Saturday, September 17, 2011

1 tahun pemergian AMIRUL FAHMI ASHRAFF

Setahun sudah berlalu. pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu. terasa-rasa baru semalam pemergian ap kerahmatullah.

17/9/2010 jumaat 12.15 pagi adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. tarikh yang membuatkan jantung aku terhenti buat seketika. tarikh yang membuatkan seolah-olah roh ku turut serta melayang-layang ke langit bersama roh ap.

tomei-tomei.....itulah panggilan yang aku dan ena mama ap selalu panggil bila ap merajuk masa kecik-kecik dulu. bila ap merajuk ena atau aku akan dukung ap sambil cakap alololo tomei-tomei. serta-merta ap akan tersengeh-sengeh dan melintuk-lintukkan kepalanya ke bahu.

kini semua itu tinggal kenangan yang sangat indah bila dikenang-kenang. kalau terlampau rindukan ap...aku selalu terbayang-bayang teringat-ingat waktu dia masih kecil dahulu. semua itu membuatkan aku tersenyum sendirian kerana ap ni lain dari yang lain. walaupun masih kecil tapi pandai mengambil hati orang tua. senyuman ap sudah cukup membuatkan hati aku tenang setenang-tenangnya. senyuman ap adalah penawar duka.

kini senyuman itu dah tak de. senyuman yang amat aku rindukan. hanya Allah yang maha mengetahuinya betapa rindunya aku pada setiap senyuman insan yang bernama amirul fahmi ashraff. insan yang tersangat istimewa dalam hidup ku....hidup keluarga kami....dan senyuman yang teramat istimewa buat sahabat-sahabat yang turut juga merindunya....

ap....semasa nino menaip ni pun airmata nino tak henti-henti mengalir. airmata panas yang nino tahan semenjak bulan ramadan lagi. sepanjang bulan ramadan nino terlalu rindukan ap...nino tahan airmata nino. nino tak nak menangis dalam bulan ramadan.

ap...syawal tanpa ap...membuatkan hati nino bagaikan dirobek-robek...di pagi syawal nino cuba tahan airmata nino dari tumpah kerana merindui ap. nino berjaya lakukannya ap. nino tak menangis walau setitik airmata pun tak keluar.

dan....di pagi syawal...buat pertama kalinya nino tak ziarah kubur mama. kenapa nino tak ziarah kubur mama? sebab nino tak sanggup tengok kubur ap bersebelahan kubur mama.

walaupun hati nino meronta-ronta nak ke kubur ap tapi nino tahan semua tu ap...kerana apa? kerana nino tak sanggup tengok nama AMIRUL FAHMI ASHRAFF tertera pada batu nisan. nino tak sanggup ap. biarlah nino doakan ap dari jauh. biarlah ap sentiasa di hati nino.

nino tak tahu bila nino akan pergi ziarah kubur ap buat kali yang pertama. bukan je nino...pah...paklong pun tak sanggup tengok nama ap atas batu nesan. dan nino tahu kaklong pun tak sanggup tengok semua tu. kaklong pun tak sanggup tengok ap bersebelahan dengan mama.

hari ni 17/9/2011.....setahun sudah pemergian ap. pemergian yang tak disangka-sangka. semuanya berlaku begitu cepat. namun nino telah mula belajar redha dan mula perlahan-lahan belajar terima semua tu dengan hati yang tenang. walau pun sukar nino melaluinya namun nino tahu tempat ap di sana lebih tenang disisiNya.

semoga rohmu sayang sentiasa dicucuri rahmat olehNya....Al-Fatihah buat anakanda kesayangan nino.

No comments:

Post a Comment