Showing posts with label musibah. Show all posts
Showing posts with label musibah. Show all posts

Friday, February 11, 2011

kereta rosak lagi....dah berapa kali rosak ni?

pagi ni patutnya pegi jpn tapi tengok orang berbaris sampai ke bawah tangga apa kes pulak ramai orang arini. tak jadi terus ajak hubby breakfast. 1st time makan roti canai kedai mamak ni sedap la pulak so order 2 biji roti kosong bawak balik untuk mak.

sampai rumah bukak gril bau sesuatu yang sangat harum sangat sedap. rupanya mak masak kari ikan. hurm lain macam bau karinya bau yang sangat mengoda kalbuku. letak roti canai mak tak makan pun sebab dia nak makan nasi + kari ikan.

aku terus online dan bau kari ikan menusuk-nusuk terganggu aku dibuatnya. mak ajak makan tapi aku masih kenyang so aku geleng kepala.

2 jam lepas tu saja ronda-ronda dapur sekali terpandangkan periuk kari ikan. perut tak lapar mane tapi.......saja bukak tutup periuk konon nak ambek bau. sekali bau dia mak aih...lu pikir la sendiri ape akibatnya kan!

ni aku nak cerita apa yang berlaku isnin minggu lepas. kereta aku rosak lagi.

^%&$*^#@*! betol. geram sangat-sangat. tapi nak buat camne kan udah nak rosak. terima je lah.

kisahnya begini. hari sabtu aku dengan mak pegi sg siput sebab nak hantar barang sepupu aku. on the way ke sana aku dah rasa lain macam sebab bawak kereta tak smooth. tak lama lepas tu bila tekan clutch ada bunyi nyaringggggg tapi bunyi tu tak la kuat mane pun. tiap kali tukar clutch benda tu bunyi. dah rasa lain macam rasa cuak semacam. mulanya nak patah balik tapi dah nak sampai pekan sg siput rasa macam tak berbaloi pulak kalau patah balik.

so tawakal je lah. bawak kereta hati dah tak seronok sebab dok fikir pasal bunyi-bunyi tu. sampai rumah sepupu aku dorang tunggu kami sampai sebab nak ajak kami pegi makan kenduri. aku tak sedap hati nak pegi dengan keadaan kereta macam tu.

aku call hubby dia cakap maybe clutch abes kot. atau gear box rosak kot. gear box? biar betol kan baru 2 tahun je tukar gear box baru. aku terpanik sekejap termenung beberapa saat dan terus check minyak hitam.

masyaAllah terkejutnya aku. besi yang check minyak hitam tu menunjukkan minyak hitam berada di paras paling minima. aku masukkan sekali lagi besi dan keluarkan masih sama jawapannya. tak kan kot. baru je petang semalam check ok je minyak hitam.

aku terus ajak sepupu aku beli minyak hitam 1 liter nak top up je dulu. lepas top up hati aku masih was-was dan cakap pada mak sedara aku tak jadi ikut dorang makan kenduri takut kereta rosak tengah jalan. sudahnya dorang pun tak jadi pegi sebab tiba-tiba hujan renyai-renyai.

hujan dah berhenti aku ajak sepupu aku ila pegi cari foreman sebab naluri aku mengatakan kereta aku ni kronik. foreman pulak tak de. time tu dah petang kol 4 lebih macam tu. aku nak drive balik pun takut jadi apa-apa kat tengah jalan.

aku call hubby cakap tak boleh balik dan hubby suruh aku cari foreman. esok ahad aku boleh terlupa pasal kereta dah petang nak balik baru teringat. aku tawakal je stat enjin dan masuk clutch. bunyinya semakin kuat dan sangat menakutkan aku. nasib baik pakcik sebelah tolong carikan foreman alhamdulillah foreman nak datang ke rumah.

foreman tu cakap mungkin gear oil abes sebab clutch boleh masuk cuma bila tekan ada bunyi. dia bukak bateri bukak apa entah lagi sebab nak tengok gear oil. dia cakap confirm gear oil kering. kering?

eh macam mana boleh kering. dia cakap jarang berlaku gear oil boleh kering macam tu sekali. aku tanya kenape boleh jadi camtu. dia tak jawab pun. dia pegi cari gear oil kat rumah tak adalah pulak. so aku ambik keputusan pegi ke pekan sg siput yang jaraknya 20km dari rumah dengan ila. nasib aku sangat baik sebab sebaik sampai depan hardware cina dah nak tutup pintu.

beli gear oil 2 botol@ 2 liter. 1 liter rm15. cina tu tanya kenapa 2 liter selalunya 1 liter pun tak abes. entah mana tahu foreman suruh beli aku beli je lah.

bila dah bubuh gear oil dan test drive bunyi makin kurang makin kurang dan langsung tak de bunyi. alhamdulillah...

aku tanyalah berapa upahnya. dia jawab bagilah berapa pun tak pe. eh janganlah macam tu. foreman ni bukanlah foreman yang keja betul-betul kat bengkel tapi dia ada pengalaman repair kereta. dia mintak rm15 aku bagi rm20.

tapi entah kenapalah gerak hati aku ni masih mengatakan yang kereta belum ok. lepas solat asar kol 6 lebih aku masih was-was nak balik petang ni ke tak? aku call hubby dia cakap kalau macam tu balik pagi isnin jela. nanti rosak tengah jalan malam pulak tu kan susah.

ok aku ambil keputusan balik pagi isnin. pagi isnin seawal 7 pagi kami dah gerak. pertama kali stat enjin aku berdebar-debar. kenapa pulak ni. kan dah ok semuanya kenapa hati aku ni lain macam je ni.

mulakan perjalanan makin berdebar-debar jadinya. tak pernah aku rasa seresah ini. kereta dah tak bunyi apa lagi yang aku takutkan. sampai di pekan sungai siput kat trafic lite susah pulak nak masuk gear 1. lepas tu ok pulak.

jalan pulak jem maklum la pagi isnin bersesak-sesak dengan orang nak pegi keja so terpaksa banyak kali tukar gear. sekali-sekali susah pulak nak masuk gear 2. sampai pekan chemor isi minyak dan teruskan perjalanan. sekali tekan clutch ada bunyi.

makin berdebar-debar peluh dah mula menitik-nitik kot dahi. tiap kali nak tukar clutch tiap kali itulah rasa sesuatu yang sangat menakutkan. kalau ikutkan tak nak tukar gear. tapi mana boleh sebab jalan agak jem. masuk gear 1 gear 2 gear 1 balik.

kerana terlalu takut peluh menitik tudung dah hampir basah walaupun pasang aircond. imagine macam mane kalutnya hati aku masa tu.

muka taksah cite la dah pucat. actually aku rimas sebab dah la mak ada sekali kalau rosak kan susah dan pagi-pagi mana ada bengkel kereta yang bukak. nak tak nak tawakal janji cepat sampai batu gajah dah tak kisah nak rosak pun.

sampai jelapang betul-betul depan imigresen tiba-tiba kereta aku 'menyentap'. camne nak cite eh camni tengah drive tiba-tiba kereta tu tersentap macam berenti beberapa saat. rasa nak luruh jantung aku. jangan la rosak kat sini. ni jalan besar jalan sibuk ni. rosak kat batu gajah ok. sempat juga aku melayan perasaan.

trafic lite kat area ni punya la banyak. baru masuk gear 2 dah trafic lite. nak sampai trafic lite kedua lampu merah kereta punyalah bersusun-susun.......jeng jeng jeng........

lampu hijau aku masuk gear 1 tiba-tiba enjin mati. start enjin kali kedua mati lagi. start kali ketiga enjin hidup masuk gear 1 tak boleh gear 2 tak boleh. tengok kat depan ada asap.

aku jadi panik sebab mak panik. mak panik sebab tengok asap.

kereta, lori, moto hon macam ape lagi. hoi kereta aku rosak la. kalau tak rosak tak de maknanya aku nak parking tengah-tengah jalan yang tengah sibuk. aku panik sampai tak tahu nak tekan emergency signal.

mak suruh aku hantar dia keluar. aku cakap tunggu tak boleh keluar sebab kereta laju dari belakang. mak dah nak bukak pintu dia nak keluar aku terpaksa jerit jangan keluar kereta laju dari belakang. aku panik teramat sangat. tengok asap makin banyak aku tak tahu kat mana emergency signal.

dengan kereta yang laju dari belakang nak bawak mak keluar satu masalah sebab mak nak keluar kereta kena berdiri lama-lama baru boleh berjalan. mana nak pegang tongkat lagi. aku cari emergency signal tak jumpa kat mana. dengan tak pasang signal aku cuba keluar ada la satu van tu dia boleh maki carut kat aku sebab parking tengah jalan. nyaris-nyaris dia tak langgar kereta aku. ko buta ke ape. itu menunjukkan yang dia bawak laju sesangat. aku cuba keluar nak bukak bonet at least dari jauh kereta lain nampak kereta aku rosak.

mulut aku tiba-tiba beristifar dan berselawat. dengan izinNya...ya dengan izinNya kuasa Allah yang maha berkuasa secara tiba-tiba jalanraya jadi lengang sebijik kereta pun tak de. aku cepat-cepat bukak pintu kereta belah mak. macam aku cakap tadi mak terpaksa berdiri dulu agak lama jugak baru boleh melangkah.

aku pimpin mak ke tepi jalan barulah banyak kereta datang. alhamdullilah. aku nak pegi balik ke kereta sebab baru aku teringat emergency signal kat mane. kelakar pulak rasanya time tu boleh lupa emergency signal letak kat mane. elok nak menyeberang jalan ada sorang hamba Allah yang sangat murni hatinya dia bawak van berhenti dan cakap biar dia tolak kereta ke tepi.

pakcik tu tolak kereta aku sorang-sorang ke tepi. setel...kereta dah ada tepi jalan so tak mengganggu orang lain. aku ucapkan terima kasih kat pakcik tu dan pakcik tu cakap....mungkin anak ni banyak tolong orang tu yang pakcik tergerak nak tolong anak. ya ke pakcik? entah lah aku pun dah tak ingat kot-kot aku pernah dan ada tolong orang sebelum ni. masa tu fikiran aku blank tak boleh fikir dan ingat ape pun.

semua dah selamat...kereta dah ada kat tepi jalan mak pun ok baru aku call hubby. dia suruh aku relax bertenang tarik nafas. masa tu hubby ada di kampar so dia suruh aku call foreman batu gajah yang biasa repair kereta tu. foreman tak dapat datang sebab jauh dari batu gajah nak ke taman jati jelapang.

aku tarik nafas. kesian kat mak sebab dah berpeluh-peluh. muka mak dah pucat. lepas tu berdiri kat tepi jalan yang sangat sibuk dengan bunyi bising lagi. mak dah macam nak nangis. aku lagi la bukan nak nangis nak meraung pun ada. aku dah biasa sangat kereta rosak tengah jalan. kereta sendiri dah banyak kali. dulu dengan kereta company pun banyak kali. tapi semua tu aku sorang-sorang. tapi kali ni ada mak. mak panik aku jadi lagi panik. mak inilah pertama kali kereta rosak tengah jalan. selalunya aku tak mudah panik. selalunya aku relax dan boleh pantas berfikir. tapi tidak untuk kali ini.

nak tunggu hubby datang ambil mak makan masa. dari kampar nak ke jelapang kurang-kurang 2 jam kot. lagipun keja hubby di kampar belum siap dia kena jumpa clients dulu. dapat bawak balik mak dulupun ok. biar mak balik dulu sementara aku cari foreman. boleh pulak time tu satu taxi pun tak lalu.

sape aku nak call ni? aku teringat e dan su. sebab kereta aku rosak tak jauh dari rumah dorang. so aku call su dan cakap dengan e. aku mintak tolong dorang tolong bawak mak ke rumah dorang sekejap sementara aku setel cari foreman.

e dan su sampai. kereta aku totally langsung tak boleh gerak. nak masuk gear pun tak boleh camne nak jalankan. solutionnya terpaksa panggil tow car. e yang setel semua. tow car datang then tarik kereta ke bengkel di silibin. kena rm40 sahaja. patutnya rm80 tapi e mintak kurang.

masa tu lagi 3 hari nak raya cina. foreman tu check kata kereta tak boleh satu hari siap maybe 1 atau 2 hari siap. aku tanya berapa budget tokeh?

600 atau 700 stanby...telan air liur aku.

maybe gear box katanya. eh gear box baru tukar tokeh...takpe biar i check dulu i call apa barang mahu tukar.

e dan su hantar kami balik ke batu gajah. alhamdulillah.

petang foreman call katanya gear box ok tapi clucth system totally rosak semua.

remove engine to overhaul clucth system, tukar clutch kit, engine mounting front, engine mounting rear, front brake pad, fly w/o seal dan bla bla bla......lebih kurang rm700....boleh?

takkan nak kata tak boleh pulakkan. boleh ke tak boleh tetap aku yang nak keluar duit.

tokeh u check brake belakang sekali tokeh...apa u rasa patut tukar u tukar tapi inform i dulu ok?

ok i kasi tukar apa barang mau tukar ok. esok 1 petang kereta siap.

esoknya 11 pagi aku dah terpacak kat bengkel tu. tokeh tu cakap benda yang dia patut tukar semua dah buat cuma ada problem baru. lepas tukar clucth kit baru enjin bergegar. kereta banyak power katanya tapi saya mahu fully check apa pasal gegar.

aku tanya gegar tu boleh effect benda lain ke. kereta boleh jalan ke atau kena repair lagi.

kereta ok boleh jalan. kereta cantik jalan enjin tak de bunyi tapi itu gegar sebab......ala lupa pulak aku pasal ape. ada pasal satu benda tu...lupa la pulak. u mahu saya repair itu gegar kereta kena tinggal after cina raya baru angkat. ini petang saya mahu tutup awal. esok start cuti mahu raya ma.

oh itu macam ka. ok macam ni tokeh. saya ambil kereta u bukak bila?

selasa next week. ok selasa saya datang kasi repair tu gegar. boleh?

boleh. u kereta ok tak payah risau semua tip top. gegar saja ma.

aku sangat3 berpuas hati repair kereta kat tempat tu. lepas repair alamak walawei kereta aku macam kereta baru. senyap je tak de bunyi. yang gegar tu sekali-sekala bergegar. bukan lah satu kereta bergegar. contohnya kalau berenti kat trafic lite tiba-tiba dash board bergegar macam nak tercabut. tapi macam aku cakap tadi bukan selalu gegar tu berlaku. gegar sekejap senyap sekejap. hah macam tu.

dan aku perasan bila brake mengejut kereta tak cengkam macam sebelum ni. kan sebelum ni aku ada pasang anti-block-system. kalau brake mengejut dia smooth je tekan brake sikit je. yang ni maybe kena pegi balik kedai yang aku pasang abs ni. tukar clutch kit sytem of course kena buka semua menatang yang aku tambah sendiri kot la foreman tu salah pasang. sebab hubby cakap masa pasang abs dulu cina tu vaccum apa entah baru dia pasang benda tu. tempat repair kereta takan dia nak vacuum bagaikan. dia bukak and pasang. janji benda alah tu pasang balik. tak de maknanya dia nak pasang macam yang asalkan. sebab benda ni hanya aksesori tambahan. ni nak duit gak ni..adoiii.

walaupun kosnya mahal tapi berbaloi-baloi. lepas ni kalau ada masalah aku nak hantar repair kat silibin je. sangat puas hati dengan hasil kerja mr eddie.

kalau ada orang ipoh yang baca blog aku...aku suggest kat korang pegi la ke vong auto di jalan jelapang. bengkel dia betul2 belakang restoran mamak (lupa pulak nama restoran tu) ala senang citer belakang alfio raldo jelapang. dekat dengan cimb jelapang. cari lah vong auto mr eddie.

bila kereta rosak...jam-jam tu jugak nak beli kereta baru. dah berapa kali kereta aku ni buat hal. 2 kali major accident. rosak berapa kali? dah tak terkira dengan jari banyak kali rosaknya.

tapi bila mengenangkan dah tak nak berhutang dengan bank...perit rasanya tiap-tiap bulan kena bayar kat bank. lagipun aku kan dah tak kerja. dan pokoknya dah malas nak berhutang dengan bank rasanya biarlah aku keluar duit repair elok-elok tukar mana yang patut. pakai jela kereta ni.

lagipun hubby nak keluar kereta baru lagi 2 minggu. boleh la kalau jalan jauh long distance pakai kereta hubby je la. tak gitu en r?

Tuesday, May 4, 2010

mencari jawapan.....

tadikan....baru je sekejap tadi kol 11.47malam aku dan hb dari ipoh odw nak balik rumah. waktu-waktu camni jalan kat batu gajah ni dah senyap-sunyi. kalau nak tido baring atas jalan pun tak de hal. sure boleh tido lena punya.


hb tak la bawak kereta laju. sedang-sedang je. kelajuan sesuai la dengan keadaan semasa. aku pulak boleh bukak seat belts padahal belum sampai depan rumah lagi. elok bukak je...tiba-tiba sekor anjing kaler kuning melintas ke tengah jalan secara mengejut. sedar-sedar dah ada depan kereta.


hb terus tekan emergency brake dan cuba mengelak anjing tadi. nasib baik la sempat mengelak. anjing tu ok je la. tak kena sikit pun. tapi aku ni hah yang kena. disebabkan aku dah bukak seat belts so aku melambung ke depan dash board. aku sempat tahan dengan dua belah tangan. nasib baik muka tak terhempas kena cermin depan. cuma tangan aku rasa macam terseliuh sikit sebab tahan tangan sepenuh tenaga.


hb cakap kalau tak de power brake dah tentu anjing tu kena langgar. bila anjing kena langgar tentu kereta di luar kawalan dah tentu kereta kami terbabas sama ada langgar tembok kat tepi sebelah kiri atau langgar pokok kat sebelah kanan. pendek kata ke arah mana sekali pun tetap kami accident.


accident? huh aku trauma betul. bulan satu accident. bulan dua accident. bulan tiga accident. syukur alhamdulillah bulan empat kami tak de apa-apa. bulan 5 nyaris-nyaris accident lagi.


bila dah selalu sangat diuji dengan musibah accident ni membuatkan aku termenung panjang dan berfikir tanpa henti. kenapa? mengapa?


apa petunjuk sebenarnya? aku muhasabah diri mencari jawapan. aku senaraikan di mana salahnya di mana silapnya. apa kekurangannya. aku buntu aku kaku. sakit kepala aku ni pikir pikir dan pikir. namun aku tak dapat jawapannya.


akhirnya selepas aku teliti dalam-dalam, aku pujuk diri aku bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. hikmahnya supaya aku lebih mendekatkan diri aku kepadaNya. itu sebenarnya Allah nak tunjuk pada aku dan hb. ya......itulah sebenarnya.....

Tuesday, April 6, 2010

lau motor pulak buat hal

dulu masa accident bulan januari aku geram kat M*a sebab banyak ragam. sekarang dah terbalik workshop pulak yang banyak songeh.


aku accident 24/3 kan. so 29/3 aku call ms ang lau motor tanya dia dah submit dokumen ke M*a ke? ms ang cakap belum sebab i sibuklah. ok ok sekarang i submit. aku tanya lagi bila adjuster datang. ms ang cakap kali ni adjuster tak payah datang, workshop estimate sendiri sebab sikit jer. oklah camtu so bolehlah kereta siap cepat. oh boleh, boleh siap cepat punya kata ms ang.


30/3 call M*a kebetulan shira yang angkat. terkejut dia kami accident lagi. dia pun dah jadi sangat friendly ngan aku. shira cakap file aku nor aziah punya kes tapi dia on leave, friday aziah keja.


shira bagitahu workhsop dah bagi value sikit jer dalam seribu lebih jer. tak ada apa-apa masalah anytime boleh approve tapi aziah yang kena buat semua tu.


jumaat pagi-pagi buta aku call aziah dan dia terus approved dan authorised file aku. katanya dia akan email ke lau motor.


aku call lau motor 20 kali tapi tak ada orang jawab. aku call pathma dorang punya manager. pathma cakap workshop terbakar 2 ari lepas so keadaan kelam-kabut, tnb dan telekom tengah repair.


pathma cakap oklah kalo M*a dah approved so dia akan approved kan sekarang jugak. kereta aku akan masuk workshop sekarang jugak. aku tanya bila boleh siap katanya paling lewat jumat depan. uh lega!


sabtu hati aku tak berapa sedap boleh percaya ke ngan janji pathma tu. so aku call lau motor. ms ang on leave so ms yip cakap M*a belum approve. dorang belum dapat email.


aik....apa ni. aziah kata dah email. ms yip kata belum. kalo belum dapat u follow up lah. tak kan aku pulak nak buat keja korang.


ms yip suruh aku call M*a ari isnin. lepas call M*a dia suruh call ms ang. kalo ikutkan malas aku nak dengar arahan ms yip suruh aku call sendiri. tapi kalo aku tak call lagi sakit hati.


isnin aku call lau motor tak berjawab. aku call pathma dia cakap isnin dorang tutup sebab chinese ada perayaan sembahyang kubur. &^%*&$# punya ms yip dah tahu isnin cuti dia suruh aku call isnin. saja nak bagi aku hangin satu badan.


aku tanya pathma kereta dah buat ke. dia cakap entah tak tahu. friday u cakap dah masuk workshop. entah i tak tahu. apa cakap belit-belit ni.


masih boleh sabar...tak pe tunggu selasa.


pagi-pagi tadi aku dah call aziah. aziah cakap dia dah email ari jumaat lepas. aziah cakap nanti dia call lau motor.


aku call ms ang dia cakap tak da email. aku tanya aziah ada call? tak da. u call lah aziah. ok i call aziah sekarang.


lebih kurang 10.30 pagi hb cakap dia tak sedap hati jom kita pegi workshop. kami pegi workshop ms ang nampak muka kami dia cam kelam-kabut. aku terus tanya ada email tak?


oh i belum check. tunggu jap i check. pending la. M*a pending belum approve ma.


mana boleh pending. i baru call aziah. u ada call aziah?


belum. i bizi ma. i tahu u bizi tapi sampai bila i nak tunggu u tak bizi.


ok nanti i call aziah. no sekarang i call aziah depan u.


aku bla bla bla ngan aziah. aziah dah hangin. kalo ms ang tahu pending patutnya dia call i kenapa pending. u bagi i cakap dengan dia. so i pass handphone pada ms ang. aku dengar aziah bising-bising. aziah mintak no fax dia nak fax approval dokumen tu.


aku pun bising u dah tahu u punya internet problem, patutnya u call lah aziah. sampai bila u nak tunggu. i bizi ma. bizi bizi itu je. memanglah u bizi sebab banyak kereta accident masuk sini. tapi u punya cara bikin orang panas ma. u janji nak call u tak call. lepas tu u salahkan orang lain.


ms ang cakap tunggu aziah fax dan dia akan approvekan. kebetulan ah hong supervisor masuk. aku terus tanya ah hong kalo approve arini bila boleh siap?


dia terus bawak kami pegi tempat parking kereta. dia tengok sikit jer. ketuk sehari. cat sehari. repair sikit hurm next week siap. aku push suruh dia siapkan kamis or jumaat sebab ujung minggu ni aku nak out station. dia cakap ok kalo ms ang dah approve.


cara ms ang tu memang meluat aku tengok. ah hong pun cakap ms ang lambat buat keja.


kebetulan nak keluar terserempak ngan director dorang. aku tahu sebab dia parking kereta kat tempat director dan terus masuk office ada tulis director. aku komplain pasal ms ang bla bla bla bla. dia cakap tak pe nanti dia personally gi check kat dalam.


aku cakap ramai orang komplain u punya staff lambat buat kerja. u punya staff selalu salahkan insuran lambat tapi sebenarnya u punya staff yang lambat.


aku cakap aku tahu bukan kereta aku sorang je dorang nak repair. berlambak-lambak kereta orang lain. tapi kalo aku tak follow up drastik cam tu entah bila boleh siap.


ms ang menyalahkan M*a. M*a menyalahkan ms ang. dah macam bangau oh bangau. yang mati kat tengah adalah pelanggan macam aku.


aku geram sebab ya ya je ms ang cakap nak call aziah. dan aziah pun cam ya ya je nak call ms ang. habuk pun tarak. sudahnya aku nak kena call dorang. mengabehkan kredit aku je. patutnya itu keja dorang. aku bayar insuran on time. ini balasan korang bila aku accident.


kalo aku tak follow up dah tentu sebulan cam aritu kereta aku tersadai kat situ. benci lah cam ni. kita tak de tempat nak mengadu.

Thursday, March 25, 2010

ehekleee mamat ni. ko diam la. ko sibuk apa pasal?

polis yang amek repot ni bagus sangat
dia tahu kami lepas accident dah tentu kami panik + stress
bahasa yang digunakan
menyenangkan hati kami

motor budak tu. semua ok cuma patah kat depan sikit jer
kalo tukar pun tak lebih rm50


seperti yang aku cakap semalam kami baru lepas traffic lite bagi signal kiri sebab nak masuk ke satu lorong jalan sehala. elok kereta belok masuk ke lorong tu secara tiba-tiba kami nampak sebuah motosikal yang sangat laju meluru ke arah kereta kami. hb tekan emergency brake *nasib baik baru tukar abs brake, kereta berhenti spontan dan kami tidak tercampak ke depan. kalo tak de abs brake tak tahulah aku dan hb sure tercampak ke depan. dah tentu luka parah kat kepala.


hb cakap dia tekan brake, kereta berenti serta-merta, motor tadi yang dipandu laju dan melulu tak sempat mengelak dan terus langgar sebelah kiri kereta. budak tu tercampak terbang melepasi depan kereta kami. kami tergamam tengok budak tu terbang dan jatuh di sebelah kanan kereta.


hb yang terkejut dan panik terdiam dan hanya pandang ke depan dengan mata yang tak berkelip. aku terus keluar kereta bekejar ke arah budak tu takut dia cedera parah atau mati. sebaik aku keluar kereta aku tengok budak tu bangun jalan terhencot-hencot dan kutip bumper kereta yang tercampak dan bertaburan kat depan kereta. budak tu rasa cam bersalah.....asyik cakap alamak alamak


aku cakap, adik kenapa laju sangat. kenapa kami dah berenti adik langgar jugak kereta kami.

mulanya budak tu terdiam pastu cepat-cepat dia pertahankan diri dia.

akak ni jalan saya...saya laju ke itu jalan saya. patut kak yang berenti. amboi jalan dia katanya. memang ini jalan dia tapi ko laju sangat apa pasal?


suami akak tekan emergency brake kereta dah berenti. lagipun muncung kereta ni baru masuk sikit jer kat depan tu banyak space kenapa adik tak lalu kot situ. kenapa adik hentam kereta kami. nak tahu sebab apa? sebab adik laju sangat tu yang tak boleh control dan terpaksa langgar kami.


aduh kak.....camne ni???? dia dah mula rasa bersalah teramat sangat.


kebetulan ada polis trafik kat tepi sebelah sana tengah control trafik dia terus datang dan call balai panggil orang dia datang. polis tu pun nampak budak tu bawak motor laju. polis tu cakap awak bawak laju.


budak tu ambik motor dia terus parking kat depan tu. aku pulak cakap kat hb jangan ubah kereta tunggu polis datang.


motor budak tu tercabut dan patah benda kat atas tayar depan. plet motor pun cabut. itu jer kerosakan motor dia.


budak tu tak cedera cuma kaki dia jer terhencot-hencot sebab dia terbang dan terhempas jatuh atas jalanraya. budak tu kata dia atlit tu yang gamaknya badan dia kebal.


budak tu tanya lagi camne ni kak? kita setel kat sini je la.


mana boleh dik kereta akak teruk tu. kurang-kurang seribu lebih nak repair. tak pe tunggu polis datang.


sebelum polis datang tiba-tiba budak tu menghilangkan diri entah ke mana. polis sampai tanya mana pegi budak tu....


aku cakap kat hb entah-entah tak dak lesen kot *mandai je aku


polis tu nama dia sarjan saperi tu terus cakap kami salah!
sebab tak berenti. aku cakap sarjan kami berenti emergency brake. budak tu laju......


tak kiralah budak tu laju ke pelan ke awak kena bagi dia jalan dulu.


hb cakap saya tengok kiri clear tu yang saya jalan. tiba-tiba je budak ni datang entah dari mana.


itu saya tak peduli.....awak yang salah. awak cakap apapun awak yang salah. ini undang-undang. ini akta.


aku dah baran bila dia cakap pasal akta. encik....saya tahu akta tak boleh diubah. tapi encik kena siasat dulu. ini terus jatuhkan hukuman kat kami.


hey.....awak ni bernasib baik budak tu tak cedera tak mati kalo tak awak kena kompaun rm4 ribu.


encik.....budak ni laju. suami saya tengok kiri jalan clear. tiba-tiba je datang.....


awak tetap jugak salah. tak guna cakap awak salah jugak.


ok sekarang saya kompaun awak rm300 sebab menghalang lalu-lintas....


pastu polis tu sukat kereta sukat jalan sukat entah apa ke bendanya lagi dan datang kat kami cakap awak kena berenti bagi orang dari kiri jalan dulu...asyik ulang cakap benda yang sama. awak salah, awak salah, awak kena berenti ini jalan dia.

kat dalam ni memang la jalan dia tapi dia merempit sarjan oiiiii bawak motor cam orang tak siuman sarjan oiiiii


tak guna nak bertengkar....kalo depan tu ada cctv kan senang tak yah bersembur air liur dok explain.


kami explain kami berenti bonet depan baru masuk sikit jer kat jalan tu. masih banyak space kat depan....budak tu boleh lalu kot depan tapi disebabkan dia laju macam orang gile kereta kami yang tak ganggu jalan dia pun dia langgar. itu bermakna motor tu laju macam orang gila. ada paham tak??????


malas nak bertekak.... sebab orang dah ramai aku cakap tak pe encik kami nak buat repot.


ok kalo awak tak nak setel ngan budak tu nak repot jugak saya saman awak. tak pe encik, encik samanlah.


10 minit lepas tu baru budak tu datang ngan kawan dia.


kawan dia sambil cekak pinggang tanya sape salah ni? budak tu cakap kancil salah.


kawan dia cakap oh kalo kancil salah bayar jelah setel kat sini. tak yah gi repot balai. abes cerita.
bercakap sambil tangan tunjuk-tunjuk kat kami.

amboi macam majistret senang jer jatuhkan hukuman kat kami.

aku dan hb diam jer malas nak layan. tak guna bertekak.


tapi makin kami diam makin menjadi-jadi pulak. selagi ada orang lalu kat situ cakap kami salah.


ehekleeee mamat ni......kecoh lebih. lu sapa?

pastu polis yang amek statement tu cakap ni bising-bising ni apa pasal. sekarang jangan cakap sape salah sape betul. sekarang kancil nak repot balai so terpulang pada awak nak repot jugak atau tak.


bak ic lesen saya bawak ke balai. sekarang korang bincang nak setel ke nak repot. dah abes bincang datang balai amek ic.


hb cakap tak pe sarjan kami terus ke balai buat repot sebab kami nak claim insuran. polis tu blah dari situ. dan kami terus berjalan ke kereta...tiba-tiba


kawan budak tu cakap...hey *cakap dalam nada yang kasar, dah tahu salah bayar jer lah. setel kat sini.


aku cakap adik kami nak repot balai. apa-apa hal cerita kat balai.


tak payah pegi balai setel sini je.....*dengan nada suara yang menengking


mula-mula aku diam je sabar je ngan kawan budak tu...sebab aku panik dan stress.


bila dah melampau-lampau naik la hangin aku.


yang awak sibuk ni apa pasal? kawan awak ni tak cakap apa pun. yang accident kami bukan awak yang awak sibuk ni apa pasal???????????


ni kawan satu pejabat mestilah saya sibuk


aku cakap peduli apa kawan satu pejabat ker kawan satu rumah ker ini accident pegi je la balai...jangan banyak cerita.


oiiiiiii bayar je lah. sambil cekak pinggang dan buat muka samseng.


hey yang awak sibuk ni apa pasal.


pastu dia cakap pelan maki-maki aku. dia cakap aku kurang ajar dia cakap nantilah ko...........aku yang dah masuk kereta dah terbakar. hb cepat-cepat hidupkan enjin dan kami blah dari situ.


hb yang tergamam dari tadi tak banyak cakap terus mendiamkan diri sampai ke kat balai.


sampai balai buat repot. aku mengadu ngan sorang sarjan tu yang kawan dia kurang ajar cam ugut aku...sarjan tu tanya budak mana satu???? meh saya warning kat dia. sarjan tu keluar dan warning budak tu. budak terus blah dari balai.


rupanya budak motor tu anggota tentera baru abes praktis takraw pastu dia cakap nak cepat.


hah kan tengok tengok akhirnya mengaku jugak dia nak cepat tu yang bawak motor tak hengat dunia.


sarjan tu cakap tengok kerosakkan kereta memang sah budak tu laju. kalo tak laju takkan bumper depan tercabut dan tercampak jauh.


tapi akta tak boleh diubah. sebab bila accident kena ada salah sorang yang dipersalahkan. disebabkan itu jalan budak tu dan kami membelok nak masuk jadi itu salah kami.......


mak aiiiiihhhhhhhhh macam tu ke????? ini satu penganiayaan.
dipendekkan citer walau apapun alasannya kami tetap salah.


dan kami dikompaun rm300.


budak tu tiba-tiba datang kat sarjan cakap nak claim kat kami nak suruh kami bayar motor yang dia nak repair.


sarjan tu tengking budak tu....nak mintak dorang bayar apa pasal????? dorang dah kena saman kamu nak suruh dorang bayar kat kamu????? terkejut kena tengking budak tu mati kutu terus duduk.


tadi kami dah buat rayuan kat L/Kpl md noor. dia bagi diskaun rm120.00 so kena bayar rm180.00 je. terima kasih L/Kpl.




sarjan saperi yang handle kes kami yang kecoh-kecoh semalam dah jadi kawan la pulak......



pagi ni kereta dah hantar ke Lau Motor tempat aritu. ms ang terkejut tengok muka kami lagik. ms ang cakap dia pun baru tahu ada akta camtu. means cam kami teraniaya lah camtu.



hurm minggu depan aku kena start follow up ngan M*a sekali lagi macam dulu.....letihnyaa........



harap-harap cepat la siap sebab aku nak jual kereta tu






Wednesday, March 24, 2010

sedih + trauma + fobia = nak nanges

arini 24/3/2010 jam1.20pm aku dan hb accident lagi. kali ni accident di pekan batu gajah.



kami baru lepas trafic lite bagi signal kiri tiba-tiba sebijik motor dari arah kiri yang dibawak laju macam kilat berdentum-dentum langgar kereta kami. penunggang motosikal tu tercampak laju melepasi depan kereta kami.



hb terkejut panik. aku cepat-cepat keluar dari kereta tengok budak lelaki tu dah bangun sambil kutip bumper kereta yang dah tercampak ke depan.



tengok kereta remuk aku rasa nak menjerit. rasa nak nanges.....*dah nanges pun.



sebab pertama 8/1/2010 kami accident dan baru je sebulan lebih kereta kami keluar workshop lepas accident langgar kerbau.



sebab kedua 8/2/2010 kami accident ngan toyota vios yang seara tiba-tiba parking kat belakang kereta kami.



sebab ketiga.........ni accident lagiiiiiiii.



masa tu aku stress sangat sangat sangat.

masa tengah stress tu orang pertama yang aku ingat adalah odah. aku terus sms kat odah cakap aku accident. odah reply aku dah nanges sebab stress teramat sangat.

terus call odah....odah suruh aku relax....dan baca ayat kursi. *thanks odah sebab mendoakan akak. tqvm...lepas akak publish entri ni akak bukak blog odah....thanks odah.



aku baca ayat kursi baru rasa tenang. polis trafik datang amek gambar. sukat sana sukat sini. then kami terus ke balai. sebelum ke balai ada something berlaku pulak. next entry aku cerita kronologi accident dan budak yang langgar kami tu + kawan dia ugut dan buat hal dengan kami.



now rasa letih badan lemah tak bermaya. hb sampai saat ni tak percaya dalam masa 3 bulan kami accident berturut-turut.



tengok lah kereta kami yang remuk sebelah kiri.


























nota:

terima kasih pada kawan-kawan yang call dan sms aku bila tahu aku accident lagi.

Sunday, February 28, 2010

kereta rosak lagik....pastu printer pun rosak jugak

bengkel ni servis pantas + harga berpatutan

tengok tu minyak brek kering kontang

so tukar ini barang


ok minggu ni kita citer pasal kereta sokmo.



akceli kisah ni berlaku pada ari selasa lepas. ala ari yang sebelah paginya aku tukar motor ngan fan tu. ada ingat?



ari isnin tu kan kereta high temperature. dalam masa yang sama kat dashboard tu keluar gambar brek. hb tanya aku kenapa eh? sebelum ni aku ada pengalaman dah. kalo keluar gambar brek tu means minyak brek dah minimum. tapi stress punya pasal kepala dok ingat high temperature tu aku jadi lupa kenapa asyik keluar gambar tu.



esok paginya hb tengok minyak brek kering kontang. masyaallah nasib baik semalam tak jadi ape-ape kat kereta. buatnya brek tak makan kan kes naya. so hb bubuh minyak brek kaler merah,aku suka kalernya merahnya sangat cantek. lepas tukar motor ngan fan pagi tu kan kami ada apoiment so berdesup ke sana berdesup ke sinun.



petang sampai rumah bukak pc nak print something sekali printer pulak rosak. alahai apa ke hey nye ni semua nak rosak saat dan ketika ini. aku dah mengeluh nak keluar duit lagi. hb cepat2 anta printer sebab urgent nak pakai printer tu.




20 minit lepas tu aku dengar kereta masuk laju jer. dalam hati dah cakap ni sure ada berlaku something ni kalo tak hb tak bawak kereta masuk ke dalam laju giler. hb datang kat aku cakap minyak brek kering kontang sekali lagi padahal baru isi pagi tadi. ni mesti bocor. masa tu dah dekat kol 6 so tanpa berfikir panjang kami terus ke workshop. nasib baik belum tutup.




foreman tu cek depan cek belakang dia cakap bocor dua tempat kat sebelah kiri dan kanan. kena tukar la kan. duit lagi kan. apa nak buat tukar je lah. tapi nasib baik tak mahal parts dan upah rm60 jer.


so minggu ni kereta punya pasal dah kena pow rm rm rm rm rm. aduh aduh semua tu tak de dalam bajet. so mulai bulan mac aku akan bukak satu akaun kecemasan. nak tak nak kena simpan. in case berlaku yang diluar jangkaan so tak perlu risau nak kena keluar duit poket sendiri.


dan sebab dah terover bajet kerana kereta so bulan mac no shopping no makan luar no beli benda-benda mengarut. benda mengarut tu bila lalu kedai tudung tak boleh tahan beb. sure mengundur kebelakang masuk itu kedai. boleh tahan ke bulan mac ni no no no semua tu?????

Saturday, February 27, 2010

terkena berkali-kali...ini mr wong memanglah penggoda!

accident aritu banyak aksesori yang aku pasang sendiri rosak dan terpaksa dipasang semula. contohnya tinted kat cermin depan, pastu ape benda tu yang kat tepi tingkap tu. sebab itu kategori aksesori so dorang buat dek je la. ok yang ni aku tak kisah sangat.


yang aku kisah adalah aku tak puas hati workshop tu buat kerja. dorang just tukar yang rosak besar2 je. parts kecik yang rosak kat dalam kereta dorang tak buat ape. contohnya yang kat tepi mirror pandang belakang ala benda kat atas kepala bila panas terik kita tolak kebawah tu (?) hah benda alah tu rosak koyak dah nak tercabut. pastu kat tepi pintu sebelah kanan dan kiri ternganga. apa salah gam la kan. ini tak. dah la tiap kali masuk kereta mata aku ni asyik jeling menatang tu.


dan satu lagi dorang pasang wiper terbalik. yang kiri pasang kanan dan kanan pasang kiri. bila ujan wiper tu tersembul2 keluar dari cermin, memang tak puas hati. grrrrrrr. mulanya nak pegi komplen. pikir pikir pikir ahhh malaslah. kang nak kena isi macam2 form ngan insuran. kereta nak kena tinggal dan entah bila boleh siap. kesimpulannya, tak payah!


sudahnya tak boleh jadi terpaksa keluar rm sendiri buat semua tu. benci.


cuaca panas terik tahap matahari tercacak atas kepala memaksa aku berura-ura nak pasang tinted kat cermin depan. tak boleh tahan panas datang dari depan. terbakar muka. muka berbelak2.


kira2 bajet hurm tak boleh la nak pasang tinted tu. so keputusan sebulat suara telah diambil kita buh sticker dulu kat atas cermin. so tak de la panas kena kat dahi kan.


aku dan hb pegi kedai aksesori yang kami selalu pegi tu. dah kenal mesra ngan itu mr wong. sosek sosek budak dia cakap 'kakak, sekarang panas, tengok muka kakak sudah tukar kaler. pasang terus tinted ma. itu sticker boleh tutup dahi saja ma. nanti dahi putih pipi hitam ma. amboi pandai sungguh ko meng ayat aku yer. termakan jugak aku. berapa? cincai kasi kakak rm80. uuuiiii mahalnya. mana mahal? murah kakak...saya kasi free itu sticker. oklah oklah.


oke terkena satu.




cuaca very the panas so aku dan hb lepak kat dalam. kat dalam tu mr wong berusaha mengoda hb suruh pasang abs+power brake kat kereta aku. katanya kalo pasang kereta itu akan mencengkam lebih lembut bla bla bla bla.....


hb tanya aku. akhirnya oklah oklah. terkena satu lagik


beberapa minit selepas itu.....mr wong meneruskan agenda 'menghauskan' beg duit kami.


bos, saya kasi tunjuk satu barang. bos mesti suka punya. dia pun tunjuklah menatang ni



ini vtec.....sori aku dah lupa namanya. ini barang boleh kasi ringan u punya kereta sekaligus boleh jimat petrol. mr wong pun amek kertas tunjukkan kat kami teori kenapa dan mengapa. godaan wong telah membuatkan kami laki bini jatuh chenta pada itu barang. dan why not?


berapa harga mr wong? saya kasi u special price hari raya cina punya harga. saya kasi kaw kaw price ok. semua satu kali rm420. boleh? aku tengok hb. hb tengok aku. aku bukan ape kepala dok menconggak duit dalam purse. hb jeling kat aku dan seperti biasa aku paham sangat isyarat jelingan manja yang ditujukan pada aku. hah hah terkena buat kali ketiga.


tu tengah pasang cilinder abs + power brake


tengah pasang vtec yang aku tak ingat nama saintifik menatang tu
ko ingat itu mr wong atau pekerja dia dah berpuas hati dan dah abes dok goda2 aku? no no no....
aku keluar tengok pekerja pasang semua tu. pekerja tu, 'kakak ini barang (benda yang kat tepi tingkap yang dah patah tu) kasi pasang ma. murah saja satu set baru 40 ma.





oklah oklah....terkena buat kali keempat.
dah pasang semua dah siap kami pun balik. dalam kereta dua2 diam sebab bajet dah lari kudaku lari gagah berani. huwaaaaa huwaaaaa bajet lari. sape nak tolong ni..oh mummy pelis help mi.
tapi...ada tapinya....selepas beberapa hari.....ohhhhhh wah wah wah...best la
kami sangat berpuas hati ngan kelembutan abs+power brake. dan kami jugak teruja ngan vtec tu....memang betul kereta sangat ringan. dan yang paling bagus boleh jimat petrol ma. berbaloi-baloi.
itu jer nak citer......



Tuesday, February 23, 2010

abang sakit, repair kereta rosak

patutnya pagi ni aku ngan abang aku ada appoiment di epf. kol 7.30 mak bagitahu abang aku dah bertolak dari ulu langat kol 4 pagi. tengah bawak kereta tak semena2 kaki tangan dia kebas. so dia renti kat jalan duta, rehat. pastu abang aku sms 'abglan ada kat jalan duta tunggu kawan datang suruh bawak kereta badan tak sihat. aku reply 'ok'.


rasa tak sedap hati so aku call dia. dengar suara dia serak dan lemah. aku tanya die pening ker? katanya dah 3 4 ari kaki tangan kebas, sakit kat dada dan kaki bengkak. aku suruh dia pegi klinik tak payah datang ipoh. dia cakap nak drive balik pun tak larat, tunggu kawan datang amek. serius ni. aku citer kat hb dia cakap dulu sebelum diserang sakit jantung hb pun rasa camtu. dah la aku risau. mulalah otak tak boleh nak pikir. bukan ape mikirkan abang aku yang no. 2 yang kat penang tu sakit buah pinggang ni abang sulong aku pulak sakit. ngan aku yang tak berapa nak sihat. alahai sian kat mak. anak2 semua berpenyakit.


abang aku pesan dan warning kat aku jangan bagitahu mak yang dia sakit takot mak terkejut. pikiran aku melayang2. badan kat sini kepala otak dah blur. hb cakap apa2 hal repair kereta aku dulu. so kami ke workshop tapi belum bukak. hb cakap kita breakfast dulu. aku tak dengar apa hb cakap ape. dua kali dia cakap baru aku hah? ok ok. kat mane? pikirlah kat mana. aku tak boleh pikir pasal makan dah. risau kat abang aku. bukan apa dia cakap kaki tangan kebas. aku risau takut dia diserang st***. nauzubilahhhhhh.


aku keep on calling abang tanya situation dia. 9.45 dia dah sampai ulu langat dan on d way ke klinik. aku cakap terus gi hospital kan senang. pegi klinik dulu katanya. lepas makan kami menuju ke workshop sekali lagi.



bos, temperature tiba2 high. ok...saya check dulu. oooo kipas tak function. saya kasi bukak check motor ada problem tak. before 10.30 boleh siap ka bos. 11.20 saya ada appoiment taman perpaduan. boleh boleh sikit jam pasang. saya kasi check dulu ma.

hah lu nampak ini kipas sudah patah. kasik tukar kipas.

ini motor sub *motor sub ke moto hub...lupa dah
mau abes. sudah goyang ma. lu boleh pakai 2 3 minggu tapi dia makan kaki bawah. tengok kaki sudah nipis. tukar berapa. 100, 120 itu macam. ok tukar kasi bikin sekarang


wah sangat pantas dia buat keja. sat jer dah pasang motor, pasang fan



testing 1 2 3....dah ok
masuk balik dalam bonet


taruh air dalam radiotor....sudah siap.
setengah jam sekali aku call abang tanya dia kat mana. kat klinik katanya. tanya doktor cakap ape. doktor cakap jantung ok normal. maybe high colestrol so doktor bagi makan ubat. esok pagi kena pegi klinik sekali lagi. cek bp lagi. if kaki still bengkak kena pegi hospital. aku standby jer kalo abang aku kena admit aku akan berdesup bak halilintar ke sana. aku ni bukan boleh dengar adik-badik sakit sure menggelupur kat sini. ok sampai saat ini mak tak tahu yang abang aku tu agak serius. tak tahu nak cakap kat mak camne. tak pe biarkan dulu.
****kaklong ap, take note yer....jangan bagitahu kat pah pasal paklong, ok. apa2 hal tunggu esok. kalo paklong kena gi hospital esok nino datang sana.
ok masa nikan tiba2 perut aku memulas mulas tak tertahan tahan. breakfast makan laksa pepagi buta tadi kot. alamak kat mana nak melepaskan hajat ni. dah la kat situ tak de tandas. hb cakap jalan depan sikit kat food court sebelah sana ada tandas. aku berjalan kaki mencari tandas. apa yang berlaku kat tandas later aku stori yak.....
rm115. dah bayar kami terus gerak pantas ke ulu kinta. appoinment 11.20 masa tu dah 10.45. memang hb pecut giler. potong lori potong lori banyak pulak lori. terangkat vontot aku sama2 menahan brek. jalan clear dah kena berenti orang tengah potong pokok pulak dah. dah lepas terperangkap follow kereta L. bukan sebijik 2 3 bijik. sabar je la. masa ni la ko nak mengetest drive pulak.
masuk highway simpang pulai zassssss keluar tol ipoh selatan masuk jalan shortcut keluar pekan tambun. sampai depan customer tepat 11.09 pagi. fuhhhhh.