Thursday, November 25, 2010

ikan tongkol masak asam pedas



pagi tadi mak cakap tengahari nak makan asam pedas ikan. sap sap soi....pejam mata masak ni. senang tak yah pikir arini nak masak ape sebab dah ada permintaan. kalau tak tu pening tak tahu nak masak apa lagi kat mak.

ikan tongkol memang ada dalam peti ais.

tapi masak ikut apa bahan yang ada sahaja. ok lengkuas tak de. buah keras pun yilek pocik. daun kesom oso yilek. so kita belasah jelah janji ada rasa dan rupa asam pedas sudah.. eh tak boleh jugak mesti ada rasa sebab my mother ni manyak komplen tau.

pastu boleh pulak bawang abes ada 2 bijik kecik. hah belasah je apa yang ada.


resepi:

blend bawang besar bawang putih halia and serai ~ tumis sampai naik bau and garing sikit
*kalau ada lengkuas dan buah keras blend sekali

blend cili kering dan belacan ~masukkan bila bawang dah kuning
cili dah pecah minyak masukkan jus air asam, gula sikit, garam
biar sehingga mendidih baru masuk ikan tongkol yang dah digoreng
nak menarik potong bulat bawang besar dan tabur atas kuah tapi arini bawang besar abes



untuk kaklong masak lemak so'un + fucuk.



nasi baby masak. dah berapa kali aku bagitahu baby masak nasi. sekali ajar baby dah tahu sukat air banyak mana. very clever ini budak. nasi gebu dan menyelerakan. nino dulu umor 12 tahun kot baru pandai masak nasi.

dan untuk minum petang.....bubur jagung....itu next entry.

2 comments:

  1. Suka makan asam pedas melaka punya. Sendiri masak tak sesedap tu ;)

    ReplyDelete
  2. memang tak blh lupa asam pedas melaka. kalo gi sana mesti beli pes asam pedas 1kg rm5.

    ReplyDelete