Tuesday, August 4, 2015

12.22am kemas bilik..ko mampu?

Aku letih hari ni. Terkejar sana sini. Macam tak cukup masa.

6.30 pg mula buat ibu sambal 10kg. Tunggu 4 jam hingga ibu sambal betul-betul masak. 10.30 pg baru jadi pes ibu sambal.

Lamakan nak masak ibu sambal.

Dalam masa tempoh menunggu macam-macam benda aku buat.

Mengemas, menyapu, mop, lipat susun kain. Macam-macam keje sekali rap.

Dah masak tunggu sambal sejuk baru boleh packing.

Dah packing pi hantar.

Beli lauk lunch kat kedai kakyong. Lemak pucuk ubi, ikan keli berlada, sambal belacan, ulam jantung pisang dan pucuk ubi.

Setel bab lunch.

Lepas lunch mandi solat keluar jumpe kawan. Lepas jumpe kawan balik jumpe kawan sorang lagi.

Balik rumah tengah ujan lebat. Sembang dengan mak..jiran sebelah minta masak pulut kuning anak bertunang.

Buat keje sikit..check sape oder ibu sambal rabu nanti.

Lepas isya terus kedebum tidor. Dah lena.

Dengar mak batuk terjaga tak boleh tidur dah.

Boring. Badan letih. Mata elok cerah tak mo tidur. Ni yg update blog. Tak tau nak cerita ape..saje nak bagi mata ngantuk.

Dalam 2 jam terjaga 10-12 dua kali mak bangun gi toilet. Maklum orang tua jerap kencing waktu malam.

Dah suruh malam pakai pampers taknak. Tak selesa kata mak.

Dalam fikiran dah set esok pagi buat ape.

Esok banyak jugak aktiviti. Macam takde kesudahan la pulak. Ada saje benda nak dibuat.

Sekarang 12.16am..mata ni takde tanda-tanda nak zzzz.

Rasa tak mustahil aku bangun dan mengemas bilik. Kemas lemari. Nak buang mane yang tak berkenaan.

Atau kemas bilik stor susun elok-elok barang catering. Kalau kemas..catering open house belum abeh.

Hurmmm..nak buat ape ni?

Ok kemas bilik.

Monday, July 27, 2015

Menu #1 - Mi Kari Nyonya

Hari ni ada tempahan mi kari nyonya. Mi kari kesukaan ramai. Kuah mi kari yang tak pekat tak cair..sederhana memikat hati ramai orang. Lima tahun lepas aku jumpa resepi ni kat google. Tak ingat kat blog sape..resepi lain sikit dari mi kari biasa, aku cuba dan masyaallah sedapnya.

Ok cekidaut bahan-bahannya.

Mi kari nyonya

Tumbuk:
5 biji bawang putih
2 biji buah keras
Sedikit belacan

Ketuk:
2 batang serai
1 inci lengkuas

Bancuh:
5 sudu besar rempah daging babas
2 sudu cili giling (kalau suka)

Hiris:
2 batang bunga kantan

Bahan lain
daun kari
3 keping dada ayam potong dadu atau
Rangka ayam pun boleh
1 peket fishball
1 peket taupok (tahu goreng)
2 cawan pati santan

1 paket mi kuning
Tauge
Daun sup daun bawang
Bawang goreng
Cili merah hiris nipis
Limau kasturi

Cara:
1) tumis bahan tumbuk hingga kuning
2) masuk bahan ketuk dan daun kari
3) masuk bahan bancuh biar hingga pecah minyak baru masuk bunga kantan yg dihiris halus
4) masuk ayam atau rangka ayam. Biar hingga ayam kecut masuk air hingga mendidih baru masuk santan.
5) kemudian masuk fishball taupok biar seketika hingga betul-betul mendidih
6) masukkan garam, gula dan sikit bawang goreng. Sesuaikan rasa dah ok tutup api.

* kalau suka boleh masukkan air asam jawa. Saya tak masuk sebab ada limau kasturi masa hidang nanti.

* sukatan air kena pandai adjust sendiri. Jangan terlalu pekat atau cair..biar kuahnya sederhana pekat.

Celur mi dan tauge dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Saturday, July 25, 2015

Tips buat open house raya

Menu untuk jamuan hari raya kena ada bintang. Kalau orang dulu-dulu kata kepala meja. Maksudnya bila tetamu datang ke meja bufet rase wow!

1) Menu kena ada menu berat contoh jenis-jenis nasi..

nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi lemak dan kalau nak over sikit buat la nasi beriani atau nasi arab.  Yang ni lah aku maksudkan bintang tadi.

Gu nasi di atas pun buat lain sikit..takyah le aym masak merahhhhh jemu kot. Buat aym vanggey ke..menu lain sikit.

Kalau nasi ayam tu buat le ayam berempah ke also ngam dgn ayam vanggey. Nanti aku bagi resepi ayam vanggey.

Kalau nasi tomato, minyak, beriani or arab ngam lagi kalau ada acar jelatah. Yg ni optional.

Nasi lemak..buatlah sambal sotong kering, ikan bilis goreng, telur rebus dah. Tak yah timun bagai bukan makan pun. Bazir je. Tapi kalau suka up to u.

2) tak lengkap kalau takde lemang atau ketupat dan rendang. Kalau takde lemang nasi impit kuah kacang pun okay.


3) menu lain berkuah macam laksa atau mi kari atau lontong. Bagi aku tak menarik kalau takde menu berkuah. Menu berkuah ni macam 2nd star.

nak jimat bajet laksa. Laksa kos bahannya murah, senang buat dan menu pilihan rakyat malaysia. Perut kenyang macam mane sekali pun tengok laksa mesti terlioq wa habaq ang.

Ada bajet lebih..buat lontong kuah lodeh.

yang ni kan kalau bijak..pilih menu nasi lemak, nasi impit kuah kacang.

Hurmmm sesuai sangat  dgn lontong kuah lodeh. Sebab dah ada sambal. Dah ada nasi impit. And dah ade kuah kacang. Join kan semua. 4 in 1 gitu.

bijak bijak


3) ada jugak yang buat menu tambahan kuih muih atau buah-buah untuk memeriahkan meja. Macam aku buat roti jala kuah durian.

4) kalau ada bajet lebih..boleh la hidang sate. Kalau ada sate..ini menu pertama orang terkam. Percaye la. Orang datang awal untung la dapat makan sate. Orang datang lambat dapat tengok lidi sate je lah. Hihihi :)


5) last sekali hidangkan kuih raya. Dua tiga jenis dah cukup..ending orang cari kuih raya jugak. Atau kuih raya dah good bye hidangkan kek. Kek bodo je contoh butter kek. Potong kecik-kecik. Takat tetamu nak rase je.

Kecuali kalau korang letak kek red velvet secret resipi tak cukop beb. Aku je dah sebelah kek..muaaahhhaha.

6) air pulak menarik kalau buat dua jenis air. Air sejuk dan panas. Jangan lupa sediakan mineral water.

air sejuk buat sirap dah. Sirap sesuai dengan semua jenis menu.

Bajet lebih? Buatlah fruits cocktail..cendol ke..yg ni dua mangkuk utk aku...tak pandang air lain dah.



Rasanye semua tu dah ok kot. Yang penting kena pandai pilih menu yang menarik supaya tetamu berselera dan makan hingga habis dan tak membazir.

Nota ** menu aku sebut kat atas tu untuk tetamu kuantiti dalam 50 orang dan ke atas. Kalau jemputannya sikit pilihlah satu menu yang berat atau berkuah.

Selamat ber-open house. Pilih menu yang menyelerakan okay. Pilihan di tangan anda.










9 syawal 25/7/15

Dah 9 hari sambut syawal. Syawal tahun ni memang amat menggembirakan kami sekeluarga. Selalunya adik-beradik aku tak dapat berkumpul serentak pada hari raya.

Tahun ni berbeza semua ada semua dapat berjumpa, bermaafan dan paling best dapat ziarah keluarga ramai-ramai.

Best..tidur bersempit-sempit, makan berebut-rebut dan of course sembang bergosip tak hengat orang kiri kanan.

Aku mula sibuk sehari sebelum raya. Tempahan rendang daging dan kuah kacang. 3 kali masak rendang dan 2 kali masak kuah kacang. Penat tapi berbaloi-baloi.

Raya pertama seperti biasa kak zam regular customer tempah nasi tomato, daging masak kicap pedas dan ayam goreng berempah pak ungku.

Tengahari kami semua bergerak balik kampung. Selalunya kami balik kampung raya kedua syawal kali ni kita buat perubahan.

Dalam hidup ni kita kena buat perubahan yg tak biasa kita buat. Dah berpuluh tahun kot balik kampung raya kedua. Kali ni orang kampung pun terkejut raya pertama dah muncul.

Raya keempat kami buat open house. Menu nasi minyak, ayam goreng berempah, dalca. Nasi impit kuah kacang. Laksa. Lemang dan rendang tok. Roti jala kuah durian.

Seronok tengok tetamu berselera dengan banyak pilihan menu.

Paling best tetamu tak malu dan kekok tambah makanan. Kadang-kadang tu ada jugak yang segan nak ulang-ulang makan. Tapi tetamu aku..tak. Semua enjoy dan gelak ketawa..makan. Stop kejap. Makan lagi.

Bermula lusa..isnin 27/7 start dah catering untuk open house raya. Sampai hujung bulan dah penuh. Alhamdulillah.

Next entry aku post resepi bagi tiap-tiap menu catering untuk tips pada sape-sape yg nak buat open house.

Ok bye.




Monday, April 27, 2015

cerita mak dan baby

Makngah meninggal dunia pada 19/4/2015 hari ahad 1.45ptg. jenazah selamat dikebumikan hari isnin. hari ni seminggu dah makngah meninggal.

sejak makngah meninggal mak kurang sikit bercakap. mak banyak termenung dan tiba-tiba teringat dan mula bercerita zaman kecik mak dengan makngah. mak ni rajin bercerita zaman kecik dia pada kaklong, arwah ap dan baby.

tapi paling banyak pada baby lah.

lepas mama baby meninggal baby tidor dengan mak. sebelum tido baby paksa pahnya bercerita. ceritalah pasal apepun sambil gosok kepala baby sambil cerita. kadang-kadang tu mak tak reti nak cerita apa dah semua semua dah cerita.

pah - baby..pah dah tak de cerita. semua dah cerita kat baby

bb - cerita jugak

pah - nak cerita pasal ape. semua baby dah tahu. nak ajar lagu pun semua baby dah tahu..ape lagi?? 

bb - pah cerita je pasal pah panjat pokok tu...

pah - yang maneee..pah udah lupee

bb - ala yang pah kena pakse panjat pokok tuuuu

pah - oooo ish udah banyak kali cerita pah udah boring...

bb - tak nak..cerita jugakkk

pah - masa pah budak-budak dulu dalam umor 9..10 tahun..cuti sekolah tok moyang anto pah balik umah pah moyang (mak tok) pah kat lubok. makngah memang dudok dengan pah moyang. bila sekali-sekala balik tu makngah selalu le buli pah suruh panjat pokok ambek buah pulasan....bla bla bla

ada part yang mak aku lupe baby siap boleh betulkan skrip mak..haha.

salah tu pah bukan macam tu macam ni...

hah tengok baby sendiri udah hafal lepas tu suruh mak aku ulang ulang ulang cerita sama.

cerita mak pasal zaman dia kecik-kecik dulu memang kelakar giler.

nantilah aku stori kisah mak dulu-dulu. zaman kecik dia, zaman anak dara, zaman nak kawin, dah kawin sampailah sekarang. memang kelakar tau.

sebab tulah baby tak jemu-jemu mintak pahnya bercerita.

dan mak ada skil bercerita siap ada sound efek lagi. kalau ayam tu siap ada bunyi ayam, kalau mandi tu siap ada bunyi air. hah tengok mak kita...pandai tau bercerita.

agaknya aku ni ikot mak kot. mak bercerita dengan mulut. aku pulak bercerita kat dalam blog ni. 


minggu ni kaklong exam. jumaat lepas dah startnya. dah dua paper. nino doakan kaklong dipermudahkan Allah menjawab semua exam dengan tenang. lepas tu cuti dua minggu. kami dah ada plan..sepanjang kaklong cuti aku tak ambek catering sebab nak selesaikan hal-hal kaklong.

nak ke mrsm muar ambek sijil berhenti sekolah. nak pegi banyak tempat nak selesaikan semua hal kaklong. harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

oklah..chow dulu ada banyak hal nak selesaikan arini. juga semoga Allah mudahkan segalanya..aamiin.

Saturday, April 18, 2015

mak ngah kritikal di icu

Sekarang saya berada di rnr sg perak on the way ke hospital taiping.

Berhenti solat subuh dan lepas ni teruskan perjalanan. Sampai rnr 5.20am rehat dan pejamkan mata sekejap.

3.30am tadi sepupu call mak ngah @ kakak mak kritikal di icu. Doktor suruh panggil keluarga datang.

Mak belum tahu keadaan kakak dia. Tak nak bagitahu lagi diamkan dulu taknak mak terkejut.

Dalam kereta mak rak henti baca alfatihah untuk mak ngah. Mungkin ada gerak hati. Maklum lah adik beradik.

Ya Allah ampunkan semua dosa mak ngah. Permudahkanlah semuanya Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah kami berserah padaMu. Aamiin.

Friday, April 17, 2015

16/4/2015 janji Allah

16/4/2015 khamis


Terima kasih Allah makbulkan doa kami.

Terima kasih Allah dengar doa kami.

Terima kasih Allah buka hijab penghalang untuk kami.

Allah dah cakap...minta pada Allah bukan pada manusia.

Makin banyak kamu bercakap dengan Allah makin banyak jalan terbuka luas.

Janji Allah itu pasti.

Alhamdulillah.