Monday, February 14, 2011

pembedahan besar buat mak

14/2/2011 isnin mak follow up di hosp raja pemaisuri bainun, ipoh. keluar rumah 6.40 am sampai hospital 7.20am. hari ni keluar rumah lambat biasanya awal-awal lagi kami dah ada depan pintu.

klinik ortopedik bukak jam 7.30am. selalunya seawal 6.30am pesakit dah bersusun-susun sebab first come first serve. tapi hari ni walaupun kami sampai lambat tapi kami bernasib baik sebab pesakit boleh dikira dengan jari. mak dapat nombor giliran ke 4.

kami terus pergi ke tempat x-ray. lama jugak tunggu di situ jam 8am baru bukak. di sini mak dapat nombor 2. cepat je masuk ke dalam bilik x-ray tapi hampir setengah jam tunggu film x-ray siap.

dah selesai kami berpatah balik ke klinik ortopedik. kami diarahkan terus pergi ke klinik sub-kepakaran ortopedik (arthroplasty) dan tidak lagi ke klinik foot & ankle.




klinik ni bukak jam 9am. ada lebih kurang 10 orang pesakit sudahpun menunggu. kami dimaklumkan Dato Dr Rama (Pakar Perunding) bercuti pada hari ini dan tempatnya akan diganti dengan doktor pakar lain. 9.30am nama mak dipanggil. seperti biasa aku masuk sekali temankan mak.


mak jeling ape tu? muka 60% berubah selepas accident

kami dapat Dr. Farra. lemah lembut dan sangat sweet doktor ni. seperti biasa doktor baca balik medical histrory dari awal.

lepas tu baru suruh mak bengkokkan jari tangan belah kiri. jari tangan kiri hanya boleh genggam separuh sahaja.

kemudian bengkokkan dan tegakkan kaki kiri dan kanan. mak tak boleh tegakkan kaki kanan. doktor suruh mak berdiri dan nampak kaki kiri dan kanan sudah terkeluar dari bentuk asal. maksud aku bila mak berdiri kedua belah kakinya tidak boleh rapat sehingga boleh letak bola di tengah-tengah bahagian kakinya.

Dr Farra kemudiannya panggil doktor pakar perunding iaitu Dr Cheong.

Dr Cheong suruh mak ulang sekali lagi apa yang Dr Farra suruh dia buat.

+ makcik dalam satu hari berapa kali kaki makcik sakit?

- sepanjang masa sakit doktor. ada satu-satu masa boleh kira dengan jari yang tak sakitnya

+ sakit yang macam mana?

- berdenyut-denyut dan sakit sampai nak nangis

+ sejak bila sakit?

- sebelum ini (sebelum accident) memang ada sakit tapi taklah sakit macam sekarang

+ maksud makcik selepas accident sakit makin teruk?

- ya

+ sejak bila guna tongkat?

- selepas accident terpaksa guna tongkat. lagi satu kaki kiri saya tak boleh banyak berjalan...dia bengkak doktor. tapi hari ni tak bengkak pulak.

+ apa ubat yang makcik makan sekarang untuk tahan sakit

aku : tramadol. tapi tak beri kesan apa-apa. mak saya terpaksa pergi klinik swasta ambil ubat tahan sakit yag lain

- doktor dalam kepala makcik ni kadang-kadang sakit rasa macam kebas berdenyut-denyut sampai atas bibir

+ itu adalah kesan kerana berlaku pergerakkan pada tengkuk makcik semasa accident tempohari. buat masa ini yang itu kita tak boleh buat apa-apa kita bagi makcik ubat tahan sakit.

aku : tapi sampai bila perlu makan ubat tahan sakit nanti ada effectkan doktor

selepas bertanya beberapa soalan Dr Cheong cakap

+ makcik, sakit kaki makcik sudah sampai ke tahap kritikal. kita tiada pilihan lain kita terpaksa operate kaki makcik. adakah makcik bersetuju?

mak tengok muka aku

+ kita akan masukkan besi dalam kaki makcik tapi......pembedahan ini ada beberapa risiko yang perlu saya beritahu pada makcik.

pertama :

risiko bius - makcik akan dibius dengan 2 kaedah. pertama hanya dibius separuh badan sahaja dari pusat ke bawah maknanya semasa pembedahan itu makcik sedar. kedua sekiranya proses bius yang pertama tidak berjaya makcik akan dibius keseluruhan badan maknanya bius masuk ikut hidung. yang ini ada masalah sikit sebab makcik ada problem dibahagian tengkuk semasa accident tempohari ada berlaku pergerakkan dibahagian tengkuk jadi kita takut proses bius tidak berjaya......ok tidak mengapa yang ini kita akan kaji dan pakar bius akan bagitahu makcik selepas ini.

kedua :

risiko jangkitan kuman selepas pembedahan - hanya 3% hingga 4% dari 100 pesakit yang mengalami risiko jangkitan kuman. maknanya begini...selepas pembedahan dibuat sekiranya berlaku jangkitan kuman, kita akan buat beberapa pembedahan susulan sehinggalah pada satu tahap jangkitan kuman merebak ke bahagian besi yang kita pasang maknanya besi tersebut terpaksa kita keluarkan. bukan sahaja besi tapi tempurung kakipun kita terpaksa keluarkan. risikonya amat besar sebab selepas itu makcik langsung tak boleh berjalan.

muka mak jadi sangat blur bila dengar risiko yang kedua.

berdasarkan kesakitan yang makcik alami sekarang iaitu sakit sepanjang masa kita tiada pilihan melainkan pembedahan. tapi keputusan terletak ditangan makcik dan keluarga.

aku : berapa kosnya doktor

+ rm6800 untuk besi yang biasa.....saya cadangkan makcik rm7500 untuk besi terbaik.

+ tapi makcik juga ada masalah mata. saya cadangkan selepas ini makcik pergi ke klinik mata. buat mata dahulu. sebab nanti kaki dah baik mata pulak masalah. so makcik buat mata dulu.

aku : bila operatenya doktor?

+ kalau bersetuju kita akan booking untuk makcik. ok saya bagi 3 bulan dari sekarang untuk buat persediaan ya makcik.

kami sangat berpuashati dengan penerangan yang sangat detail di beri oleh Dr Cheong dan Dr Farra.

Dr Farra : makcik saya tukar ubat. saya bagi celebrex ubat tahan sakit. makcik cuba makan ubat ni untuk tahan sakit ok.

Dr Farra : makcik operation kaki makcik ni dikira sebagai satu pembedahan besar ya makcik...makcik faham kan. tapi saya cadangkan makcik buat pembedahan ini. makcik boleh interview mereka yang di luar sana yang sudahpun menjalani pembedahan. semuanya berjaya makcik.

aku : ya doktor tadi saya dah interview auntie cina dua orang tu, dorang kata dah ok tak payah guna tongkat dan kaki pun dah straight tak bengkok lagi

Dr Farra : see....makcik....

next appoinment adalah pada 9/5/2011. appoinment yang akan datang doktor akan bagi date untuk operation.

lepas tu kami terus ke klinik oftalmology (klinik mata). mata mak diperiksa dan doktor sahkan mata kiri yang terlibat dalam accident tempohari ada mengalami kerosakan. kami perlu buat appoiment untuk jumpa doktor pakar mata pada 4/5/2011 dan 23/5/2011.

semuanya selesai jam 11.15am. sebelum balik pergi ambil ubat dulu. dan sebelum itu aku hantar mak ke kantin sebab perut kami berdua dah lapar teramat sangat belum sarapan lagi. dah hantar mak aku lari ke farmasi ambil nombor dan tengok ada 23 orang lagi que. lepas tu lari balik ke kantin belikan mak nasi berlaukkan ayam masak merah. bagi mak makan dulu baru aku nak que beli makanan dengar dah panggil nombor 3224. alamak nombor aku 3223. terus aku lari balik ke farmasi. farmasi letaknya sebelah kantin. rupanya nombor dah lompat dorang panggil nombor 3224 sebab ada masalah pada skrip ubat. aku tunggu sekejap sebab lagi 7 orang saja lagi. selesai di farmasi berjalan semula ke kantin beli makanan dan makan tanpa bercakap sepatah apapun sebab terlalu lapar. sampai rumah jam 1.15pm.

Dr Cheong baju biru (Doktor Pakar Perunding)

harap-harap tarikh yang mak dapat ni tak bertembung dengan tarikh hubby mendapatkan rawatan di IJN nanti.




No comments:

Post a Comment