Sunday, February 28, 2010

kereta rosak lagik....pastu printer pun rosak jugak

bengkel ni servis pantas + harga berpatutan

tengok tu minyak brek kering kontang

so tukar ini barang


ok minggu ni kita citer pasal kereta sokmo.



akceli kisah ni berlaku pada ari selasa lepas. ala ari yang sebelah paginya aku tukar motor ngan fan tu. ada ingat?



ari isnin tu kan kereta high temperature. dalam masa yang sama kat dashboard tu keluar gambar brek. hb tanya aku kenapa eh? sebelum ni aku ada pengalaman dah. kalo keluar gambar brek tu means minyak brek dah minimum. tapi stress punya pasal kepala dok ingat high temperature tu aku jadi lupa kenapa asyik keluar gambar tu.



esok paginya hb tengok minyak brek kering kontang. masyaallah nasib baik semalam tak jadi ape-ape kat kereta. buatnya brek tak makan kan kes naya. so hb bubuh minyak brek kaler merah,aku suka kalernya merahnya sangat cantek. lepas tukar motor ngan fan pagi tu kan kami ada apoiment so berdesup ke sana berdesup ke sinun.



petang sampai rumah bukak pc nak print something sekali printer pulak rosak. alahai apa ke hey nye ni semua nak rosak saat dan ketika ini. aku dah mengeluh nak keluar duit lagi. hb cepat2 anta printer sebab urgent nak pakai printer tu.




20 minit lepas tu aku dengar kereta masuk laju jer. dalam hati dah cakap ni sure ada berlaku something ni kalo tak hb tak bawak kereta masuk ke dalam laju giler. hb datang kat aku cakap minyak brek kering kontang sekali lagi padahal baru isi pagi tadi. ni mesti bocor. masa tu dah dekat kol 6 so tanpa berfikir panjang kami terus ke workshop. nasib baik belum tutup.




foreman tu cek depan cek belakang dia cakap bocor dua tempat kat sebelah kiri dan kanan. kena tukar la kan. duit lagi kan. apa nak buat tukar je lah. tapi nasib baik tak mahal parts dan upah rm60 jer.


so minggu ni kereta punya pasal dah kena pow rm rm rm rm rm. aduh aduh semua tu tak de dalam bajet. so mulai bulan mac aku akan bukak satu akaun kecemasan. nak tak nak kena simpan. in case berlaku yang diluar jangkaan so tak perlu risau nak kena keluar duit poket sendiri.


dan sebab dah terover bajet kerana kereta so bulan mac no shopping no makan luar no beli benda-benda mengarut. benda mengarut tu bila lalu kedai tudung tak boleh tahan beb. sure mengundur kebelakang masuk itu kedai. boleh tahan ke bulan mac ni no no no semua tu?????

4 comments:

  1. kak, rahim kata patutnya hantar balik ke workshop panel insuran yg akak hantar hari tu. itu sumer patutnya dorang kena check sblm release kereta tu. Tu sumer berkaitan ngan accident, sebagai panel yg bertanggungjawab, diorang kena betulkan semula. akak takyah bayar patutnya.

    ReplyDelete
  2. odah,
    tu la lepas accident tu semua benda rosak
    cina foreman pun cakap fan dan motor patah maybe berpunca dari accident. ok odah esok akak try call shira ma*. thanks odah.

    ReplyDelete
  3. kak, bukan ke insurans, tapi ke workshop yg akak hantar kereta hari tu.

    ReplyDelete