Saturday, November 6, 2010

minggu yang sunyi dan sedih

sepanjang minggu lepas dan minggu ni entah kenapa perasaan sedih sepi sunyi datang bertandang.

memang la sedih mengenangkan ap dah tak de belum abes lagi. kesedihan teringatkan ap tentu mengambil masa yang lama untuk pulih.

masa ena meninggal dunia dulu aku ambek masa 1 tahun 7 bulan untuk menghilangkan rasa resah gelisah setiap kali sampai tarikh 22hb setiap bulan.

kesedihan kerinduan pada ena hanya Allah yang tahu.

baru je semua tu beransur-ansur pulih tiba-tiba dugaan ujian dari Allah datang lagi. ap pulak pergi meninggalkan kami. belum puas aku mencurahkan kasih sayang ap pergi menyahut panggilan Illahi. semua sudah ditakdirkan.

seperti selalu aku katakan aku redho. memang aku redho aku terima semua ketentuan ini. namun jauh di sudut hati kenangan-kenangan bersama ap bersama ena sukar luput dari ingatan. sentiasa berlegar-legar terbayang-bayang.

tidur ku sudah tidak selena dulu. sentiasa tersentak terjaga di tengah-tengah malam. ketika orang lain lena di ulit mimpi-mimpi indah....aku terkebil-kebil dalam kegelapan mengenangkan memori manis bersama mereka yang telah tiada.

hanya linangan air mata panas yang dapat mengubat kerinduan ini. lepas dah nangis puas-puas aku terlena dan terkejut bunyi alarm hp. tengok jam rupanya aku hanya tidur 2 3 jam sahaja setiap malam.

insyaalah dalam masa terdekat ini aku akan abeskan memori bersama ap. biarlah aku kuatkan semangat menyiapkan episod akhir bersama ap. biarlah episod memori bersama ap ni sentiasa terpahat dalam hati aku buat selama-lamanya.

terima kasih kepada teman-teman yang tak renti-renti sms aku memberikan kata-kata semangat.

terima kasih kepada teman-teman bloggers kerana sentiasa mendoakan semoga aku tabah hadapi semua ujian ini.

dan kepada saudara-mara terima kasih di atas kunjungan kalian ke rumah.

1 comment:

  1. sabar ye kak...hilangnya org yg kita syg mmg ambil masa yg lama utk lupakan...byk2kan berdoa k...

    ReplyDelete