Monday, November 8, 2010

kdn putrajaya dan saujana utama

selasa lepas aku, hb, datin dan dato bawak sarafudheen dan nasarul ke putrajaya. kami ke pejabat menteri kdn. tapi pak menteri bercoti ke london. so jumpa dengan setiausaha dato kdn. ok setel pasal tu.

on the way back singgah saujana utama sebab nak ambil barang-barang mak kat rumah sana. masa nak masuk simpang batu besar kat main road hati aku dah berdebar kencang. sepanjang perjalanan ke situ tiba-tiba perut aku bergelora rasa nak muntah sebab inilah kali pertama aku jejak rumah tu selepas ap meninggal.

sampai depan rumah pandangan aku kabur. dalam hati tak tahu nak cakap bercampur-baur. sedih pilu sayu kecewa semua sebati. nak bukak kunci rumah tangan aku mengigil-gigil tak reti nak masukkan anak kunci dalam mangga. tiga empat kali kot cucuk cucuk baru mangga bukak.

bila bukak pintu.....masyaallah...... Ya Allah Ya Rabbi

tak semena-mena air mata mengalir laju. terbayang-bayang ap tersenyum-senyum kat aku di setiap sudut rumah. masuk bilik mak nampak seluar sekolah ap tergantung kat penyidai. aku ambil seluar tu peluk cium melepaskan rindu. bukak almari nampak baju sekolah ap tergantung. terketar-ketar tangan aku ni ambil baju tu dan peluk kuat-kuat.

masih ingat lagi tahun lepas bulan 12 masa shopping baju sekolah ap kat ipoh parade

+ nino nino ap nak baju sekolah tangan panjang satu tangan pendek satu

- ok

+ nino nino ap nak kasut rejam

- ok

- ap, bag sekolah ap?

+ tak yah la nino bag ap elok lagi

- ala ambek je la.....pilih cepat

+ tak yah la nino

- ambek cepat...nino kira sampai 3....satu dua....ti.......

+ ok lah ap ambek yang murah

- eh ambek la bag nike ni cantik nino berkenan

- tak nak lah ap nak yang ini kaler hitam

bila dah bayar ap cakap tq nino sambil sengih-sengih. aku jawab welkambing.


kenangan-kenangan inilah yang meruntun hati aku setiap masa. bila nampak satu-satu benda yang pernah aku belikan ap atau ke satu-satu tempat yang selalu kami pegi otomatik perasaan akan jadi sebak. memang tak boleh tahan airmata dari mengalir.

lagi satu sekarang ni aku tak boleh tengok budak lelaki pakai baju sekolah putih dan seluar hijau....Ya Allah aku terkasima. dan terbayang-bayang budak lelaki yang aku nampak tu adalah ap.

kalau lalu kedai kasut nampak kasut saiz 8 terus terpacak terpaku dan membayangkan kaki ap yang pakai kasut tu.

memang la orang akan nampak macam aku ni berlebih-lebih macam mengada-ngada tak boleh terima suratan.

korang tak rasa apa yang aku rasa. menempuhi episod episod kehilangan dalam jangka waktu yang terlalu hampir. korang yang tak menempuhinya jangan menilai aku.

sekejap je aku kat rumah tu tak sampai setengah jam. sebelum balik aku tengok di setiap pelusuk rumah sentiasa ternampak-nampakkan ap. kenangan indah bersama ap sentiasa terpahat dalam jiwa ku.

masuk dalam kereta langsung tak toleh belakang taknak tengok belakang sebab selalunya kalau aku balik ap akan mengejar kereta aku dari belakang sambil menepuk-nepuk bonet kereta.....pilunya hati aku ni.

2 comments:

  1. kak, tak pernah saya nak menilai kak. Saya rasa akak sangat tabah ada..

    alfatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. nino.......... ;(
    eqa pun sama.. bile nmpak je org pkai baju kapa, terus pndang bawah. bile makan mcdonald msti teringat hari sukan skola last year. famy ckp, "kawan ngn korg (eqa, amely, nisa, mia and anis) ni, asyik maaaakan je !".
    pastu teringat muffin D:

    em.. eqa phm ape yg nino rasa.. nino saba eh...

    ReplyDelete