Sunday, January 29, 2012

kaklong @ nur-shayana amiera @ UTP chemical engineering

syukur alhamdulillah. syukur sangat-sangat 18/1/2012 yang lalu kaklong dahpun mendaftar di UTP.

actually banyak snap picture tapi malas nk upload. mood nak berblogging masih belum mari. dah lama tak berceloteh di sini. rindu sangat-sangat nak baca blog korang tapi tak ada masa. masa sangat terhad. sibuk-sibuk-sibuk dan sibuk.

keputusan SPM kaklong belum keluar tapi tu lah dah namanya rezeki kaklong dapat masuk UTP sebelum keputusan SPM keluar.

kalaulah ena masih ada...tentulah dia bangga dengan pencapaian anak sulung yang sangat di luar jangkaan.

kaklong call aku bagitahu dia dapat UTP....aku cakap congratulation kaklong. itu je yang mampu keluar dari mulut aku. selebihnya aku terdiam dan airmata panas yang laju mengalir.

air mata gembira kerana alhamdulillah kaklong masuk UTP. airmata kesedihan kerana mama dan ap tak dapat sama-sama berkongsi kegembiraan itu. boleh dikatakan sepanjang hari tu airmata ni asyik nak terkeluar je.

apa pun...tertunailah sudah hasrat ena nak kaklong masuk u.

dan yang paling bestnye...best sangat-sangat....UTP sri iskandar dengan rumah aku tak sampai 10 minit. weekend kaklong balik rumah pah. mak aku apalagi tahu kaklong nak balik sibuklah masak ayam masak kicap lada hitam kegemaran kaklong. masak nasi goreng untuk kaklong. dan asyik tanya kaklong nak makan ape..nak makan ape..pah masak..macamlah kaklong tu sekejap je kat sri iskandar...5 tahun la pah...

oklah...itu je nak cerita...ketemu lagi ya

3 comments:

  1. Alhamdulillah kak... rupa2nya Allah ada perancangan yg lebih baik :).

    Tahniah Kak Long! All the best!

    ReplyDelete
  2. ya Ed. Allah punya perancangan yg baik dan inilah hikmah yg kami tunggu2. syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete