Thursday, August 11, 2011

sekiranya liza masih ada

sekiranya adik bongsu aku liza masih ada hari ni 11/8/2011... liza berusia 40 tahun.

dah 12 tahun liza meninggal dunia. kalau liza masih ada liza lah orang yang paling sibuk menempah baju raya. tak kurang tujuh atau lapan pasang liza tempah baju raya baru liza puas hati. padahal bukan nak kemana pun dengan baju raya yang banyak tu. tapi itulah liza.....

dan ramadan adalah bulan yang paling liza suka shopping di pasar ramadan. shopping rangka ayam. rangka ayamlah yang liza beli setiap kali ke pasar ramadan.

sedihnya tahun ni....ap dah tak de....ena dah tak de....liza dah tak de....tok pah....abah.......

semoga rohmu sentiasa aman dan tenang di sana. Al-Fatihah buat adik kesayanganku.

No comments:

Post a Comment