Saturday, January 1, 2011

1.1.11 merajinkan diri berkemas

bangun pagi 6.17am pada 1.1.11.

7.01am balik ke rumah mak. masuk kain dalam mesin. rebus laksa. rendam ikan sadin yang keras macam batu.

sambil-sambil tu kemas dapur. sapu sampah...habuk sebenarnya. rumah ni masyaallah banyak habuk. sapu tak sampai sejam dah berhabuk balik. basuh pinggan mangkuk. lap dan simpan dalam kabinet. done!

ikan dah lembut, basuh dan rebus ikan. lari ke depan sapu pasir kat depan rumah. basuh tong sampah. cadang nak basuh kereta hurm petang sikit lah. tengok ikan baru mendidih. masuk bilik lipat kain dan susun dalam almari. lari balik ke dapur ikan dah lembut. padam api biar ikan sejuk dulu.

masuk bilik semula susun toto dan bantal dalam almari lagi satu. done!
tengok dalam bilik mak dah serabut. kejap lagi lah kemas bilik mak.

masuk dapur blen ikan, blen ramuan nak buat kuah laksa. rebus kuah laksa.

pegi bahagian tepi rumah (stor) kemas sikit-sikit. susun mana patut. done!

setengah jam kuah laksa masak. done!

sidai kain kat belakang dan depan rumah. done! huh...penat.

masuk bilik air nak mandi basuh bilik air pulak. done!

relax jap online jap...makan laksa dua kali. dua kali beb..haha. dah kenyang baru hantar kat rumah mak hubby. cadang nak gi kejap je rumah mak hubby tapi sangkut pulak makan rambutan. sembang-sembang hubby ajak makan laksa. makan lagi tapi sikit je...boleh percaya ke?

pastu sembang dengan hubby. sembang yang ngarut-ngarut sebenarnya. sembang kalau banyakkkkk duit...

aku nak balik rumah mak aku....hubby cakap ala relax dulu. relax punya relax 12.34pm mata dah lain macam. ngantuk ya amat sangat. ter zzzz sampai 2.54pm. hambek ko.

balik rumah mak solat zuhur. mak baru siap masak gulai ikan masin masak lemak. hadoiiiiii. makan dengan penuh perasaan. sedapnya gulai lemak ikan masin. pengsan.

sambung kemas bilik mak yang dah macam tongkang pecah. kemas sambil mulut membebel sebab biasalah mak suka sangat simpan benda-benda yang dah tak patut disimpan. ish.

buang benda yang tak patut tadi dan barulah almari mak nampak fresh dan boleh bernafas. kalau tak tu hai sendat, senak, semput almari tu. semua mak sumbat. kesian almari.

lipat dan susun kain sambil tengok citer industan. tengok pun dah nak abes citer tu. entah tajuk ape aku pun tak tahu. walaupun tengok sikit tapi sangat berkesan di hati. mengesahkan 2 orang sorang wartawan dan sorang jurugambar buat stori pasal anggota tentera yang terkorban di medan perang. part yang aku tengok tu mengisah seorang anak lelaki yang bernama sahil. dia ni anggota tentera berpangkat dan sangat bertanggung jawab pada orang bawahan dia. ayah dia doktor dan of kos lah jadi anak kesayangan mama papa dia. patutnya sahil ni cuti sebulan tiba-tiba dapat panggilan emergency kena bertugas di sempadan yang tengah perang. papa dia kecewa sebab tak dapat lama bersama sahil. dan papa dia tanya sahil kenapa tak jadi doktor sedangkan keturunan dorang semuanya doktor. sahil jawab....papa seorang doktor selamatkan orang sakit dan dia pulak tentera selamatkan negara dan orang awam dari kancah peperangan. papa dia tak boleh accept jawapan sahil tapi papa dia cakap...please come back for me. sahil pandang sayu kat papa dia tanpa memberi respon ya atau tidak.

malangnya sahil gugur di medan perang kerana cubaan menyelamatkan orang bawahannya akhirnya dia mati kena tembak. selepas sahil mati kehidupan mama papa dia berubah 360 darjah. dorang jarang berkominukasi. papa dia tetap salahkan sahil pendek kata dia bencikan sahil kerana tak dengar cakap dia supaya jadi doktor.

ok 2 orang wartawan dan jurugambar tadi cuba memulihkan keadaan papa dan mama sahil dengan cuba mengembalikan ingatan dorang pada sahil dengan melakukan apa yang pernah sahil buat ketika hidup dulu. sahil suka dengar muzik dan menari dengan ibu dia..dorang cuba imbau kenangan itu dan pasang muzik dan menari. tapi papa sahil marah dan halau 2 orang tu dan warning kat dorang jangan cuba-cuba nak ambil tempat sahil.

huh lenguh la citer....moral of the story adalah hanya orang yang pernah mengalami kehilangan orang yang tersayang sahaja yang dapat menyelami perasaan itu. perasaan sedih, perasaan gelisah, perasaan tidak dapat melupakan saat-saat bersama itulah sebenarnya yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. mereka yang tidak pernah mengalaminya tidak dapat merasai sepenuhnya kesengsaraan yang dihadapi.

perasaan itu tidak boleh dipaksa-paksa...means kalau jam tu teringat jam tu jugak air mata gugur tanpa dijemput. dan kasih sayang yang terjalin walaupun dah dipisahkan dengan maut namun tetap abadi dalam ingatan. pasangan ibu bapa sahil mengambil masa 3 tahun untuk melupakan detik kesengsaraan detik kekecewaan detik penderitaan yang mana akhirnya bapa sahil dapat menerima kenyataan dan memohon maaf pada sahil dan akhirnya mengakui anak kesayangannya gugur sebagai wira negara.

masa lipat kain tu mata aku berkedip-kedip. alahai apa pulak ni. nak nangis lagi ke ni? dah lah.....tak larat nak nangis dah. tolonglah.

walaupun letih tapi online jap. korang dah tengok ke the tourist. ala heroinnya angelina jolie si bibir seksi tu. best3. pegi lah nonton.

No comments:

Post a Comment