Wednesday, January 27, 2010

nafsu mata nafsu tekak

ini citer malam tadi

semalam selasa so ada pasar malam. dah lama aku tak pegi pasar malam. last pegi bulan jun tahun lepas. ingat lagi tarikh terakhir gi pasar malam 8/6/09. masa tu harijadi kaklong pi beli macam2 sebab celebrate birthday kaklong kat umah aku. lepas tu sampai la ni aku tak pegi pasar malam sebabnya kat batu gajah ni tiap hari selasa hari pasar malam sure ujan. tiap2 minggu camtu. dah ujan mula la malas nak basah2 kan.

semalam cuaca elok walaupun ada bunyi guruh tapi tak ujan. tetiba tekak teriiiiingggin nak makan popia basah. mengenangkan nak parking jauh nak menapak lagik. alanglah bagusnya kalo gi ngan hb boleh dia lepaking dalam kereta dan aku pegi shopping kat pasar malam.

dia letih sure mentah2 je dia reject tak nak pegi atau tak nak tolong bawak aku pegi. ting! idea sudah mari

aku : hurm....sedapnya jagung bakar kan, taufu fa gula merah........

hb : kenapa? oooo arini pasar malam. noni pegi la....

aku : hurm....memang nak pegi tapi kena parking jauh. tak yah la...lupakan lah popia basah tu....(buat2 mengeluh...ececeeehhh)


takde respon dari hb. alamak tak menjadi la pulak. apa kat gula gula kan lagik...kali ni kasik sebut makanan peberet dia...tengok amacam

aku : uiiii kalo dapat makan kotiaw basah pakcik tu...sedapnya...buh cili hijau jeruk. uhhuhhhu mmmmm. pastu hirup makan taufu fa...uh sorga sorga

takde respon jugak. aduh ku keciwa. kemfunan aku gamaknya



2 minit selepas tu

hb : jom la...teriiiiingggin nak makan kotiaw basah pakcik tu. lama tak makan


hah apalagi berdesup capai tudung...jom jom cepat

sebelum kuar kereta hb remind kat aku 20 min only...ok

ok ok

seperti biasa memanglah jauh kedaung parking kereta. jauh berpoloh2 menapak. teringatkan popia basah kotiaw basah lajuuuuuuu menonong je aku


orang taksah citer la kan. dah cuaca elok punya ramai umat manusia. nak berjalan kena senget2 baru boleh masuk.

mula2 nampak jagung bakar beli 2 tongkol. jalan lagik beli kotiaw basah 2 bungkus. mula nak beli kotiaw basah 3 pastu nampak kebab special hot n spicy black pepper kat sebelah tu berasap2. beli pulak kebab 1. nak beli 2 teringat hb tak suka kebak.

jalan lagik nampak limau tangerine (limau mandarin yang kecik2 besar sikit duit 50sen tu). beli pulak 1 net. nak beli 2,3 net teringat peti ais kat umah rosak anto repair.

jalan ke depan lagik baru jumpa popia basah. lega dah dapat popia basah. sebelah popia basah orang jual lemang. lama tak makan lemang baru nak menuju ke lemang hb dah call tanya kenapa lambat sangat. tak jadi beli lemang terus balik.


sampai umah tak tahan dah bau kebab. sempat bukak tudung terus capai popia dulu. mata tengok tari tirana. abes satu popia makan satu lagik. hb buh kotiaw 2 bungkus dalam pinggan aku tanya boleh abes ke banyak tu? kenapa, nak sikit ke. bak nak sikit.


makan kotiaw sesudu nampak kebab terus letak sudu ngap ngap ngap kebab. oh sedapnya kebab ni. secukup rasa. jeling kat hb tanya nak rasa kebab tak? (dalam hati gila tamak harap2 hb tak nak kebab aku ni). hb geleng...lega

ngap 6 7 kali kebab abes. relax jap dalam 2,3 minit makan limau 2 bijik. manis cam gula limau tu. kesian pulak tengok kotiaw tadi makan sesudu so abeskan tak baik membazir!

rehat kejap tengok hb makan jagung. tak boleh jadi ni nak makan jagung pulak. akceli perut dah tak boleh accept jagung dah. nafsu mata punya pasal.....belasah je la labu.

makan jagung sekerat hohohoho tak boleh dah. tengok tirana sampai abes. terasa perut longgar sikit. boleh la popia satu lagik. boleh la limau sebijik dua lagik.

sebaik abes telan popia tiba2 tersedawa dan termuntah. sempat capai plastik depan mata je.

hb dah jeling. makan tak sedar diri. macam esok dah tak de. hurm telan liur dengar hb cakap camtu.


5, 6 minit lepas tu tersedawa lagik...kali ni dah tak boleh tahan berkejar ke toilet. sebaik masuk dalam toilet memancut2 isi perut yang baru makan tadi keluar. muntah muntah muntah sampai rasa yang pahit tu. syabas inspektor sahab..clap clap clap

dah tahu perut tu tak boleh terima banyak tapi tamak punya pasal...itu la kerana mulut perut binasa. perut aku ni dah pencen boleh terima satu jenis makanan je dalam satu masa. more than that enggak bisa. uwekkkk uweekkkk naik sempot. dah sempot menonggeng berejam kasik kuar angin kus kus.

dah muntah bagai lega sikit dalam perut ni....nampak popia ada lagik 3 bijik. nampak limau berbunga2 dalam net tu. usha usha sikit. oh no no no please la nino. tak serik2 lagi ker? baru muntah kan...perggghhhh dasar tak sedar diri betol aku ni


11 lebih dah tido. tiba2 perut pulak memulas2. berkejar ke toilet. kali ni cirit-birit pulak. padan muka aku. memang padan la sangat. memang tak sedar diri. makan tak hengat. jam2 tu jugak rasa tobat tak nak makan dah...kekonon! baru complete kan muntah + cirit.


2, 3 kali jugak appoiment ngan toilet. bubuh segala minyak kat perut kat dada kat tekak baru boleh tido.


bangun pagi ni perut terasa kosong sesangat. gi dapur carik apa yang boleh di makan. tak de apa yang ada kat dapur.


masak nasi. tumis sayur buncis, ada belen2 ayam masak merah semalam kasik panas.

pepagi buta dah makan nasi putih yang berasap2. dalam hati ni kalo ada ikan masin goreng kan sedap. memang la dasar tak sedar diri. ikan masin yang akan menaikkan tekanan darah tu jugak yang diinginkan.

teringat kata2 hb semalam. makan macam tak de hari esok. so sedar la kejap. makan je la apa yang ada depan mata. jangan berangan nak makan ikan masin ke telo masin ke. awak tu kan ada border line darah tinggi. so makan la aku seadanya.

tapi nafsu syaiton tu tak boleh dikawal boleh tengah makan terbayangkan wah sedapnya ikan masin goreng buh asam jawa patah cili api buh bawang.

vontot dah bangun nak amek ikan masin pastu dalam hati cakap cannot cannot nanti darah naik sape susah. betoi jugakkan. tetiba terbayang muka mak aku susah ati dok jejauh risau aku sakit kat sini. huhuhu

peringatan....jangan makan sebab ikut nafsu mata dan nafsu tekak. ingat tu! :)

No comments:

Post a Comment