Friday, February 11, 2011

kereta rosak lagi....dah berapa kali rosak ni?

pagi ni patutnya pegi jpn tapi tengok orang berbaris sampai ke bawah tangga apa kes pulak ramai orang arini. tak jadi terus ajak hubby breakfast. 1st time makan roti canai kedai mamak ni sedap la pulak so order 2 biji roti kosong bawak balik untuk mak.

sampai rumah bukak gril bau sesuatu yang sangat harum sangat sedap. rupanya mak masak kari ikan. hurm lain macam bau karinya bau yang sangat mengoda kalbuku. letak roti canai mak tak makan pun sebab dia nak makan nasi + kari ikan.

aku terus online dan bau kari ikan menusuk-nusuk terganggu aku dibuatnya. mak ajak makan tapi aku masih kenyang so aku geleng kepala.

2 jam lepas tu saja ronda-ronda dapur sekali terpandangkan periuk kari ikan. perut tak lapar mane tapi.......saja bukak tutup periuk konon nak ambek bau. sekali bau dia mak aih...lu pikir la sendiri ape akibatnya kan!

ni aku nak cerita apa yang berlaku isnin minggu lepas. kereta aku rosak lagi.

^%&$*^#@*! betol. geram sangat-sangat. tapi nak buat camne kan udah nak rosak. terima je lah.

kisahnya begini. hari sabtu aku dengan mak pegi sg siput sebab nak hantar barang sepupu aku. on the way ke sana aku dah rasa lain macam sebab bawak kereta tak smooth. tak lama lepas tu bila tekan clutch ada bunyi nyaringggggg tapi bunyi tu tak la kuat mane pun. tiap kali tukar clutch benda tu bunyi. dah rasa lain macam rasa cuak semacam. mulanya nak patah balik tapi dah nak sampai pekan sg siput rasa macam tak berbaloi pulak kalau patah balik.

so tawakal je lah. bawak kereta hati dah tak seronok sebab dok fikir pasal bunyi-bunyi tu. sampai rumah sepupu aku dorang tunggu kami sampai sebab nak ajak kami pegi makan kenduri. aku tak sedap hati nak pegi dengan keadaan kereta macam tu.

aku call hubby dia cakap maybe clutch abes kot. atau gear box rosak kot. gear box? biar betol kan baru 2 tahun je tukar gear box baru. aku terpanik sekejap termenung beberapa saat dan terus check minyak hitam.

masyaAllah terkejutnya aku. besi yang check minyak hitam tu menunjukkan minyak hitam berada di paras paling minima. aku masukkan sekali lagi besi dan keluarkan masih sama jawapannya. tak kan kot. baru je petang semalam check ok je minyak hitam.

aku terus ajak sepupu aku beli minyak hitam 1 liter nak top up je dulu. lepas top up hati aku masih was-was dan cakap pada mak sedara aku tak jadi ikut dorang makan kenduri takut kereta rosak tengah jalan. sudahnya dorang pun tak jadi pegi sebab tiba-tiba hujan renyai-renyai.

hujan dah berhenti aku ajak sepupu aku ila pegi cari foreman sebab naluri aku mengatakan kereta aku ni kronik. foreman pulak tak de. time tu dah petang kol 4 lebih macam tu. aku nak drive balik pun takut jadi apa-apa kat tengah jalan.

aku call hubby cakap tak boleh balik dan hubby suruh aku cari foreman. esok ahad aku boleh terlupa pasal kereta dah petang nak balik baru teringat. aku tawakal je stat enjin dan masuk clutch. bunyinya semakin kuat dan sangat menakutkan aku. nasib baik pakcik sebelah tolong carikan foreman alhamdulillah foreman nak datang ke rumah.

foreman tu cakap mungkin gear oil abes sebab clutch boleh masuk cuma bila tekan ada bunyi. dia bukak bateri bukak apa entah lagi sebab nak tengok gear oil. dia cakap confirm gear oil kering. kering?

eh macam mana boleh kering. dia cakap jarang berlaku gear oil boleh kering macam tu sekali. aku tanya kenape boleh jadi camtu. dia tak jawab pun. dia pegi cari gear oil kat rumah tak adalah pulak. so aku ambik keputusan pegi ke pekan sg siput yang jaraknya 20km dari rumah dengan ila. nasib aku sangat baik sebab sebaik sampai depan hardware cina dah nak tutup pintu.

beli gear oil 2 botol@ 2 liter. 1 liter rm15. cina tu tanya kenapa 2 liter selalunya 1 liter pun tak abes. entah mana tahu foreman suruh beli aku beli je lah.

bila dah bubuh gear oil dan test drive bunyi makin kurang makin kurang dan langsung tak de bunyi. alhamdulillah...

aku tanyalah berapa upahnya. dia jawab bagilah berapa pun tak pe. eh janganlah macam tu. foreman ni bukanlah foreman yang keja betul-betul kat bengkel tapi dia ada pengalaman repair kereta. dia mintak rm15 aku bagi rm20.

tapi entah kenapalah gerak hati aku ni masih mengatakan yang kereta belum ok. lepas solat asar kol 6 lebih aku masih was-was nak balik petang ni ke tak? aku call hubby dia cakap kalau macam tu balik pagi isnin jela. nanti rosak tengah jalan malam pulak tu kan susah.

ok aku ambil keputusan balik pagi isnin. pagi isnin seawal 7 pagi kami dah gerak. pertama kali stat enjin aku berdebar-debar. kenapa pulak ni. kan dah ok semuanya kenapa hati aku ni lain macam je ni.

mulakan perjalanan makin berdebar-debar jadinya. tak pernah aku rasa seresah ini. kereta dah tak bunyi apa lagi yang aku takutkan. sampai di pekan sungai siput kat trafic lite susah pulak nak masuk gear 1. lepas tu ok pulak.

jalan pulak jem maklum la pagi isnin bersesak-sesak dengan orang nak pegi keja so terpaksa banyak kali tukar gear. sekali-sekali susah pulak nak masuk gear 2. sampai pekan chemor isi minyak dan teruskan perjalanan. sekali tekan clutch ada bunyi.

makin berdebar-debar peluh dah mula menitik-nitik kot dahi. tiap kali nak tukar clutch tiap kali itulah rasa sesuatu yang sangat menakutkan. kalau ikutkan tak nak tukar gear. tapi mana boleh sebab jalan agak jem. masuk gear 1 gear 2 gear 1 balik.

kerana terlalu takut peluh menitik tudung dah hampir basah walaupun pasang aircond. imagine macam mane kalutnya hati aku masa tu.

muka taksah cite la dah pucat. actually aku rimas sebab dah la mak ada sekali kalau rosak kan susah dan pagi-pagi mana ada bengkel kereta yang bukak. nak tak nak tawakal janji cepat sampai batu gajah dah tak kisah nak rosak pun.

sampai jelapang betul-betul depan imigresen tiba-tiba kereta aku 'menyentap'. camne nak cite eh camni tengah drive tiba-tiba kereta tu tersentap macam berenti beberapa saat. rasa nak luruh jantung aku. jangan la rosak kat sini. ni jalan besar jalan sibuk ni. rosak kat batu gajah ok. sempat juga aku melayan perasaan.

trafic lite kat area ni punya la banyak. baru masuk gear 2 dah trafic lite. nak sampai trafic lite kedua lampu merah kereta punyalah bersusun-susun.......jeng jeng jeng........

lampu hijau aku masuk gear 1 tiba-tiba enjin mati. start enjin kali kedua mati lagi. start kali ketiga enjin hidup masuk gear 1 tak boleh gear 2 tak boleh. tengok kat depan ada asap.

aku jadi panik sebab mak panik. mak panik sebab tengok asap.

kereta, lori, moto hon macam ape lagi. hoi kereta aku rosak la. kalau tak rosak tak de maknanya aku nak parking tengah-tengah jalan yang tengah sibuk. aku panik sampai tak tahu nak tekan emergency signal.

mak suruh aku hantar dia keluar. aku cakap tunggu tak boleh keluar sebab kereta laju dari belakang. mak dah nak bukak pintu dia nak keluar aku terpaksa jerit jangan keluar kereta laju dari belakang. aku panik teramat sangat. tengok asap makin banyak aku tak tahu kat mana emergency signal.

dengan kereta yang laju dari belakang nak bawak mak keluar satu masalah sebab mak nak keluar kereta kena berdiri lama-lama baru boleh berjalan. mana nak pegang tongkat lagi. aku cari emergency signal tak jumpa kat mana. dengan tak pasang signal aku cuba keluar ada la satu van tu dia boleh maki carut kat aku sebab parking tengah jalan. nyaris-nyaris dia tak langgar kereta aku. ko buta ke ape. itu menunjukkan yang dia bawak laju sesangat. aku cuba keluar nak bukak bonet at least dari jauh kereta lain nampak kereta aku rosak.

mulut aku tiba-tiba beristifar dan berselawat. dengan izinNya...ya dengan izinNya kuasa Allah yang maha berkuasa secara tiba-tiba jalanraya jadi lengang sebijik kereta pun tak de. aku cepat-cepat bukak pintu kereta belah mak. macam aku cakap tadi mak terpaksa berdiri dulu agak lama jugak baru boleh melangkah.

aku pimpin mak ke tepi jalan barulah banyak kereta datang. alhamdullilah. aku nak pegi balik ke kereta sebab baru aku teringat emergency signal kat mane. kelakar pulak rasanya time tu boleh lupa emergency signal letak kat mane. elok nak menyeberang jalan ada sorang hamba Allah yang sangat murni hatinya dia bawak van berhenti dan cakap biar dia tolak kereta ke tepi.

pakcik tu tolak kereta aku sorang-sorang ke tepi. setel...kereta dah ada tepi jalan so tak mengganggu orang lain. aku ucapkan terima kasih kat pakcik tu dan pakcik tu cakap....mungkin anak ni banyak tolong orang tu yang pakcik tergerak nak tolong anak. ya ke pakcik? entah lah aku pun dah tak ingat kot-kot aku pernah dan ada tolong orang sebelum ni. masa tu fikiran aku blank tak boleh fikir dan ingat ape pun.

semua dah selamat...kereta dah ada kat tepi jalan mak pun ok baru aku call hubby. dia suruh aku relax bertenang tarik nafas. masa tu hubby ada di kampar so dia suruh aku call foreman batu gajah yang biasa repair kereta tu. foreman tak dapat datang sebab jauh dari batu gajah nak ke taman jati jelapang.

aku tarik nafas. kesian kat mak sebab dah berpeluh-peluh. muka mak dah pucat. lepas tu berdiri kat tepi jalan yang sangat sibuk dengan bunyi bising lagi. mak dah macam nak nangis. aku lagi la bukan nak nangis nak meraung pun ada. aku dah biasa sangat kereta rosak tengah jalan. kereta sendiri dah banyak kali. dulu dengan kereta company pun banyak kali. tapi semua tu aku sorang-sorang. tapi kali ni ada mak. mak panik aku jadi lagi panik. mak inilah pertama kali kereta rosak tengah jalan. selalunya aku tak mudah panik. selalunya aku relax dan boleh pantas berfikir. tapi tidak untuk kali ini.

nak tunggu hubby datang ambil mak makan masa. dari kampar nak ke jelapang kurang-kurang 2 jam kot. lagipun keja hubby di kampar belum siap dia kena jumpa clients dulu. dapat bawak balik mak dulupun ok. biar mak balik dulu sementara aku cari foreman. boleh pulak time tu satu taxi pun tak lalu.

sape aku nak call ni? aku teringat e dan su. sebab kereta aku rosak tak jauh dari rumah dorang. so aku call su dan cakap dengan e. aku mintak tolong dorang tolong bawak mak ke rumah dorang sekejap sementara aku setel cari foreman.

e dan su sampai. kereta aku totally langsung tak boleh gerak. nak masuk gear pun tak boleh camne nak jalankan. solutionnya terpaksa panggil tow car. e yang setel semua. tow car datang then tarik kereta ke bengkel di silibin. kena rm40 sahaja. patutnya rm80 tapi e mintak kurang.

masa tu lagi 3 hari nak raya cina. foreman tu check kata kereta tak boleh satu hari siap maybe 1 atau 2 hari siap. aku tanya berapa budget tokeh?

600 atau 700 stanby...telan air liur aku.

maybe gear box katanya. eh gear box baru tukar tokeh...takpe biar i check dulu i call apa barang mahu tukar.

e dan su hantar kami balik ke batu gajah. alhamdulillah.

petang foreman call katanya gear box ok tapi clucth system totally rosak semua.

remove engine to overhaul clucth system, tukar clutch kit, engine mounting front, engine mounting rear, front brake pad, fly w/o seal dan bla bla bla......lebih kurang rm700....boleh?

takkan nak kata tak boleh pulakkan. boleh ke tak boleh tetap aku yang nak keluar duit.

tokeh u check brake belakang sekali tokeh...apa u rasa patut tukar u tukar tapi inform i dulu ok?

ok i kasi tukar apa barang mau tukar ok. esok 1 petang kereta siap.

esoknya 11 pagi aku dah terpacak kat bengkel tu. tokeh tu cakap benda yang dia patut tukar semua dah buat cuma ada problem baru. lepas tukar clucth kit baru enjin bergegar. kereta banyak power katanya tapi saya mahu fully check apa pasal gegar.

aku tanya gegar tu boleh effect benda lain ke. kereta boleh jalan ke atau kena repair lagi.

kereta ok boleh jalan. kereta cantik jalan enjin tak de bunyi tapi itu gegar sebab......ala lupa pulak aku pasal ape. ada pasal satu benda tu...lupa la pulak. u mahu saya repair itu gegar kereta kena tinggal after cina raya baru angkat. ini petang saya mahu tutup awal. esok start cuti mahu raya ma.

oh itu macam ka. ok macam ni tokeh. saya ambil kereta u bukak bila?

selasa next week. ok selasa saya datang kasi repair tu gegar. boleh?

boleh. u kereta ok tak payah risau semua tip top. gegar saja ma.

aku sangat3 berpuas hati repair kereta kat tempat tu. lepas repair alamak walawei kereta aku macam kereta baru. senyap je tak de bunyi. yang gegar tu sekali-sekala bergegar. bukan lah satu kereta bergegar. contohnya kalau berenti kat trafic lite tiba-tiba dash board bergegar macam nak tercabut. tapi macam aku cakap tadi bukan selalu gegar tu berlaku. gegar sekejap senyap sekejap. hah macam tu.

dan aku perasan bila brake mengejut kereta tak cengkam macam sebelum ni. kan sebelum ni aku ada pasang anti-block-system. kalau brake mengejut dia smooth je tekan brake sikit je. yang ni maybe kena pegi balik kedai yang aku pasang abs ni. tukar clutch kit sytem of course kena buka semua menatang yang aku tambah sendiri kot la foreman tu salah pasang. sebab hubby cakap masa pasang abs dulu cina tu vaccum apa entah baru dia pasang benda tu. tempat repair kereta takan dia nak vacuum bagaikan. dia bukak and pasang. janji benda alah tu pasang balik. tak de maknanya dia nak pasang macam yang asalkan. sebab benda ni hanya aksesori tambahan. ni nak duit gak ni..adoiii.

walaupun kosnya mahal tapi berbaloi-baloi. lepas ni kalau ada masalah aku nak hantar repair kat silibin je. sangat puas hati dengan hasil kerja mr eddie.

kalau ada orang ipoh yang baca blog aku...aku suggest kat korang pegi la ke vong auto di jalan jelapang. bengkel dia betul2 belakang restoran mamak (lupa pulak nama restoran tu) ala senang citer belakang alfio raldo jelapang. dekat dengan cimb jelapang. cari lah vong auto mr eddie.

bila kereta rosak...jam-jam tu jugak nak beli kereta baru. dah berapa kali kereta aku ni buat hal. 2 kali major accident. rosak berapa kali? dah tak terkira dengan jari banyak kali rosaknya.

tapi bila mengenangkan dah tak nak berhutang dengan bank...perit rasanya tiap-tiap bulan kena bayar kat bank. lagipun aku kan dah tak kerja. dan pokoknya dah malas nak berhutang dengan bank rasanya biarlah aku keluar duit repair elok-elok tukar mana yang patut. pakai jela kereta ni.

lagipun hubby nak keluar kereta baru lagi 2 minggu. boleh la kalau jalan jauh long distance pakai kereta hubby je la. tak gitu en r?

No comments:

Post a Comment