Tuesday, January 26, 2010

insuran MA*

pagi tadi kami ke lau motor di menglembu pi tengok kereta. dorang ni senyap je tak call apa pun.
jumpa ngan amoi ni miss ang nama dia. dia pun godek2 pc cek status kereta tu. miss ang cakap kereta ni belum dapat approval dari insuran. adjuster (eh betoi ke spelling hantam je la) dah mai tengok 15/1 tapi sampai la ni tak cakap apa pun. kalo nak cepat miss ang suruh aku call kl. so kami keluar dari situ ngan perasaan hampa.

tu nampak tak pompuan tu. first time kami datang anta dokumen boleh dia biarkan kami terbangak2 kat depan dia. dia buat dono depan pc. tak pandang kami pun. sampai kena tegur ngan miss ang. dia buat dek jugak. kali kedua miss ang cam dah tinggi suara baru dia toleh sikit kat kami. toleh je tak cakap apapun. hb dah hangin dah mengeluh 3 4 kali. kami berdua pandang kat dia bagi dia serba salah. aku malas nak hangin2 sebab pagi tu mood aku ok ok je.
dalam 10 minit kot dia datang depan kami ngan muka seposen muka tak sudah muka cam $#%^&*@. muka dia dah la tak lawa..oppsss. pastu buat perangai camtu
tak cakap sepatah haram terus bagi form cakap sign!
hb tanya sign kat mana. borang ni nak kena isi ke?
ada ke saya suruh awak isi borang? saya suruh awak sign je kan....
hb mula la berangin...mana saya tahu. tiba2 awak letak suruh sign. explain la ni borang apa. bla bla bla bla
dengan muka tak bersalah pompuan tu tak nak kalah menjawab
isi isi borang tu keja saya.....sign je yang tanda pangkah tu
aku relax je. kan aku cakap mood aku tengah ok. biar hb setel ngan pompuan tu.
hb bagi salinan ic cover note dan cakap awak nak apa lagi? ada yang kurang ke?
boleh pompuan tu tengok dokumen cara kasar2 gitu. hb dah ketap bibir. aku sengih2 je pandang pompuan tu. bukan ape kesiannya aku tengok pompuan tu. apa masalah dia gamaknya...pagi tadi gaduh ngan suami eaaaaa...
2 3 kali miss ang pandang2 muka pompuan tu. pompuan tu wat dono je. dah selesai semua hb minta nombor office. tanpa pandang muka hb dia cakap apa2 hal call pathma dorang nya salesman.
dengan muka sengih2 aku cakap cik....boleh bagi no telefon office ke...minta tolong ya....
baru dia tulis no office sambil tu bebel2 apa2 hal call pathma.
ya cik saya tahu saya call pathma tapi saya nak nombor ni untuk rekod saya...terima kasih kerana buang masa cik.
ok itu kisah 2 minggu lalu. bila kami datang arini perangai dia macam tu jugak. muka yang sama. tak manis langsung. muka tak bawak rezeki.
dalam hati aku cakap memang pompuan ni masalah.
tu yang hb terus pegi kat miss ang. baik berurusan ngan miss ang. layanan cukup mesra dan cepat je bagi fitback dan status kereta kami.
lepas tu aku call kl cakap ngan staff insuran.
dia tengok system
ooooo yang ni tunggu approval saja. tapi shira yang handle ur case on leave. tapi tak pe saya tolong approvekan arini.
tolong la miss soon approve kan arini ya...
ok ok no problem.
tut tut kejap ni miss ang call cakap tak boleh approve lagik sebab gambar tempat accident tak de.
aku cakap camne nak amek gambar masa tu jam 4.22 pagi gelap tak nampak ape pun. lagi pun lepas accident kami ke balai polis tg rambutan. balai tu dekat ngan tempat accident, dorang suruh kami buat repot ke balai trafik ipoh. dorang tak boleh amek repot sebab itu trafik nye keja
kat balai trafik ipoh tu ada la photographer polis snapo gambar.
tempat kejadian tak de la amek gambar.
oooo itu macam ka? problem ni.
apa yang problem nya
u call soon ling ling kl insuran sendiri. u explain to her bla bla bla
aku call kl office dah tutup so esok pagi je la call pompuan ni
aku nak marah pun ada kalo aku tak pegi lau motor aku tak tahu masalah2 ni.
insuran tu dah 2 minggu lebih nak masuk 3 minggu tak approve2 lagik. kot ya pun ada yang tak complete jangan la keep quite call la aku kan. ini tak aku pulak yang kena follow up. tak kisah la tu nak kena follow up ke ape ke.
dah tahu sangat peel insuran ni kalo kita tak call dorang senyaaaappppp tak buat keja.
kalo aku tak call pagi tadi entah2 makan berbulan2 kereta aku tersadai tak buat ape pun.
mengambek duit kita bayar insuran kat dorang bukan main lagi. pastu bila kita accident dorang layan tak layan je.
memang nak bagi aku hangin je dorang ni.... aku baru je nak jadi baik tak nak hangin2. tapi....tengok la. semua benda nak kena jolok. nak harap dorang buat ikut SOP tak sah haraplah. kena kita jugak menge call bagai.
tak pe esok aku nak gi MA* branch kat ipoh ni.....mau kasik api sikit kat agen kat sini.





5 comments:

  1. hehe, mmg kak. insuran ni kena selalu follow-up. selang sehari call. kalau boleh, akak amik no. tel boss dia. lagi senang.
    rahim yg ajar sebab if not, camni ar. selalunya problem, adjuster lambat dtg nak nilai n tgk kerosakan kereta atau insuran takde feedback. company yg ketuk cat tu yg jadi mangsa sebab dia tengah-tengah. dia kena dpt approval insurans baru boleh buat kerja. owner akan ke kedai ketuk/cat tanya kereta. so dia tersepit :)

    ReplyDelete
  2. ooo camtu ya odah
    ok esok akak mintak no bos dia
    tq odah

    ReplyDelete
  3. akak.. hehe akhirnya dapat jugak tgk wajah akak yg sweet & keibuan tu :-). Sori lah ed dah lama tak gi merayau dr blog ker blog sebab la ni busy super duper busy kat opis.

    ReplyDelete
  4. geramnya ngan perangai minah tu... entah apa2 entah

    ReplyDelete
  5. ed,
    sweet dan keibuan?...walaweiii
    tengok la pipi akak yang dah macam apam
    terlebih yis tu. tunggu masa nak meletop :)

    memang teruk perangai minah tu
    perangai tak bawak rezeki

    ReplyDelete