Thursday, December 30, 2010

Allah Maha Tahu

pertama sekali aku ucapkan terima kasih di atas komen-komen yang diterima terhadap entri aku sebelum ini.. aku sangat terharu dengan sokongan korang terhadap keluarga kami. hanya 3 sahaja komen yg dapat aku approve kan. komen-komen lain tak dapat aku siarkan disini atas permintaan sipolan-sipolan. menitik air mata aku baca kerana sungguh aku tak sangka aku mendapat sokongan yang positif dari korang.

aku akan buat entri pasal entri sebelum ini dalam blog private aku nestumrasberi. dah buat nanti readers yang aku invite di nestumrasberi boleh baca di sana. *aku akan bagitahu bila dah publish entri tersebut.

buat masa ni dan DI SINI kita jangan sentuh pasal hal itu.

ok aku nak bagitahu korang hubby aku baru discharge pagi tadi jam 10 pagi. dia warded pada isnin 27/12 jam 10.30 malam kerana serangan jantung tahap 4.

hubby pengsan di rumah. nak panggil ambulan takut lambat sampai so aku dengan mak mertua papah hubby masuk kereta. dan aku pecut semaksimanya ke hospital. aku potong semua kereta yang ada depan aku. dalam kereta hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku kerana tak sanggup lagi buat masa ini aku nak hadapi tekanan kerana kehilangan orang tersayang.

serangan jantung kali ini adalah yang paling serius sehingga hubby tak sedarkan diri. hubby berada di wad kecemasan selama 2 jam dan transfer ke critical unit dengan serta-merta.

alhamdulillah sepanjang malam tu hubby makin pulih dan sebelum masuk waktu subuh hubby dah tak pakai oksigen lagi.

hari kedua demam tekanan darah naik mendadak. dan pulih seperti biasa sebelum masuk waktu subuh. alhamdulillah syukur.

hari ketiga keadaan pulih seperti biasa selepas ambil 3 kali injection setiap malam ubat cairkan kolestrol (yang aku pernah bagitahu entri sebelum ini, ubat tu ada unsur-unsur khinzir).

hari ni hubby mintak discharge dan sekarang alhamdullillah kami dah berada di rumah.

next appoinment 26/1/2011 hubby akan dapat date untuk buat bypass di hospital penang.

No comments:

Post a Comment