Friday, August 1, 2014

airmata

hari ni dah raya ke lima.

selepas saje ena meninggal dunia pada 2008 raya bagi aku macam dah tak de ape2 makna. kemudian ap pulak meninggal seminggu lepas raya tahun 2010 lagilah tak de mood langsung nak raya. baru2 ni 30/4/2014 amin..ayah kepada kaklong dan baby kembali kerahmatullah. (aku belum publish kisah ayah kaklong baby meninggal dunia..insyaallah sedikit masa lagi)

di pagi 1 syawal tahun ni aku cuba sedaya upaya bangkitkan mood raya tak nak sedih2 tak nak moody2. nak cuba beraya nak cuba happy2 tapi bila terpandangkan muka kaklong dan baby....terus je hilang semua mood2 tu. menitik2 air mata tak boleh ditahan2.

pagi raya 1 syawal aku dan mak bawak kaklong baby ke rumah atuk dorang di kg gajah. lepas tu kami ke kubur. sebaik jejak kaki di tanah pekuburan hati aku dah berdebar2. aku tengok wajah muram kaklong baby lagilah denyut jantung aku makin laju makin laju. aku cuba sabarkan diri aku. relax nino...relaxxxxx ok.

dari jauh dah nampak kubur ena dan ap....air mata dah tak boleh ditahan lagi. gugur selaju2 nye.

Ya Allah...sebak hati ini tengok kubur ibu dan anak bersebelahan. hati mana yang tak luluh hati mana yang boleh menahan sabar tengok semua tu. sejak ap meninggal dunia aku tak jejakkan kaki ke situ. aku tak sanggup tengok kubur ap sebelah kubur ena.

walaupun hati aku memberontak nak jenguk kubur ena dan ap..tapi disebabkan kubur ap sebelah ena itu yang aku tak sanggup.

tapi..baru2 ni amin..ayah kaklong baby meninggal dunia itulah kali pertama aku jejakkan kaki selepas 4 tahun ap meninggal.

tengok je kubur ena dan ap..aku dan mak dah teresak2 menangis.

aku tengok kaklong dan baby tenang setenangnya...tak menitiskan walau setitik pun airmata depan kubur mama dan ap.

kuat sungguh budak berdua ni. memang tabah sungguh anak ena yang berdua ni.

aku memang dah tak boleh control dah. terpaku depan kubur ena dan ap. dah tak ingat nak baca fatihah ke ape ke. dalam fikiran aku hanya terbayang muka ena dan ap.

sekali sekala aku tengok jugak muka budak berdua tu..subhanallah tenang sungguh wajah dorang. kuat betoi budak berdua ni. jirus dua2 kubur dalam keadaan yang tidak beremosi. alhamdulillah Allah beri kekuatan yang sangat luar biasa.

selesai jirus air yasin ke kubur ena dan ap aku tanya kaklong kat mane kubur ayah.

laju je kaklong ke kubur ayahnye.

sekali lagi hati aku tersentak bila terpadang kubur yang masih baru di batu nisan tertera nama MOHD AMIN BIN BEDIN. al fatihah buat arwah amin. semoga tenang bersama ena dan ap di sana.

aku suruh kaklong jirus kubur ayahnye dulu. dengan tenang kaklong jirus kubur ayah dia. waktu tu aku nampak wajah muram dan sebak. sebaik baby jirus kubur ayah dia aku tengok kaklong berpusing ke belakang dan

gugurlah airmata seorang anak sulung kepada mohd amin dan zarina zahari yang sangat tabah yang sangat kuat menghadapi ujian Allah kehilangan kedua2 ibu ayah adik lelaki yang sangat2 di sayanginya.

kemudian aku tengok baby berdiri di tepi kubur ayah. terdiam. tiada air mata.

memandang kubur ayah dengan satu pandangan kosong. sekali sekali baby pejamkan mata. apa yang ada dalam fikirannya hanya Allah sahaja yang tahu...betapa rindunya seorang anak kecil pada ayahnya. betapa dia rindukan usapan lembut tangan ayahnya di atas ubun2nya. betapa dia rindukan pelukan dan kucupan ayah pada dahinya.

sekarang semua tu dah tak ada. semua tu hanya tinggal kenangan.

aku berjalan ke kubur ena dan ap. bila toleh ke belakang baby peluk aku dan

ninooooooooo....ninoooooooooo

menangis teresak2

walaupun sedaya upaya  menahan air mata akhirnya

airmata baby gugurrrr

aku sendiri pun tak boleh tahan diri aku bersedih apalagi budak2 berdua tu.

aku hanya gosok2 belakang baby takde satu perkataan pun yang keluar dari mulut aku untuk tenangkan baby.

ninooooo...ninoooooooooo

dua perkataan itu dah cukup menggambarkan betapa beratnya kesedihan dua beradik ini.

betapa rindunya mereka nak mengucup tangan mama dan ayah di pagi syawal.

betapa rindunya nak memeluk mama dan ayah..........

menangislah baby

menangislah kaklong

menangislah sekiranya itu yang dapat mengubat rasa sengsara dalam hati

al fatihah buat ena amin ap abah liza tok dan pah

semoga tenang di sana.








2 comments:

  1. Ya Allah, hebatnya dugaan kak long & baby. Ed yg baca ni pun menitik2 airmata..apa tah lagi akak & keluarga. Semoga segala ujian & kesusahan ini menjadi asbab ke syurga Allah. Semoga dikurniakan pahala yg berlipat ganda & dinaikkan darjat di sisi Nya. Insyaallah ujian ini tak akan selama2nya pasti suatu hari nanti kemanisan akan muncul. Insyaallah. Ya Allah, kau tabahkanlah hati anak2 ini serta kau permudahkan lah urusan mereka.. Amiin

    ReplyDelete
  2. Amin yarabal alamin.
    memang hebat dugaan ujian kaklong dan baby. dah yatim piatu dalam sekelip mata.
    akak sentiasa berdoa Allah permudahkan semua urusan dua beradik ni. Allah rahmati dan berkati dua beradik ni.

    ReplyDelete