Thursday, December 22, 2011

3 tahun ena...22/12/2011

cepatnya masa berlalu dah 3 tahun ena meninggal dunia...meninggalkan kami semua. rindunya aku pada adik2 aku yang telah kembali kerahmatullah.

22/12/2008...hari selasa jam 6.15 petang saat yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. saat menanti denyutan nadi ena berakhir satu persatu sangat menyedihkan aku. saat ena menghembuskan nafasnya yang terakhir.....saat nadi ena naik semula selepas hembusan terakhir dan turun mendadak buat yang terakhirnya membuat aku terasa.............................sukar nak aku tuliskan di sini perasan aku ketika itu.

dua orang adik perempuan aku.....aku saksi sendiri saat2 terakhir mereka menghembuskan nafas yang terkahir. semua itu tidak mudah aku lupakan, semua tu sentiasa berlegar2 dalam fikiran ku. tiap kali teringatkan saat2 getir itu tiap kali itulah aku pejamkan mata dan tarik nafas dalam2 dan seperti biasa aku tak mampu menahan airmata panas ini dari mengalir.

al fatihah buat ena...adik kesayangan ku...sahabat sejati......mama kepada kaklong ap dan baby....insyaallah kita bakal bertemu di sana...al fatihah.

1 comment:

  1. Akak, ed pun baru kehilangan mak su tersayang.. mak ed 2 beradik jerk.. semoga ruh mereka semua dicucuri rahmat..Ameen

    ReplyDelete