Sunday, November 14, 2010

Pah - hospital ipoh day 6 (22/09/10)







hari ke 6 mak nampak makin bertenaga dan bersemangat.

katil tempat mak terpaksa ditukar ke sisi tepi kaunter nurse sebab ada 3 patients yang akan keluar dari OT. dan satu patient kat ujung kaki mak dah nyawa-nyawa ikan. doktor dah panggil anak-bini saudara-mara datang melawat. dan time melawat dorang pun dah tak ikot time. sape-sape pun boleh masuk. sedih sayu tengok bini dia melolong-lolong tepi katil suami dia. india tu dia jatuh pokok rambutan. baru 3 hari transfer dari hosp teluk intan.

kata bini dia......saya laki kerja panjat pokok. itu hari satu cina panggil saya laki panjat kasi potong pokok rambutan. saya laki tak mau. 3 kali itu cina mari. saya laki tak mau. lepas itu cina balik saya laki banyak kasihan itu cina...dia terus pegi cina rumah terus panjat pokok rambutan. baru sikit naik belum tinggi saya laki jatuh. dia tengkuk patah. doktor cakap...doktor cakappp...

dah tak mampu nak abeskan ayat aci tu hanya bagi isyarat tangan laki dia dah nak abes. menitik air mata aku ikut sekali dia menangis. sebabnya itulah perasaan aku masa doktor bagitahu ena dah tak de harapan tinggal beberapa jam sahaja lagi...haih tak mo ingat lagi kisah tu...sedih.

aci tu muda lagi dalam 20an kot umur dia. anak-anak kecik semuanya ada 3 orang. yang besar baru 5 tahun. yang kecik sekali baru jalan jatuh. dia bawak bekal air teh dalam botol. anak-anak dahaga kot berebut-rebut minum. aku kesian nak bagi air, air pulak tak de. yang ada air panas dalam flas. aku bagi roti...dapat roti berebut-rebut ambek dan suap ke mulut. ish kesiannya. dah kenyang baru yang sulung cakap tq unti. alahai.

yang si mak duduk tepi kepala laki dia meratap-ratap. laki dia boleh lagi bercakap tapi sepatah-sepatah. aku tak berani pegi tengok dekat-dekat sebab aku ni kan lemah semangat. tak boleh tengok sesuatu yang menyedihkan perasaan akan tiba-tiba jadi tertekan.

elok jugak nurse pindahkan katil mak jauh sikit. bukan ape kalau ditakdirkan laki dia mati tak lah depan mata aku kan. nak kata takut tu tak. bukan cakap besar tapi dah lali tengok orang mati di hospital depan mata. masa tunggu ena dulu pun nyonya ujung katil ena nazak 1 hari dan menghembuskan nafas dia depan kita orang.

pagi tadi doktor dr rama datang sekali lagi dan cek tengkuk mak. doktor bukak collar nak tengok mak sakit lagi tak. mak cakap tak sakit. tengkuk dah boleh pusing kiri kanan dan tunduk depan belakang. doktor cakap bagus...makcik cepat sembuh. tentu ramai orang doakan makcik cepat sembuh. aku senyum. memang tiap-tiap jam tiap-tiap hari aku dapat sms doa semoga mak cepat sembuh termasuk dari cikgu-cikgu ap. alhamdulillah mak semakin pulih.

cuma tangan kiri kaki kiri hidung dan rahang tu tak boleh buat apa-apa. ambek masa 3 4 atau 5 6 bulan baru sembuh. doktor rama cadangkan bukak collar dan tengok mak boleh tak sesuaikan tengkuk tanpa collar. sekejap jer bukak collar mak rasa lenguh dan pakai balik.

pagi tu mak exercise tengkuk, kaki dan tangan. semua arahan yang diberi mak boleh buat. doktor tengok keadaan mak masa mula-mula masuk dulu dorang gerenti akan tinggal di hospital paling kurang sebulan. tapi mak menunjukkan tindak balas yang sangat menakjubkan.

lepas exercise mak kena x-ray tempat yang patah tu sekali lagi sebab belah malam doktor pakar datang review lagi.

malam dalam pukul 8 doktor pakar no. 2 suruh bukak collar dan cuba tidor tanpa collar. cek bp semua ok. doktor anita yang pegang kes mak tanya makcik dah ok ke? sakit lagi tak?

mak jawab tak.

bagusnya makcik cepat betul pulih. selalu umur macam makcik lambat nak bagi tindak balas tapi makcik good dia tunjuk 2 thumbs up. cepat baik ya makcik.

doktor pakar no. 2 cakap kalau bp ok tak demam esok boleh balik.

dengar esok boleh balik aku terus bangun macam tak percaya..eh betul ke ni doktor. sebabnya sehari sebelum ni doktor tu cakap kena tinggal di hospital dalam 3 minggu lagi.

kenapa? nak balik sekarang ke? eh boleh ke doktor balik malam ni?

boleh.....tapi saya belum siap semua dokumen discaj. malam nanti saya baru buat...esok pagi lah ya makcik balik. ala tidor lah semalam lagi kat sini. kata doktor anita doktor india yang putih cun melecun.

hati aku dah berbunga-bunga...eiiii bestnya boleh balik rumah. terus sms kat semua orang cakap mak balik esok. semua orang terkejut mak dah boleh balik.

kemas-kemas bag baju aku. aku bawak satu bag besar baju sebab malas nak balik rumah. tiap-tiap hari hubby datang ambek baju kotor dan basuh.

segala stok makanan yang ada aku sedekah kat jiran yang menunggu patient. haih tak terkata seronoknya dalam hati. rasa dah setahun tak balik rumah.

malam tu buat pertama kalinya aku tidor nyenyak kat wad. mak pun tidor nyenyak. sekali pun tak jaga. selalunya tidor sejam mak jaga nak minum tukar pampers atau mak suruh sapu minyak angin.

tapi macam biasalah 4.20 pagi bangun bangun. mandi time.
p/s : nak betolkan nama cikgu kapa ap...cikgu miza....thanks paan

No comments:

Post a Comment