Thursday, November 11, 2010

Memori Bersama Ap - Syawal ke 8 @ 17/09/2010 Jumaat -kali terakhir tengok jenazah ap

Keluar dari kereta orang pertama yang aku nampak adalah jay-e sepupu aku. Dia terus peluk aku dan menangis. Kemudian aku nampak ayahtua (abang sulung abah aku @ abah pada jay-e). aku terus peluk ayahtua dan ayahtua menangis teresak-esak dan gosok-gosok belakang aku. Ema isteri jay-e peluk aku dan mintak aku banyak-banyak bersabar.

Lepas tu nampak mona adik amin. Bila mona nampak aku dia datang kami berpelukan dan menangis. Dalam hati aku sentiasa berdoa semoga aku dikuatkan semangat dan jangan pengsan sepertimana semasa ena meninggal dulu aku pengsan berulang-ulang kali tak sedarkan diri.

Mak masih dalam kereta dan sedara-mara aku terkejut tengok keadaan mak sebab dorang membayangkan yang mak cedera sikit sahaja. Bila mak dah ada depan mata ayahtua macam nak rebah terkejut yang teramat sangat tengok muka mak yang dah tak macam muka mak yang sebenarnya. Bengkak sana sini.

Jay-e cakap kat aku, kak noni tangan maklang patah ni. Cuba kak noni tengok dah biru ni. Ye ye kak noni tahu. Kami singgah kejap je. jap gi bawak mak gi hospital batu gajah.

Dorang nak angkat mak naik atas rumah punya lah payah sebab mak dah tak boleh bangun dan sama macam tadi semua anggota badan yang dipegang semuanya sakit.

Aku tinggalkan mak terus berjalan lemah naik atas. Kemudian aku terdengar entah sape cakap ‘jaga-jaga ni yang baju hitam ni karang jatuh’ aku bagi isyarat yang aku ok so tak payah risaukan aku.

Dari bawah aku dah nampak jenazah ap terbujur kaku. Remuknya hati aku hanya Allah yang tahu. Aku paksa dan seret kaki aku naik tangga setapak demi setapak. Ya Allah beratnya kaki aku. tangga tu taklah setinggi mana pun tapi lamanya aku ambek masa nak sampai ke tingkat yang paling atas sekali. Mata ni tak beralih-alih dari bawah sampai atas terpaku tengok jenazah ap. Sebaik sampai kat muka pintu aku tersandar dan pegang dinding kuat-kuat. Aku istifar dalam berdoa sekali lagi Ya Allah kuatkan semangat aku. Aku nak tengok ap. Tolonglah jangan aku tak nak pengsan lagi.

Aku tersandar dan pegang bingkai pintu kuat-kuat. pandangan aku kabur dan nampak semuanya putih je dalam rumah. Aku tarik nafas dalam-dalam istifar berulang kali dan sebut Allah Allah Allah Allah. Bukak mata orang pertama yang aku nampak opah cik *adik ayah amin.
Opah cik meluru ke arah aku dan peluk aku. Kami menangis dan berpelukan. Sebaknya rasa. Aku cakap kat opah cik…..anak sedara dah tak de. Ye ye makcik tahu, kamu anak sedara makcik cucu sedara. Opah cik papah aku masuk ke dalam dan dudukkan aku sebelah kaklong. Aku tengok kaklong pejam mata dan donggakkan kepala dia atas kepala kusyen. Aku panggil nama kaklong dan kaklong, nino nino. Itu je yang mampu kaklong cakap.

Sebelah kaklong ayong, takutnya aku tengok mata ayong yang membengkak biru + purple. Amin yang duduk kat hujung kerusi sekali-sekala pejamkan mata dia tahan sebak.

Kalau ikutkan hati yang meronta-ronta ni… aku dah tertahan-tahan lagi nak tengok jenazah ap tapi kaki aku dah tak boleh melangkah. Aku terjelepok. Semuanya terasa berat. Kepada berpusing-pusing. Mata berpinar-pinar. Terasa rumah tu sempit sangat. Terasa tempat yang aku duduk tu atas bara api. Aku diamkan diri dan sentiasa beristifar sambil mata menjeling ke arah kepala katil. Aku tak nampak apa-apa sebab dinding kepala katil tu tinggi so dari tempat yang aku duduk tak nampak jenazah ap.

Yong kakak amin datang ke arah aku. Kami berpelukan dan kali ni aku dah tak boleh tahan aku peluk yong kuat-kuat tak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kami kerana masing-masing menahan duka dalam hati. Hanya esakan dan airmata dapat membicarakan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati.

Yong cakap….3 hari ap kat rumah yong….ap belajar maths…dia boleh jawab semua soalan yang yong bagi. Ap pandai budaknya. Apa yang dia tak faham pasal maths selama ni semua dia dapat selesaikan. Ap jawab soalan sampai tertido. Terjaga jawab balik. Masuk waktu solat ap solat jemaah dengan aziq. Yong puas dapat bela ap 3 hari tu. Sebelum balik yong cakap, ap check balik semua barang-barang ap baju-baju ap karang ada yang tertinggal. rupanya ap tertinggal jugak track suit dia. Agaknya dia nak tinggalkan buat kenangan yong.

Dalam kami mengimbas balik detik-detik akhir sebelum ap menghembuskan nafasnya itu mak berjaya diangkat naik ke atas. Dorang letak mak kat kepala ap. Tapi mak masih tak nampak dan tak tahu apa-apa. Semua yang tengok mak terkejut tengok mak yang berdarah-darah tu.

Aku suruh jay-e papah aku pegi ke jenazah ap. sebelum aku cakap kat mak yang ap dah meninggal aku nak nak tengok jenazah ap dulu.

Sekali lagi aku terpaksa seret dan tarik kaki aku untuk berjalan. Jay- e tarik aku pelan-pelan dan bisik kat telinga aku, kak sabar tau kak.

Hanya Allah yang tahu perasaan aku sepanjang aku menyeret kaki nak sampai ke katil ap. tiba-tiba dalam perut aku terasa kebas dan…………………………………akhirnya aku betul-betul berada di depan jenazah ap.

Ya Allah………….aku menahan perasaan sampai terbongkok-bongkok.

dari hujung kepala sampai hujung kaki aku tengok jenazah ap. tak percaya sungguh jenazah kat depan aku ni adalah ap. baru petang semalam merengek-rengek nak kan kasut bola nak kan hanpon baru. tapi sekarang......dah terbujur kaku berbalutkan kain kapan. nafas aku dah mula turun naik. kalau ikutkan hati yang kecewa ni mahu sahaja aku terkam jenazah ap dan peluk puas-puas tapi......

Terketar-ketar mengigil-gigil tangan aku bukak kain putih yang menutup muka ap. waktu tu aku terasa seperti di awangan bukan di alam nyata. dalam hati menafikan yang itu adalah ap.

aku singkap kain putih yang menutup muka ap perlahan-lahan. dada aku dah mula berombak kencang. dalam kepala aku kosong sekosongnya. tak percaya! tak percaya jenazah depan aku adalah amirul fahmi asyraff.

sebaik kain putih dibuka aku tatap muka ap dalam keadaan bercampur baur. semua rasa dah bercampur aduk. kepala aku terasa terlalu berat. biji mata dah terasa berpusing-pusing.

hanya bahagian mata dan dahi sahaja yang boleh ditengok dan dipegang. Dari hidung ke bawah ditutup dengan kapas. bersih sungguh muka ap sebersih dan sesuci hati nuraninya.

aku terpegun terkasima buat seketika kerana muka ap sangat tenang. Muka ap sangat relax. Muka ap setenang dan serelax ketika hayatnya masih ada.

tengok muka ap kali pertama…………..Ya Allah………ap………kesiannya……………

Dari belakang iza bagitahu jangan bukak kapas yang tutup hidung doktor tak bagi bukak. Aku angguk.

Aku tenung wajah ap dan pegang dahi ap yang dah sejuk. Keadaanya sama seperti kali pertama aku pegang dahi ena ketika melihat jenazah ena dulu. Satu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. saat itu muka ap bersilih ganti dengan muka ena.

Ketika ini memang aku tak boleh tahan dari mengeluarkan air mata. Sedih pilu sebak melihat orang yang paling aku sayang kat dunia ni terbujur kaku depan mata dibalut kain kapan putih. Masih baru lagi aku meyaksikan keadaan yang sama sebegitu rupa ketika melihat jenazah ena 1 tahun 9 bulan yang lalu. Jenazah ena dan ap diletakkan ditempat yang sama. Aku secara tiba-tiba membayangkan yang di depan aku tu adalah ena bukan ap.

Bila dah reda sedikit baru aku cium dahi ap bertalu-talu dan bisik nino sayang ap. nino sayang ap. ap tahukan nino sayang ap sangat sangat. Terbau haruman kapur barus di wajah ap dan bau tu melekat kat tudung aku.

kalau boleh aku nak duduk di tepi ap sampai jenazah diangkat. aku tak nak bergerak dari situ walau sesaat pun. aku nak nikmati saat-saat terakhir ini berada dekat dengan ap. aku nak sangat-sangat tapi aku tak mampu berbuat begitu. kerana aku tak kuat. kerana berada di depan jenazah ap membuatkan aku tertekan yang teramat sangat. aku tak nak bila tertekan aku lemah semangat dan akan rebah. aku tak nak menyusahkan orang memapah aku mengesahkan aku. sebelum ape-ape berlaku pelan-pelan aku beredar ke belakang.

Aku toleh ke belakang nampak baby duduk atas riba sue. Aku berjalan ke arah baby dan peluk dia sekejap. Aku berdiri seketika menahan dari jatuh dan berjalan longlai ke arah mak. Aku duduk tepi mak tak tahu macam mana nak cakap dengan mak. Aku tengok mak tidor tapi mulut mak tak renti-renti mengerang sakitnya noni, sakitnya mak ni. Tak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut aku. Kepala aku dah tak boleh berfikir apa yang sesuai nak cakap dengan mak ni. Kalau diberi pilihan aku tak nak semua tu keluar dari mulut aku sendiri. Aku terasakan dalam mulut aku seolah-olah ada kapas sama macam kapas yang tutup mulut ap.

Aku diam dan tundukkan kepala menahan perasaan. Aku tahu semua orang disekeliling tengah menunggu-nunggu ayat yang keluar dari mulut aku. Aku hanya menitiskan air mata dan bahu aku tersengguk-sengguk menahan perasaan.

Disatu sudut lain dekat dengan katil jenazah ap aku nampak dorang tengah pujuk kaklong sebab kaklong menangis nak kan ap. aku nampak kak ngah kak cik anak yong tenangkan kaklong. Aku dengar dorang cakap kita tengok ap ok. Kaklong menangis dan menangis tak berhenti.

aku tanya sape entah dah tak ingat....kebumi ap pukul berapa? lepas jumaat katanya.

abang aku satu famili dari penang belum sampai. dia tak henti-henti call dan bagitahu dia dah sampai mana. sedara mara aku dari kampung jugak tak henti-henti sms dan call tanya keadaan ap macam mana. tapi satu pun aku tak mampu nak cerita keadaan ap macam mana. aku jawab dengan esakan dan tangisan. mintak maaf la aku tak boleh nak berfikir apa nak cakap.

Aku tersentak ada orang pegang bahu aku. Aku toleh tengok misah sekeluarga sampai dari sg buloh. terus aku peluk misah dan tunjuk misah itu ap misah. Misah angguk dan bila misah nampak mak misah terkejut dan menerpa ke arah mak. Misah peluk mak kuat-kuat dan menangis teresak-esak. Kemudian misah sekeluarga berjalan lemah ke jenazah ap. aku nampak misah tutup mulut dia dan tangan terketar-ketar tengok jenazah ap. ya lah semua orang terkejut yang teramat sangat. Baru je seminggu sebelum tu ap makan bihun sup rumah misah masa bukak puasa.

Aku ambil yassin dan baca dalam hati. Surah yassin basah dek air mata aku yang tak henti-henti jatuh mengalir. aku cuba sedaya upaya mengabiskan surah yassin walaupun pandangan aku makin lama makin kabur.

Tiba-tiba mak bersuara….ap mana ni? Mana ap?

Entah aku tak tahu siapa yang bagi tahu mak…….makcik…..makcik….sabar ya makcik……makcik ap dah tak de. Ap dah meninggal makcik.

Bila mak dengar ap dah meninggal dunia, mak angkat kepala angkat tangan meronta-ronta nak bangun. dan mata mak mengeluarkan air mata darah. Aku lap air mata darah yang keluar berjurai-jurai dari mata mak. Aku hanya menelan air liur yang terasa terlalu pahit.

Mak cakap…mak nak tengok ap….nak tengok ap…..

Dalam dorang semua berkira-kira nak angkat kerusi panjang tempat mak tidor tu ke sebelah jenazah ap tiba-tiba mak cakap….noni, noni mak tak boleh nafas…mak tak boleh nafas. Aku tengok mulut mak dah ternganga tercungap-cungap dan dada mak dah berombak-ombak sedikit.

Aku berlari ke bawah cari abanglan sebab nak bawak mak pegi hospital tapi tak jumpa abanglan. Lepas tu aku berlari ke dapur nampak nasir dan cakap boleh tak bawak mak ke hospital batu gajah sekarang. Mak tak boleh bernafas. Nasir cakap baik kita call ambulan sebab takut mak sesak nafas kalau dalam ambulan ada oksigen semua tu. Aku setuju.

Lepas tu ayah amin cakap kat aku, pakcik dah panggil ambulan kejap lagi sampai ya. Aku angguk. Mak cakap noni ikut mak. Mak nak noni. Aku cakap ya ya.

Aku turun sekali lagi cari abanglan dan ternampak cik yi (adik abah aku) dan cik ham sampai. Cik ham peluk aku dan menangis cakap..kenapa ni? Kenapa bertimpa-timpa ni?

Aku bawak cik ham naik atas terus ke depan jenazah ap. cik ham menangis teresak-esak tak tahan tengok jenazah ap.

Aku dengar ambulan dah sampai.

Aku ambil kesempatan masa yang terlalu sedikit itu sekali lagi buat kali terakhirnya tengok jenazah ap. aku tatap muka ap dalam-dalam. Aku tatap muka ap puas-puas buat kali yang terakhir. Selepas ni aku takan dapat peluang keemasan ini untuk buat macam tu sebab aku kena follow mak ke hospital.

Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri, pegang dahi ap selawat dan baca al-fatihah. Aku cium dahi ap puas-puas. Aku cakap berulang-ulang ulang ulang buat kali yang terakhir di depan jenazah ap nino sayang ap. nino akan sentiasa doakan ap di sana.

Aku peluk jenazah ap puas-puas. Biarlah bau haruman kapur barus melekat di baju aku melekat di tudung aku. Kerana bau itulah yang akan aku bawak sepanjang perjalanan membawa mak ke hospital nanti.

Aku kecewa teramat sangat kerana tidak dapat melihat ap diusung dan dibawa turun ke liang lahat sepertimana aku menyaksikan jenazah mama dia dahulu. Semua ni dah tersurat dah tertulis yang aku tak dapat menyaksikan saat-saat akhir sebelum ap berpindah ke destinasinya yang terakhirnya.

Ulu hati aku bagaikan dihiris-hiris saat terpaksa tinggalkan ap. aku berdiri tegak depan jenazah ap dan pegang dahi ap buat kali yang penyudah.


Dalam hati aku cakap…tak pe ap mamakan ada sana. Ap tentu rindu kat mama kan.

Aku tutup jenazah ap dan berundur ke belakang. Belum puas lagi aku nak menatap wajah terakhir ap. satu jam yang ada berlalu begitu cepat dan terasa baru satu minit berlalu.. aku pejam mata dan masukkan gambaran wajah terakhir ap itu ke dalam kotak memori aku. Biar wajah itu bersemadi dalam minda aku buat selamanya.

Dalam masa yang sama dorang dah angkat mak masuk ambulan. Aku dah bagitahu ima isteri jay-e suruh dia ikut mak dalam ambulan nak ke pusat kesihatan ulu dedap yang terletak 200 meter dari rumah. Aku akan follow mak dengan abanglan.

Sebelum turun aku jumpa amin bagitahu yang aku tak dapat ikut ke kubur. Amin kata ok…..dia cakap tak pe noni tengok kan mak. Kalau tak silap aku amin cakap bawak kaklong sekali. Kaklong pun teruk tu. Kaklong cakap tak nak. Kaklong tak nak. Kaklong nak ap.

Masa aku nak turun aku tak ingat entah sapa yang datang dan peluk aku. Cik yi dan cik ham dan ramai jugak yang hantar ke bawah…semua orang pesan….sabar banyak-banyak. Apa yang penting aku perlu uruskan mak dulu.

Masuk dalam kereta aku menoleh ke arah rumah buat kali yang terakhir dan ucapkan selamat tinggal ap…..nino akan sentiasa doakan ap. ap sentiasa dihati nino.

Tak sampai 5 minit sampai di pusat kesihatan kecil ulu dedap. Sebaik ambulan mengundur ke arah pintu kecemasan hujan turun dengan lebatnya. Syukur hujan rahmat di pagi jumaat.

Aku tengok jam 10.40 pagi. Doktor terus bagi bantuan pernafasan kat mak sebab mak dah tercungap-cungap. Doktor ambil statement dari aku nak tahu duduk perkara yang berlaku.

Doktor cakap makcik ni dah kurang oksigen ni. Kenapa lambat bawak ni? Kenapa discharge dari hospital tanjung karang? Bahaya keadaan macam ni. Tangan kiri patah ni. Kaki patah. Tengok ni dahi dah biru ni. Doktor dah mula membebel kat aku.

Saya bagi makcik injection tahan sakit. Makcik rehat jangan fikir apa-apa ok.

Aku dengar doktor cakap pakcik, standby… cepat bawak patient… teluk intan.

Doktor tu call ke hosp teluk intan bagitahu ada emergency case.

Doktor, kalau bawak mak saya ke hospital batu gajah boleh tak doktor?

Tak boleh puan sebab sini kawasan teluk intan saya kena follow procedure. Maaf ya.

Dah sampai teluk intan puan diskus dengan doktor sana mintak tukar.

Dalam hujan lebat tu aku berada dalam ambulan. Mak dah tidor kesan injection tadi. Aku cuba toleh belakang mengintai-ngintai kot kot nampak rumah ayah amin. Tapi tak nampak apa pun sebab hujan terlampau lebat.

so kami mulakan perjalanan. masa dalam ambulan aku tak boleh tahan perasaan sedih. aku menangis dan biarkan airmata aku mengalir tanpa dilap. nurse kat tepi aku tu tengok aku dan dia seakan-akan cuba bertanyakan....... tapi tak jadi dan dia biarkan aku melayan perasaan aku sendiri.

Pakcik drebar tu memang betul-betul brutal. Dalam hujan lebat tu dia pecut dia rempit abis-abisan. Aku dan nurse kat belakang dah melambung-lambung. Terhentak-hentak banyak kali. Naik senak perut aku dibuatnya.

Dalam keadaan terumbang-ambing tu mak tak sedar mak masih tertido. Aku berdoa takutnya dah la hujan lebat dengan kilat sambar menyambar pakcik tu macam orang tak sedar diri pecut bagaikan apa lagi. Semua trafik lite dia langgar. Ya la kalau nak kejar solat jumaat pun jangan la bawak ambulan macam tu kan. Kena pikir keselamatan diri sendiri dan penumpang yang dia bawak. Kecut perut aku dibuatnya. Nurse kat tepi aku relax je dah biasa kot.

Mulut aku tak henti-henti baca al-fatihah buat ap. walaupun badan dah penat tapi otak masih segar dan ligat berfikir pasal ap. aku cium tudung aku yang masih berbaki bau kapur barus. Rindunya kat ap.

badan aku dalam ambulan hati aku masih melekat dalam rumah. dalam fikiran aku tak boleh fikir pasal lain melainkan ap sahaja.

Abanglan call tanya ikut jalan mana nak ke hosp teluk intan. Aku cakap tak tahu sebab hujan lebat tak nampak apa pun. Tak sampai setengah jam kami sampai hosp teluk intan. Mak baru sedar dan mengerang sakit. Agaknya dalam masa setengah jam tu injection dah abes agaknya.

Mula-mula dorang bawak mak ke unit separa kritikal. Tak sampai 2 minit dorang tolak mak masuk ke unit kritikal. kalau nak di ikutkan kaki aku ni dah tak mampu nak berjalan badan dah terhoyong-hayang. aku jalan sambil bahu dan badan aku bergesel kat dinding nak bagi seimbang takut jatuh.

sebaik mak masuk bilik kritikal, 2 orang doktor datang. sebelum doktor-doktor tu pegang mak dorang tengok aku dan tanya, awak siapa? anak. makcik ni kenapa? aciden. bila? malam tadi di tg karang....

tg karang? why bawak sini?

aku terpaksa stori dari a sampai z. doktor tu cakap sekejap, i check your mother first. then later i want talk to u....okay?

aku tersandar tepi dinding cuba imbangkan badan sebab mata aku sekali berpinar-pinar rasa nak muntah.......

kena marah dengan doktor-doktor kat situ…….

5 comments:

  1. Akak.. tak dapat bayangkan situasi akak macam tu.. Nasib baik akak kuat.. mampu bertahan & tak der apa2 berlaku pada akak.. Sedihnya.. Siapa yg tak sedih akak biler terpaksa berpisah dgn org yg tersayang..sedangkan Nabi pun menangis & sedih bile putera kesayangan dia meninggal dunia.. Akak pedulikan lalat2 langau tu yer.. Akak kuatkan hati & banyak2 bersabar..Insyaallah semua dugaan ini menghapus dosa2 & mengangkat darjat akak. Semoga akak redha & diberikan kekuatan utk menempuhi hidup ini..amen.

    Al-Fatihah utk arwah Ap.

    ReplyDelete
  2. nino, walau mcmane kitorg gelak2 pun kat sekolah, mesti akan igt jugak kat famy. tak pernah lupa. waktu tgh bercerita2, mesti ade je terselit.

    "kalau famy ada kan mesti dia..."
    "korg, aku igt lagi waktu tu fami ckp..."

    kte x dpt bygkan kalau kitorg pun ade skali kat sisi famy waktu tu. sedih sangat.

    ReplyDelete
  3. sebaknye rasa bilaa bace entry ni..
    nino... eqa mmg da tak boleh thn ;(

    ReplyDelete
  4. akak kuat ye..banyakkan bersabar k..tuhan duga akak sbb dia tahu akak boleh lalui dugaan tu..

    ReplyDelete