Wednesday, February 9, 2011

petang ini

jam 2 petang ni aku dan hubby akan berjumpa doktor pakar jantung untuk dapatkan surat apoiment ke IJN.

pagi tadi aku call tanya staf nurse kat situ surat dah siap ke? jawabnya dah siap tapi ada sedikit kesalahan pada surat tu dan mungkin hari ni tak dapat nak bagi surat tu pada hubby.

aku tanya lagi kalau macam tu boleh tak kami nak mintak ke ijn penang?

ok datang jumpa doktor nanti bincang dan cuba mintak tukar. rasanya boleh kot. sebab surat tu kena buat lain dan kena dapatkan sign doktor pakar lagi sekali.

alhamdulillah kalaulah boleh tukar ke penang..syukur teramat sangat. banyak sebabnya. salah satu kos rawatan lebih murah berbanding ijn kl. kedua kos transpot nak ulang-alik ke penang jugak lebih murah. dan yang paling best hospital tu 2km dari rumah abang aku. so bolehlah aku lepak-lepak kat rumah dia kan.

akceli kalau ijn kl pun ok jugak sebab rumah sepupu aku 10 minit dari ijn. cuma yang tak tahannya kos rawatannya nanti melambung-lambung.

semuanya akan terjawab petang ini. semoga doa aku hubby dapatkan rawatan di hospital penang dimakbulkan Allah...insyaAllah.

1 comment: