terus ke tg karang.

tapi mana boleh patah balik sebab dah masuk highway kan. nasir suggest kami keluar tol tapah dan patah balik ke teluk intan. dah keluar tol tapah mengagau-gagau kami dua beradik mencari jalan arah ke teluk intan. berpandukan sign bod kami redah jalan pagi-pagi buta tu.

dalam perjalanan tu airmata aku tak berhenti-henti mengalir. airmata aku yang panas tu mengalir deras. setiap saat dalam perjalanan tu aku hanya ingatkan ap aku hanya terpandang-pandangkan ap. aku ternampak-nampak ap tersengih-sengih kat aku.

tambahan pulak memikirkan nasib mak yang belum kami ketahui ketika itu.

ketika itu aku rasa menyesal sangat sebab tak belikan ap kasut bola. ketika itu aku menyesal sangat-sangat tak dapat memenuhi permintaan terakhir ap pada aku. patutlah ap merayu-rayu supaya belikan dia kasut bola sebelum pmr rupanya ap nak tinggalkan kami.

patutlah ap banyak termenung. patutlah muka aku selalu sayu. patutlah ap tak nak tidor kat aku. patutlah ap tak nak cium tangan aku. patutlah ap mengelak bertembung mata dengan aku. Ya Allah....kuatkan aku hadapi semua ni.

hp aku tak berenti-renti terima panggilan masuk. sebab saudara-mara nak kan pengesahan dari mulut aku sendiri.

baru aku teringat nak bagitahu kawan-kawan ap. tapi aku tak de nombor kawan-kawan dia. dan baru aku teingat hari rabu hakim guna hp mak call ap. tapi masa tu ap tak de dia ke gua tempurung. kesian hakim banyak kali call ap tapi tak dapat cakap dengan ap. sebelum raya tu hakim ada sms dan aku terlupa bagitahu ap yang hakim ada sms dia. aku call iza dan suruh ambek nombor incoming call dari hp mak.

dapat no hp hakim aku call hakim

+ hello hakim. ni mak sedara fahmi ni.

- ya

+ hakimmmmmmmmm. nino nak bagi tahu ayah fahmi aciden kat tg karang. fahmi dah tak de hakim. fahmi dah meninggal. hakim datang ya hakim.

hakim yang tengah nyenyak tido dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan. hakim terdiam seketika dan ada getaran di suaranya. aku suruh hakim maklumkan pada kawan-kawan ap.

lepas tu hakim mesej aku tanya kebumi kat mane dan aku dah tak ingat apa lagi yang hakim mesej kat aku.

kemudian aku call lili bagitahu. masa tu aku tahu orang semua tengah tidor nyenyak tapi masa tu aku dah tak reti nak cakap berlapik-lapik. direct je aku bagi tahu ap dah meninggal. tentulah orang yang mendengarnya terkejut yang teramat sangat kan.

entah macam mana abanglan tersesat jalan. masuk jalan mana entah dan sampai kat jalan kecik. kiri kanan penuh dengan kelapa sawit. nasib baik ada orang nak tanya jalan keluar. tak silap aku dalam perjalanan tu dua kali kot abanglan tersesat jalan dan terpaksa patah balik ke belakang.

itu menyebabkan kami lambat sampai ke hospital tg karang.

tepat 7.30 pagi kami sampai depan wad kecemasan hospital tg karang. dari jauh aku nampak mak duduk atas wheel chair. alhamdulillah sekurang-kurang aku tahu mak tak ape-ape. aku nampak ramai sangat orang kat luar tu. aku dah berdebar-debar masa tu. abanglan tak dapat parking lagi aku dah suruh abanglan turunkan aku.

aku turun dari jauh aku nampak iza datang ke arah aku dan terus peluk aku. iza cakap....nanti pelan-pelan cakap kat makcik ya. iza tak tahu nak cakap macam mane kat makcik.

aku angguk. aku tanya ap mane?

ap dah siap. tunggu kereta jenazah kol 8 pagi. lemah longlai badan aku ketika itu. aku berjalan ke arah mak. separuh jalan amin tahan aku.

terkejutnya aku tengok amin. rupanya muka amin cedera parah jugak. muka amin dah tak macam muka dia. besar bagaikan belon. mata amin membengkak besar dan berwarna kebiru-biruan + merah + ungu. mulut amin jugak bengkak. dan aku nampak ada jahitan diatas bibir dan dikepala amin. aku tak boleh nak concentrate.

aku pegang kedua belah lengan dia sebab masa tu aku dah rasa nak tumbang.

amin cakap jangan bagitahu mak sekarang. tunggu sampai rumah seberang perak baru bagitahu.
aku cakap okay. aku nampak baby berdiri tegak sambil memandang sayu ke arah aku. muka baby nampak konpius sangat. dan aku tahu baby menunggu-nunggu aku peluk dan dukung dia ketika itu. tapi nino terlalu lemah nak buat semua tu baby.

aku berjalan longlai ke arah mak. dari jauh aku nampak kedua-dua mata mak membengkak. dan darah mengalir laju keluar dari hidung mak. aku nampak mak tercungap-cungap.

ketika ini aku dah tak boleh bertahan lagi aku rebah dan iza sempat sambut aku. iza goncang-goncang badan aku. aku tersedar. dan aku istifar panjang panjang. aku istifar berulang kali. aku
angkat tangan dan berdoa Allah kuatkan semangat aku tempuh semua musibah ini dengan redho.

aku berjalan satu tapak satu tapak ke arah mak. iza cakap makcik ni noni datang. bila mak dengar tangan mak terkapai-kapai. aku tengok baju mak dipenuhi darah. aku tengok muka mak dah sebesar belon. membengkak satu muka. kedua belah mata mak bengkak sebesar tangan budak umur 1 tahun. aku tengok telinga mak ada keluar darah. hidung mak darah mengalir laju. aku nampak di kedua-dua belah kiri dan kanan hidung berjahit panjang ke bawah. iza cakap doktor kata hidung mak patah.

tangan mak terkapai-kapai cari tangan aku. aku berdiri tercegat depan mak tak boleh nak pegang tangan mak sebab kepala aku ketika itu berpusing-pusing 360 darjah.

mak tanya aku, noni ap mana. ap mana. ap mana ni. kenapa ap tak de ni. cakap kat mak mana ap. telinga aku berdesing-desing dengar pertanyaan mak. satu pun aku tak jawab...........................

2 comments:

  1. akak, ed baca pun menggigil2.. apatah akak dalam situasi tu.. takziah kak. tabahkan hati yer..

    ReplyDelete
  2. sedihnya baca entry ni.. takziah :(

    ReplyDelete