Wednesday, April 15, 2015

satu hari nanti...pasti terjadi

okay nak cerita pasal kaklong.

bulan 9 nanti kaklong start praktikal tapi until now belum tahu praktikal kat mane. dah 3 tahun kaklong kat utp. banyak suka-duka yang kaklong lalui.

30/4/2015 ni genap setahun ayah kaklong meninggal. cepat sungguh masa sekarang ni. sebagai anak sulung dan hanya ada sorang je lagi adik sikit sebanyak tentu kaklong fikirkan masa depan dia dan baby.

tentu dah ada macam-macam dalam fikiran kaklong nak corakkan kehidupan dia lepas ni. sebagai sorang kakak dia berhak ke atas adik kandung darah daging dia. dia berhak tentukan kehidupan dia dan adiknya. tak de sape pun boleh halang.

bila bersembang dengan kaklong dia dah pun cakap sikit-sikit plan ke mana dia selepas habis belajar di utp nanti. kalau ke oversea...oversea lah dia. dan dia tak kan keseorangan ke sana.

sebagai orang yang paling rapat dengan kaklong, aku sokong ape saje yang dia akan buat. mungkin dengan membawa diri ke tempat orang kehidupan kaklong lebih bagus dari sekarang.

biarlah..

terlalu banyak duka yang ditanggungnya sekarang. ada sesiapa kisah?????

no. tak de sape sape pun kisah.

sakit.

rindukan adik.

rindukan kasih sayang.

kaklong yang tanggung sorang. ye sekarang ni kaklong berdiam. tapi tak semestinya diam itu takut. diam itu mengalah, diam itu bermakna boleh buat ape suka suka suka hati.

akan tiba masanya nanti.

dan sekarang pun Allah dah tunjuk.

kaklong tetap cemerlang sepanjang masa. cemerlang sebab hasil usaha sendiri. bukan cemerlang sebab keturunan.

memang mama tak sekolah tinggi mana pun. memang satu ketika dulu mama pernah dicaci kerana hanya bekerja sebagai gadis kilang. anak gadis kilang inilah yang cemerlang.

kaklong..satu hari nanti bila nino dan pah dah tak de kaklong baca balik blog nino ni..kaklong simpanlah blog nino ini sebagai satu lipatan dalam kehidupan kaklong dan baby nanti.

banyak kenangan yang ada dalam blog nino ni untuk kaklong dan baby.

nino akan mula menulis di sini seperti dulu. akan nino coretkan setiap perjalanan hidup kaklong dan baby di sini. biar satu dunia baca kisah kaklong yang sangat tragis.

satu hari nanti if kaklong rindukan nino rindukan pah rindukan saat manis kita bersama rindukan gelak ketawa nino dan pah...di sinilah kaklong..disini tempat kaklong akan menangis satu hari nanti.

satu nasihat nino buat kaklong...kalau nino dan pah dah tak de..bawalah baby ke mana sahaja kaklong pegi. baby sahajalah waris yang kaklong ada.

ingat pesan nino dan pah...selalu pergi kubur mama ayah dan ap. menangislah di situ untuk melepaskan rindu.










Thursday, March 26, 2015

Resepi acar buah

Resepi dan gambar acar buah dari google



Bahan-bahan:

  • 500 gm buah-buahan campur (kismis hitam atau kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma dan lobak asin..potong kecil)  atau jeruk buah
  • Belimbing kering (belimbing buluh yang telah dijerukkan dan di jemur sampai kecut)
  • Jeruk limau

Bahan Mesin Halus :

  • 500 gm bawang kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 cm halia
  • 100 gm cili kering
  • 3 sudu besar rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
  • 500 gm minyak
  • 500 gm gula pasir
  • 1 botol kecil cuka
  • 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
  • sedikit garam jika suka


Cara-cara membuatnya: 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi dan garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur dan cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan.


Monday, March 23, 2015

sambal ikan bilis simple tapi sedap


Resepi sambal ikan bilis 

Blend bawang besar 3 biji, bawang putih 3 biji dan buah keras 2 biji.
Blend cili kering 10-15 biji (ikut kalau nak pedas tambah lg)

Cara:
1) tumis bawang yg di blend hingga kuning
2) masuk cili blend. Kecilkan api  biar hingga pecah minyak. 
3) masuk sedikit belacan yg dibancuh dgn air.
4) masuk ikan bilis yg telah dibasuh bersih dan dituskan. (kalau suka boleh goreng dulu ikan bilis)
5) masuk sedikit air asam jawa, garam dan gula.
6) bila dah mendidih dan kuah agak kering sedikit masukkan susu cair atau santan
7) biar hingga pecah minyak sekalu lagi dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat.


Tuesday, October 21, 2014

terima kasih

aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang baca blog aku.
walaupun dah tak banyak entri tapi masih ada pembaca baru yang follow blog aku ni.

banyak benda nak cerita lebih2 lagi lepas amin meninggal dunia banyak benda nak cerita pasal kaklong. pasal baby. apa perasaan budak2 berdua tu selepas ayah dorang meninggal.

secara ringkasnya aku cerita pasal kaklong dulu.

kaklong ni dia tak banyak cakap. perangai dia lebih kurang macam ayah dia. tak banyak cakap. bila orang bersembang tak menyampuk walau sepatah perkataan pun. tersengih2 je dengar orang bercerita.

kalau dapat mengadap laptop macam dunia ni dah tak wujud..haha

makan pun memilih sangat2. kesimpulannya 90% ikut ayah. dan yang paling paling paling ketara adalah kalau kaklong tersengih2 atau tersenyum2 memang sebijik macam ayah dia. mulanya aku ingat aku sorang je perasan. rupanya mak pun perasan.

sekarang ni kaklong cuti 4 bulan. bulan sept aritu kaklong ikut maksu (adik ayah dia) pegi labuan, kota kinabalu dan brunei. bagi dia jalan2 supaya dia happy. dah la lepas ayah meninggal bertungkus lumus study final exam 2nd year kat utp. aku dan mak memang lah berharap bila dia ikut maksu dia ke labuan boleh hilang sedikit stress dia tu.

memang dia happy bercerita pasal labuan, kk dan brunei. ade lah 3/4 hari kot cakap pasal tu.

lepas tu..dia jadi moody..kurang bercakap.

aku tahu hati dia tersentuh sebab ayat yang keluar dari mulut seseorang. aku dah buat entri sebelum ni pasal 'hati yang perlu dijaga'.

memang perlu jaga hati kaklong dan baby.

aku selalu cakap pada diri aku..cakap pada mak..bila nak cakap dengan kaklong baby kena hati2. hati dan perasaan budak berdua ni dah tak sama macam dulu.

kalau lepas mama dorang meninggal lepas ap meninggal budak berdua ni masih lagi ada ayah. masih boleh panggil ayah..ayah..ayah.

tapi sekarang dah tiga orang dalam keluarga kaklong baby dah meninggal. dah meninggal dah tak boleh jumpa sampai bila2.

dah tak de tempat bermanja.

memang aku ada. mak aku ada. makcik makcik dan pakcik pakcik sebelah ayah dia pun ada.

tapi dah tak sama.

zahir kaklong nampak tenang. nampak macam biasa je. nampak macam takde ape2.

tapi pernah ke kita fikir ape yang ada dalam hati seorang anak yang kehilangan mak ayah adik dalam sekelip mata.

pernah ke dengar dia menangis teresak2 dalam tidur? mulanya aku ingat dia belum tidur aku bangun pegi dekat2 pada kaklong rupanya dia tengah tidur. sebaknya aku tengah2 malam tu. aku terus keluar bilik duduk kat luar dan sepanjang malam aku tak boleh tidur. itu kaklong. baby pulak macam mane???

sekarang ni berat badan dia makin turun. sebelum ni 39kg. dan sekarang aku rasa makin kurang dari itu. sebab tengok pergelanggan tangan dia pun dah tahu.

kadang2 mak merungut sebab kaklong makan nasi sikit sangat. banyak termenung. aku cakap mak suap dia makan mesti dia makan banyak.

mak cakap...kaklong ni memendam perasaan. ada benda yang dia pendam tak nak cakap.

aku cadang dalam waktu terdekat ni nak bawak dia pergi kubur mama ayah dan ap. selalunya kat kubur baru dia menangis baru dia nampak lega..aku suka kalau dia menangis. sebab selagi dia tak menangis selagi itulah hati dia terbuku.










Friday, August 8, 2014

hati yang perlu dijaga

entahlah aku belum bersedia nak cerita pasal arwah amin ayah kepada kaklong dan baby. tiap kali nak taip nak cerita pasal arwah amin meninggal dunia tiap kali itulah aku terbayang2kan kubur ena,ap dan amin yang berdekatan antara satu sama lain. perasaan sedih datang tiba2.

kubur ap disebelah kubur ena. dan kubur amin tak jauh jaraknya kalau tak silap aku selang 6 atau 7 buah dari atas kubur ena. tak pelah lain kali aku cerita pasal ni.

aku nak cerita pasal baby selepas ayahnya meninggal dunia.

baby lebih sensitif, mudah mengalirkan air mata, mudah terasa dan mudah sentap. dan paling ketara mudah naik angin.

ye lah bukan mudah baby nak lalui semua ini.

ditinggalkan mama masa umur 5 tahun. ditinggalkan abang ketika darjah satu. ayah pulak menyusul mama dan abang ketika darjah 5.

mudah ke seorang anak kecil terima semua ni?

kadang2 bila tengok dia termenung aku biarkan saje. biar dia layan perasaan dia. dan kadang2 aku nampak ada airmata bertakung yang baby cuba tahan dari mengalir. ada rasa hiba di mukanya. bila dia merenung jauh dapat aku rasakan perasaan yang terbuku dalam hatinya.

bila duduk sorang2 dia selalu mengelip2kan mata dia. aku tahu bila teringatkan ayah yang baru pergi hati baby bagaikan dicarik2. tapi sedaya upaya menahan airmata dari jatuh. dia tak nak kami tengok yang dia sedang bersedih.

kuat sungguh baby ni. dia menjaga hati kami supaya kami tak susah hati tengok kalau dia bersedih.

aku juga tahu disebabkan terlampau menahan perasaan sedih..dia cepat naik angin. cepat merajuk.

baru2 ni kami makan nasi arab kat sri iskandar. dia dah cakap nak duduk menghadap ke kitchen. tiba2 kaklong berlari nak duduk ditempat yang sama. kaklong terus duduk dan baby sempat tarik kerusi kaklong. nasib baik kaklong tak jatoh.

aku pulak terus ke tandas. balik ke meja aku tengok baby letak kepala dia atas meja macam tengah tidur. lepas tu makanan sampai aku suruh dia duduk elok2. dia angkat kepala dan airmata dia mengalir tanpa henti. aku tanya kenape pulak ni? mak bagi isyarat muncung mak ke arah kaklong.

ohhh ni mesti kes tadi ni. mesti kena marah dengan kaklong. ye lah baby yang salahkan kenape tarik kerusi kaklong dah nak duduk. kalau kaklong jatuh macam mane? pertama mesti kaklong malu jatuh kerusi depan orang ramai kan.

masuk waktu berbuka aku suap dia makan. nasi aku share dengan baby. aku suap dia nganga lepas tu keluar airmata. aku suap lagi keluar lagi airmata. suap kali ketiga aku cakap lah..dah dah jangan nangis depan nasi ni.

pelan je dia jawab "kaklong tuuuu"

dah separuh makan dia senyum2 kat kaklong. hurm kejap je sentapnya dah okay budak baby ni.

paling ketara sekarang ni tak boleh marah dia. cepat je dia merajuk hentak2 kaki. ye lah dah buat salah kan kena la tegur. ape yang baby buat tak betul kena la tegur. kalau orang tegur sebab orang tu sayang kat baby kan.

sensitif betol sekarang ni. apa yang kita nak cakap pada dia kena fikir dulu. kena jaga hati dia.
kalau dia nampak mak ayah dan anak pegang2 tangan pun dia boleh termenung. bila tanya kenape?
cepat2 palingkan muka kat tempat lain.

sedih tengok keluarga yang ada mak dan ayah.

lagi satu kalau dia lambat bangun tidur janganlah kita kejut kasar2. sehari suntuk dia moody. kena kejut lembut2. biasanya sebelum tidur aku cakap kat dia esok pagi bangun awal tau..solat. kalau nino kejut jangan marah nino tau. ok katanya.

sekarang ni kalau baby kata nak makan satu2 benda tu lagi tak dapat itu je berulang2 kali dia cakap nak benda tu nak benda tu.

memanglah kita kena banyak bersabar kena faham kehendak dorang. kita kena jaga kata2 kita. kena jaga hati dan perasaan dorang.

aku selalu pesan pada diri aku cuba faham apa yang ada dalam hati dorang tanpa emak ayah. aku dulupun darjah 5 abah meninggal. aku dapat rasakan betapa kosongnya hati aku. betapa rindunya nak panggil abah abah. betapa jelesnya aku bila tengok kawan2 aku bergurau senda dengan ayah dorang.

tak pe baby. walaupun mama ayah abang dah takde tapi masih ramai orang sayang ambil berat pasal baby. baby sekolah rajin2 belajar pandai2. jadi anak yang solehah. semua tu yang akan buat mama ayah abang tersenyum bangga disana.


Thursday, August 7, 2014

ayam goreng berempah pak engku

dah banyak resepi ayam goreng berempah aku cuba tapi resepi yang satu ini tersangatlah sedapnya.
ayam goreng berempah pak engku. 

pergggghhh teringat2 kesedapannya.

resepi ni dapat dari sini http://www.kongsiresepi.com/read/1920/0/

gambar dari google

Bahan-bahan:-
* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-
1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus 
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya. gambar kat atas tu aku google je sebab tu tak nampak serdak2 dia. 

cubalah...sangat sedap 5 bintang. 
kredit to www.kongsiresepi.com

Friday, August 1, 2014

airmata

hari ni dah raya ke lima.

selepas saje ena meninggal dunia pada 2008 raya bagi aku macam dah tak de ape2 makna. kemudian ap pulak meninggal seminggu lepas raya tahun 2010 lagilah tak de mood langsung nak raya. baru2 ni 30/4/2014 amin..ayah kepada kaklong dan baby kembali kerahmatullah. (aku belum publish kisah ayah kaklong baby meninggal dunia..insyaallah sedikit masa lagi)

di pagi 1 syawal tahun ni aku cuba sedaya upaya bangkitkan mood raya tak nak sedih2 tak nak moody2. nak cuba beraya nak cuba happy2 tapi bila terpandangkan muka kaklong dan baby....terus je hilang semua mood2 tu. menitik2 air mata tak boleh ditahan2.

pagi raya 1 syawal aku dan mak bawak kaklong baby ke rumah atuk dorang di kg gajah. lepas tu kami ke kubur. sebaik jejak kaki di tanah pekuburan hati aku dah berdebar2. aku tengok wajah muram kaklong baby lagilah denyut jantung aku makin laju makin laju. aku cuba sabarkan diri aku. relax nino...relaxxxxx ok.

dari jauh dah nampak kubur ena dan ap....air mata dah tak boleh ditahan lagi. gugur selaju2 nye.

Ya Allah...sebak hati ini tengok kubur ibu dan anak bersebelahan. hati mana yang tak luluh hati mana yang boleh menahan sabar tengok semua tu. sejak ap meninggal dunia aku tak jejakkan kaki ke situ. aku tak sanggup tengok kubur ap sebelah kubur ena.

walaupun hati aku memberontak nak jenguk kubur ena dan ap..tapi disebabkan kubur ap sebelah ena itu yang aku tak sanggup.

tapi..baru2 ni amin..ayah kaklong baby meninggal dunia itulah kali pertama aku jejakkan kaki selepas 4 tahun ap meninggal.

tengok je kubur ena dan ap..aku dan mak dah teresak2 menangis.

aku tengok kaklong dan baby tenang setenangnya...tak menitiskan walau setitik pun airmata depan kubur mama dan ap.

kuat sungguh budak berdua ni. memang tabah sungguh anak ena yang berdua ni.

aku memang dah tak boleh control dah. terpaku depan kubur ena dan ap. dah tak ingat nak baca fatihah ke ape ke. dalam fikiran aku hanya terbayang muka ena dan ap.

sekali sekala aku tengok jugak muka budak berdua tu..subhanallah tenang sungguh wajah dorang. kuat betoi budak berdua ni. jirus dua2 kubur dalam keadaan yang tidak beremosi. alhamdulillah Allah beri kekuatan yang sangat luar biasa.

selesai jirus air yasin ke kubur ena dan ap aku tanya kaklong kat mane kubur ayah.

laju je kaklong ke kubur ayahnye.

sekali lagi hati aku tersentak bila terpadang kubur yang masih baru di batu nisan tertera nama MOHD AMIN BIN BEDIN. al fatihah buat arwah amin. semoga tenang bersama ena dan ap di sana.

aku suruh kaklong jirus kubur ayahnye dulu. dengan tenang kaklong jirus kubur ayah dia. waktu tu aku nampak wajah muram dan sebak. sebaik baby jirus kubur ayah dia aku tengok kaklong berpusing ke belakang dan

gugurlah airmata seorang anak sulung kepada mohd amin dan zarina zahari yang sangat tabah yang sangat kuat menghadapi ujian Allah kehilangan kedua2 ibu ayah adik lelaki yang sangat2 di sayanginya.

kemudian aku tengok baby berdiri di tepi kubur ayah. terdiam. tiada air mata.

memandang kubur ayah dengan satu pandangan kosong. sekali sekali baby pejamkan mata. apa yang ada dalam fikirannya hanya Allah sahaja yang tahu...betapa rindunya seorang anak kecil pada ayahnya. betapa dia rindukan usapan lembut tangan ayahnya di atas ubun2nya. betapa dia rindukan pelukan dan kucupan ayah pada dahinya.

sekarang semua tu dah tak ada. semua tu hanya tinggal kenangan.

aku berjalan ke kubur ena dan ap. bila toleh ke belakang baby peluk aku dan

ninooooooooo....ninoooooooooo

menangis teresak2

walaupun sedaya upaya  menahan air mata akhirnya

airmata baby gugurrrr

aku sendiri pun tak boleh tahan diri aku bersedih apalagi budak2 berdua tu.

aku hanya gosok2 belakang baby takde satu perkataan pun yang keluar dari mulut aku untuk tenangkan baby.

ninooooo...ninoooooooooo

dua perkataan itu dah cukup menggambarkan betapa beratnya kesedihan dua beradik ini.

betapa rindunya mereka nak mengucup tangan mama dan ayah di pagi syawal.

betapa rindunya nak memeluk mama dan ayah..........

menangislah baby

menangislah kaklong

menangislah sekiranya itu yang dapat mengubat rasa sengsara dalam hati

al fatihah buat ena amin ap abah liza tok dan pah

semoga tenang di sana.