Sunday, February 7, 2010

aku pernah kena....korang pernah jugak ke?

lKami jugak order mihun bandung muar.. tp malangnya tak sanggup nak makan, nak sentuhpun tak de hati. Geram sgt sebab kakak yg hantar mihun ni boleh letak pinggan kasar sgt.. macam menghempas atas meja. Dgn muka masam & tak hormat langsung kat org. Hubby diam je... dua2 tengok je mihun tu. Then hubby terus bangun masuk kereta. Aku pi bayar & balik :(

sori dhill ai cilok dari blog u


lepas baca ini tergerak hati pulak aku nak stori mori kat sini pasal kisah di kedai makan.


aku jugak pernah alami perkara yang sama berulang kali tapi di kedai yang berbeza. tahap kemarahan bergantung pada mood ketika itu. kalo perut tengah lapar dan mood ok ok so aku just makan. tapi kalo masa tu mood tak berapa nak ok....hah siap ko. memang aku tinggalkan makanan tu seketul macam tu tak berusik. bayar dan blah dari situ.


pernah dulu aku dan hubby selalu makan kat satu kedai tu. dah berbelas tahun aku kenal ngan tauke dia. seminggu sekali kami pegi makan kat kedai tu. kotiaw basah tak basah dia mak aih mabeles u. semua menu kat kedai tu sedap2 belaka. kedai tu bukak 6.30 petang setiap ari. kami datang 6.20 petang kurang 10 minit dari waktu sepatutnya.kami tahu kami datang awal tapi sebelum masuk kedai kami pastikan yang kedai tu dah dibuka sepenuhnya.


kami duduk sorang pun tak datang tanya nak makan ape. aku nampak kelibat2 orang kat dapur so aku lambai2 supaya dorang datang kat aku tapi dorang buat dek seolah2 kami tak wujud di situ.


10 minit berlalu. aku tengok hubby, hubby tengok aku. aku dan hubby tengah lapar so aku anggap dorang tengah bizis kat dapur so aku ke dapur bagi order. boleh dorang cakap kedai bukak lagi 10 minit so lagi 10 minit kami amek order. boleh ke begitu? cara bercakap tu dah memang la kasar bunyinye lepas tu siap hempas2 baldi hempas kotak. amboiiiii ko.



aku pegi kat hubby belum sempat aku sampai hubby dah angkat vontot blah. kiranya 5 6 bulan jugak kami tak jejak kaki ke kedai tu. masih terasa sakitnya hati kami dilayan macam orang mintak sedekah. satu ari tu aku terserempak ngan tauke kedai tu, dia tanya lama tak nampak aku makan kat kedai dia. aku pun cerita kenapa kami tak datang kat kedai dia. katanya bukan aku sorang mengadu pasal tu ramai jugak pelanggan2 tetap dia cakap benda yang sama.



kisah kedua pulak....kat batu gajah ni ada sebuah kedai melayu yang jual ayam goreng ala kentucky. kedai ayam goreng ni bukak dari jam 6.30 petang hingga 9 malam. kedai ni femes seantero batu gajah sehingga ke ipoh dan belah2 kampung gajah, parit hinggalah ke setiawan. pendek kata kalo datang ke batu gajah sebelah petang tak sah kalo tak beli ayam goreng ni. pelanggan sentiasa bersusun2. nak beli kena berbaris panjang. kadang2 tu sampai turn kita ayam dah abes.


keistimewaan ayam goreng ni bau ketika digoreng boleh dinikmati oleh penduduk batu gajah sekitar radius 5 km. bau tu sahaja boleh membuatkan jantung berdenyut nyut nyut. belum makan lagik. ayam tak sah citer la...lembut sesangat. rempah-ratus yang digunakan untuk perap ayam tu menjadi rahsia pemilik kedai tu. aku dengar citer pernah sorang tauke cina nak beli resepi ayam tu dengan harga RM100K tapi takan tauke ayam goreng tu jual resepi tu kan. selain jual ayam goreng, tepung untuk goreng ayam pun ada dijual dengan harga sekilo rm4.50. agak mahal harganya tapi berbaloi2 sebab kita akan dapat rasa sebijik cam ayam goreng yang kita beli.


kerana menjual ayam goreng dorang laki bini pakai kereta2 mewah. lupa nak citer dua orang laki bini tu dengar kabar dua2 cikgu. so menggoreng ayam ni part time dorang je. dan dengar ceritanya kerana menjual ayam goreng dorang hidup mewah rumah bungalow besau u.


dah jadi resam manusia bila kedai dah meletops so perangai tauke dia pun meletop2 jugak. bila orang bersusun2 nak membeli muka tauke laki bini dah tak maneh dah. menjual sambil tarik muka empat belas gitu. dek kerana ayam goreng dia yang sedap itu orang tak peduli pasal muka maneh ke tak maneh. janji dapat makan ayam goreng sedap.


aku banyak kali kena ngan bini tauke ni time aku membeli dia cakap kasar, cara dia bagi plastik ayam goreng tu pun kasar. cara memberi baki duit pun kasar. memang sakit hati tapi..... tu la ayam goreng dia sedap sangat la korang.....bila terasa nak makan ayam goreng lupa seketika peel bini dia.


yang ni peristiwa ni membuatkan aku hilang sabar dan merajuk berbulan2 eh setahun kot tak beli ayam goreng dia. aku sampai kat kedai tengok orang tak de. pelik aku. selalunya orang berbaris panjang. nak kata masih awal tak jugak. masa tu dah lepas magrib camtu. selalunya time2 gini orang bersusun2. ada sorang cina je kat situ. cina tu nampak bergaya dan bini dia speaking london ngan cina tu. dia tak peduli pun aku yang tercogok berdiri kat situ. bukan main mesera bini dia melayan cina tu. selalunya tak pernah tengok bini dia bermaneh muka apatah lagik nak bersembang ngan pelanggan. oh rupanya cina tu doktor...patut la....sikit punya layan.


disebabkan orang tak de sorang pun so aku berdiri betul2 depan cermin display ayam goreng dia. pertama aku nak amek bau ayam goreng yang menusuk kalbu. kedua dah orang tak de tak kisah la aku nak diri kat mane pun kan. selalunya orang akan berbaris kat tepi display.


sambil dia membungkus ayam goreng cina tu sekali-sekala dia pandang aku. kali ketiga dia pandang aku dia cakap 'hey....hey......shuh shuh jangan berdiri depan cermin display tu' ' nanti cermin berkabus'


adakah aku tersalah dengar dia kata hey....ok hey tu tak pe lagi. dia kata shuh shuh.....mentang2 dia jual ayam so aku pun dia anggap macam ayam kah? menyirap darah aku. tolonglah....bukannya aku nak menghembuskan nafas aku kat cermin tu.


mulanya nak angkat kaki tapi mengenangkan suami terchenta mengidam nak makan ayam goreng sebab baru kebah demam so dengan muka yang mencuka aku beli la jugak.


jadinya selepas tu, itu kedai sudah kena banned ngan aku. bukan apa......rasa tak patut la dia cakap macam tu kat pelanggan. apa salah cakap bebaik tak rugi kan. janganlah hey hey pada pelanggan. patut la pun orang dah makin kurang tak macam dulu......wallahualam.

2 comments:

  1. nino,
    budaya org melayu ni macam tu (nanti ada lak yg marah).. nak buat camne. Tak tau nak menghargai pelanggan & always double standard. Kita kena pupukkan semangat menghormati pada yg memberi atau diberi. Selalu berterima kasih kerana ada org yg sudi berkongsi rezeki. Tak kisah le pada tukang masak, pelayan atau tukang cuci.. kita berterima kasih pada dorang sbb dgn adanya dorang tak perlu le kita bersusah payah nak buat semua keje tu.. tp yg lebih penting dorang kena le bersyukur dan layan kita dgn baik gak sebab ada org yg sanggup berkongsi rezeki dgn dorang. Malangnya ramai org kita tak paham tentang ni.
    Just want to share with you.. sy selalu ckp terima kasih pada those yg hidang air/makanan di kedai2, juga pada cleaner atau pembancuh teh di pejabat..dan saya selalu harap lebih ramai org kita yg macam tu. Supaya kita dpt bina budaya ini di kalangan kita. Mulakan dgn diri kita.. sbb dorang ni bg peluang kita melakukan amalan baik (walaupun dibayar.. sekurang2nya kita berkongsi rezeki dgn org lain). klu nak harapkan dorang ni yg berterima kasih pada kita memang susah sbb ada yg anggap kerja tu sbg beban & buat secara terpaksa.. apa nak buat, sama2 le kita mengubahnya ye!

    ReplyDelete
  2. ai setuju sangat ngan pendapat u tu dhill.
    kita kena pupuk dalam diri kita terlebih dahulu.
    ai dan hubby sekarang nipun dah membiasakan diri ucapkan terima kasih tak kira pada siapapun.
    lagi satu kita kenalah sentiasa bermanis muka senyuman tu penting supaya orang lain akn berasa selesa ketika bersama2 ngan kita.

    ReplyDelete