Saturday, November 13, 2010

Pah - hosp teluk intan (8.40 malam - 6.50 pagi)

turun bawah doktor ada tepi kaklong. aku lalu tepi katil ayong dan singgah tengok ayong dulu. ayong cakap nino ayong pening la. memang takut tengok bengkak mata ayong lebih besar dari bengkak mata kaklong. *ayong adalah sepupu kaklong yang sama-sama terlibat dalam kemalangan.

doktor gamit panggil aku. doktor cakap okay shayana ni (doktor ni kan suka sangat cakap okay. satu hari entah berapa kali cakap okay okay)....okay shayana ni ada berlaku gegaran dalam otak. dan saya tak pasti rahang dia ni retak atau patah. okay saya dah panggil pakar dental datang...dia on the way.....okay! not sure sama ada kita perlu buat operation atau tidak.

yang satu lagi tu hidayah...siapa dengan awak? ayong eh hidayah anak saudara saya jugak.

okay...dia ni kita risau berlaku pendarahan dalam mata sebab bengkak mata dia agak serius. kita tengok macam mana. kalau bengkak surut okay so tak de ape2 lah. anyway nanti kita suruh doktor pakar tengok hidayah jugak.

akceli kaklong masa tu dia tak stabil. meracau-racau. sebut nama ap sesaja. pastu menangis. sentiasa gelisah bergerak kiri kanan.

nino nino kaklong nak ap. nak ap......

doktor tanya siapa ap? aku cakap adik dia yang meninggal.

mak dia mane? mak dia dah meninggal 1 tahun 9 bulan.

oh! ala kesiannya.......sabar ya shayana.

doktor pakar dental datang tengok film x-ray ke ct-scan dah lupa...doktor cek gigi satu persatu. doktor cek nurse marking kat kad. ish banyak betol gigi yang di mark. kenapa pulak ni?

shayana...tulang pipi awak patah ni. kanan patah kiri ok.

kaklong jawab 'huh'

ada banyak gap kat ujung atas ni.

apa maknanya doktor? aku tanya

shayana terhentak kat mane ni. cermin ke ape? entah saya tak tahu.

shayana shayana awak terhentak kat mane?

ak ahu * tak tahu

maknanya macam ni. bahagian ujung gusi yang patutnya ruang untuk tumbuh gigi bongsu dah besar. semua gigi atas dah merapat di antara satu sama lain. tengok ni. doktor pegang gigi...

oktor....akit...akit. *kaklong memang dah tak boleh cakap elok-elok kat muka kebas agaknya.

nanti saya cek balik film ni....maybe...maybe....tak pasti yer...maybe kena operate ni.

ino...ino....anak operate......kaklong dah nangis.

sebelum naik atas aku pegi tengok amin. kesiannya aku...tiba-tiba perasaan sebak sebab yalah mula-mula isteri meninggal pastu anak. dah la ap tulah sorang-sorangnya anak lelaki dia.

aku tanya amin ok? amin jawab...saya ok....saya tak pe...saya kesian mak...dia dah tua.....

pastu tak silap aku cakap kat mona nanti mona pegi sebelah ya sebab tak de sape-sape kat kaklong ngan ayong. dan aku tengok muka mona agak pucat sebab ya lah masing-masing keletihan semalaman tak tidor. rupanya mona sakit kepala. *mona adalah adik amin

aku naik atas tengok abang aku + isteri + anak-anak dia dah tersandar kat tepi dinding sebab masing-masing dah keletihan yang teramat sangat.

aku ni dah tak mampu nak bukak mata. dah tak larat sangat. dah terhoyong-hayang. ada sekali tu tengah berdiri rasa badan bergoyang-goyang. kalau orang tolak dari belakang dah lama tumbangnya. semangat je yang menguatkan aku untuk lalui semua tu. pastu mak sedara *adik mak aku + anak-anak dia pun ada kat atas. dorang cakap kak noni jom kita pegi makan dulu. kak noni dah letih sangat ni. tak naklah makan tak de selera.

kak noni dah makan ke belum ni? hari ni setitik air pun belum masuk. dah dah jom kita makan dulu. karang kak noni tumbang lagi payah. tak pe lah kak noni tak boleh nak makan. kak noni kami ni kena balik. kak noni tengok lah budak-budak ni dah meragam. ya la tak pe..pegi la balik anak-anak kamu kecik-kecik semua dah letih ni.

sape tunggu selain kak noni? kak noni tunggu mak yang. adik amin tunggu kaklong ngan ayong.

abanglan pun kena balik kejap sebab pekerja dia ada masalah kat tempat keja. kak noni tahu tadi abanglan dah cakap dia balik ipoh kejap. esok pagi dia datang.

abang man? abang lan dah check-in hotel untuk dorang anak-beranak. dia pun tak sihat biarlah dia rehat kat hotel.

abes kak noni...kan dari malam tadi tak rehatnya....tak pe zeni....kejap lagi kak noni mandi segar la tu.

aku tengok mak dah tukar baju kaler hijau. aku gi jumpa nurse cakap mak ada kat pesara boleh transfer 2nd class tak? tak boleh sebab kejap lagi makcik ni kita tolak depan kaunter kita nak monitor dia.

ok lah nurse saya nak turun kejap.....apa-apa hal call saya.

aku dan mak sedara + anak + cucu dia turun ke bawah nak tengok kaklong. kami pegi ke wad kecemasan tengok kaklong ngan ayong dah tak de. rupanya dorang dah di hantar ke wad 3d ke 3b aku dah lupa.

aku hantar dorang sampai parking dan time ni hanya Allah yang tahu letihnya aku. aku naik atas terus cari kaklong dulu. tengok mona dan shamsul pun ada atas kat kaklong.

mona cakap kaklong ni meracau-racau. sebut nama ap je. asyik nangis je.

masa aku datang tu kaklong baru tido. tapi dalam tido dia sebut nama ap. aku pegi dekat kaklong baca ayat kursi dan cium dahi dia. aku cakap kat mona...kak noni dah tak larat sangat ni...rasa nak tumbang dah. kak noni gi sebelah kat mak ya.

mona cakap mona kejap je ni sebab kepala sakit sangat. tunggu iza datang tunggu kaklong ngan ayong. mona cakap amin dah balik rumah.

aku tengok ayong kat sebelah katil kaklong. dan rasa nak pitam. cepat-cepat aku beredar dari situ. aku kena mandi.

aku berjalan ke wad mak....tiba kat koridor doktor okay gamit-gamit kat aku. dia suruh aku tunggu ada something nak bagitahu...aku tunggu dia berjalan ke arah aku.

saya cari awak dari tadi tau....

kenapa dok?

kami jalan beriringan

okay....dah sah. dah confirm. mak awak patah satu atau dua tulang tengkuk. jari dia tunjuk kat tengkuk dia kat mana yang dikatakan patah.

ya ke dok? walaupun terkejut tapi kerana letih yang terlampau-lampau menyebabkan aku dah tak mampu nak terkejut.

tadi doktor pakar dah tengok so confirm okay.......

okay kita stanby jam 2 pagi we send her to ipoh. you get ready okay.....

alamakkkkkkkkkk.............dia geleng-geleng kepala..........

aku kerutkan dahi spontan tanya kenapa?

please hah....pleaseeeeeeeeee next time don do like this okay. awak merbahayakan nyawa mak awak. awak tahu tak?

aku diam malas nak komen ape. aku dah letih ni doktor oiiii. please jangan membebel kat aku.

doktor pakar marah tau.........

ok doktor i'm sorrryyyyyyyyyyy...okay!

aku tengok katil mak dah berubah tempat. dalam sebuah bilik depan kaunter nurse.

mak tidor. aku pegi mandi.

dalam bilik mandi..............aku menangis sepuas-puasnya. kalau boleh aku nak menjerit expresskan apa yang ada dalam hati aku sekarang.

secara tiba-tiba aku teringatkan ap. sebentar tadi kerana terlalu risaukan mak aku dah lupa yang ap dah meninggal. ap dah tak de.

bila air dah kena muka dan badan baru aku teringat ap dah meninggal. appppppp nino rindu appppppppppp. aku menangis teresak-esak dalam bilik mandi. aku teringatkat hubby kat rumah. entah apa kabar dia agaknya. aku lupa nak call tanya kabar dia.

dah puas menangis dan mata pun dah bengkak baru aku keluar.

nurse cakap doktor cari awak. doktor mana? doktor turun bawah nanti saya call dia.

masuk bilik tengok mak tengah mengerang sakit.....sakit.....

mak dahaga ni. aku tanya nurse boleh bagi mak air tak? tak boleh makcik puasa.

kenapa kena puasa? sebabbbbbbbbbb kita nak monitor dia. *nurse tu marah pulak..haih!

awak tak nampak tukan dah pasang drip....biarlah dia dapat air dari situ. *amboi bahasa

sebab aku letih je malas nak berpantun-pantun kalo tak........

aku titik-titikkan air yang doktor okay bagi tadi. mak cakap titik banyak-banyak. tekak mak perit ni.

dua-dua hp aku dah nak abes bateri. macam mane ni? tak de hp susah la pulak.

aku keluar nak mintak permission nak caj hp. rupanya nurse lain. muka dia ok sikit...yang tadi tu muka nauzubillah.

mulanya dia macam tak bagi. aku tunjuk hp aku dah kong. nanti susah apa-apa hal. aku buat-buat muka kesian. nurse cakap sekejap je tau tak boleh lama-lama.

mak masih mengerang sakit sakit. time ni dah kol 11 lebih aku dah letih maksimumnya. dah tak boleh bukak mata. mata dah sakit sebab letih sangat.

aku keluar tanya ada kerusi panjang tak? nurse muka nauzubillah tak toleh muka aku pun cakap 'tak de'

aku tanya boleh pinjam kerusi rotan nak tarik masuk dalam nak duduk.

hurm katanya.

mak aih berat betol kerusi rotan tu tak daya nak angkat. so aku ambek 2 biji kusyen letak atas lantai. nak baring sekejap pun jadilah. sementara nak tunggu kol 2 pagi.

letak je kepala terus terlelap. tak sampai 20 minit mak panggil aku cakap sakitnya. tolong mak sakitnya. mana ap ni? mane ap tak datang tengok pah? ap dah tak sayang pah.

aku pegi ke kepala mak baca al-fatihah, ayat kursi selawat nabi dan hembus. aku pegi kat nurse tanya boleh tak injek or bagi ubat.

tak boleh. makcik ni alergic ngan pcm. alergic banyak ubat. so kita tak berani bagi ape-ape. tunggu doktor datang dulu...boleh? doktor kat mane? entah!

apa la kena ngan ko ni nurse? nyombong tak tentu pasal...

aku mengeluh...macam mana nak buat ni. aku pegi sekali lagi ke kepala mak baca ayat-ayat quran dan hembus kat ubun-ubun. kesiannya aku.

sakitnya badan aku ni tidor atas kusyen yang bergerak-gerak tu. aku duduk bersila atas kusyen dan sandarkan kepala ke dinding. tak selesa. ambek kerusi plastik letak kusyen berteleku. tak selesa jugak. sakit tengkuk.

macam mane ni. dapat tido sekejap pun jadi lah. teringat ada towel. bentang towel atas lantai. towel tu basah sikit. lantaklah. lapik kepala ngan bag terus letak kepala. baru selesa sikit.

baru nak terlelap dengar suara bising-bising kat luar. aku duduk tengok apanya yang bising tu. oh rupanya nurse muka nauzubillah cakap kat telefon. dia macam marah-marah dan tinggikan suara. aku curi-curi dengar *sempat lagi tu...

tak boleh. tak boleh. mana boleh. kat sini ada 2 orang je. mana boleh. sape nak cover. patients ramai malam ni. ada emergency case lagi. saya baru je abes cek patients. pang dia letak telefon.

aku main agak je. maybe nurse yang sorang lagi tu yang lembut sikit tu kena follow mak dalam ambulan. so dia kena tinggal sorang-sorang jaga wad. agaknya lah.

aku letak kepala dan zzzzzz. pantang letak kepala. aku dengar mak panggil nama aku. aku dengar tapi tak boleh bukak mata. tak boleh angkat tangan pun. kaki lagi la. sayup-sayup aku dengar. dengan sakit kepala lagi aku tak mampu nak bangun. dalam hati aku cakap 'mak mintak maaf banyak-banyak...tak boleh nak bangun ni'

dalam sejam lebih tertido aku terjaga tengok jam dah 2 lebih. eh kata nak anta ke ipoh.

aku bangun dan berjalan ke kaunter. tengok ada sorang doktor kat situ tengah cakap telefon. dengar doktor tu cakap........yes i know.... cara dia cakap macam kes mak aku je.

aku tanya nurse sombong tu......assalamualaikum nurse....mak saya kata nak anta ipoh...belum abes cakap dia potong zas.....

tak jadi. kenape? mak awak tak serius sangat so tak jadi.

doktor yang tengah cakap tu jeling kat nurse....nurse tu cakap tanya doktor sendiri.

aku tunggu sampai doktor habis cakap. betol lah dia cakap pasal mak aku.

macam ni....kita tetap nak anta mak awak ke ipoh. sebab keadaan tengkuk dia tu. kita kena cepat-cepat anta (sambil jeling kat nurse tadi) tapiiiiiiiii kita ada masalah sikit. kita cuba atasi masalah ni secepat mungkin. kalau tak dapat anta sekarang macam mana sekali pun esok 7 pagi kena keluar jugak. tak boleh tangguh.

aku angguk. dan balik ke katil mak. tak sampai 5 minit doktor tu datang dan cakap...puan confirm 7 pagi esok kita keluar.

nurse injek dalam drip mak. ubat tahan sakit kot.

aku duduk atas towel dan sandar kepala kat dinding. teringat kat kaklong. so pegi ke wad kaklong. tengok kaklong lena. iza ngan billa tunggu dorang. iza cakap kaklong meracau-racau. iza takut kaklong jatuh. so iza pegang tangan kaklong. 20 minit kat situ......aku rasa kepala berat sangat pening. aku balik ke wad mak.

baring dan terus terlelap.

1 comment:

  1. semoga mereka beransur sembuh sepenuhnya
    alfatihah buat ap..

    ReplyDelete