Thursday, March 4, 2010

minggu kesakitan yang alamak sakitnya

adoiiiiii minggu ni minggu sakit. minggu aku tido sepanjang masa.


period pain yang tak boleh blah gitu. sakiiiiiitnya. ari selasa sakit perut tido kol 2 lebih sampai 6 petang. rabu sakit lagi. tido 2 lebih sampai 6 petang. ingatkan arini dah ok. masa kat jpj tadi mak aih tiba-tiba sakit. balik rumah tido dari 11.30 pagi sampai 1 petang. pastu 2 petang ada lunch date dengan lawyer. lepas makan sekali lagi tak boleh tahan sakitnya. balik rumah tido 3 lebih sampai 5.45 petang. walaupun siangnya tido bagai nak rak yang peliknya malam 8 lebih mata dah melekat-lekat mintak tido.


sekarang ni pun ada sikit-sikit lagik sakitnya. entah apa kenanya. yang aku perasan dah 3 4 bulan period pain jadi camni. sakit sampai badan lembik tak boleh nak bangun.


bulan depan kalo jadi camni hurm nak kena gi cek doktor. tak boleh dibiarkan.


ok aku mulakan ngan xtvt ari selasa. selasa jam 9 pagi aku ngan hb ada apoimen di imigresen ipoh. apoiment kali ni aku dan hb ditemani oleh dato dan datin. so layanan yang kami terima sangatlah tiptop. sehingga kan no giliran kami pun diambil oleh vvip. cayalah.


ok layanan yang kami terima di kaunter pun very the tip top jugaklah. ai like.


akceli aku boleh aje berurusan tanpa kehadiran dato dan datin tapi......kami tak nak peristiwa di imigresen putrajaya 2 minggu lalu berulang sekali lagi. oppppsssss off the record please.


rabu.....apa jadi ari rabu yer lupa pulak dah. oh rabu aku dan hb ke lembaga hasil dalam negeri bawak sorang tauke restoran register income tax. urusan di situ jugak cepat tak sampai 10 minit selesai. isnin depan kena pegi sekali lagi submit borang pendaftaran dan profit and loss.


kamis...masih lagi tauke restoran yang sama. arini bawak dia ke mbi. setel urusan di mbi kami zasss ke jpj. akceli aku nak amek kesempatan pegi jpj nak tukar alamat kat lesen memandu. sekali sakit perut tahap tak boleh nak bangun. pegi toilet, selesai urusan di toilet tengok dorang pun dah selesai urusan di kaunter perlesenan. uh adakah aku terlalu lama di toilet atau urusan dorang terlalu pantas di kaunter? konpius aku.


so aku tak jadi nak tukar alamat kat lesen memandu sebab hb dan tauke tu dah tunggu aku dalam kereta. alamak bila la pulak aku nak datang jpj nak tukar alamat ni?


esok? esok 9pagi ada orang nak datang rumah nak suruh aku buat ape benda entah. minit mesyuarat ke ape. katanya setiausaha yang patut buat minit mesyuarat tu sakit. minit tu kena submit lusa. so pakcik tu mintak tolong aku buatkan. boleh la pakcik....


sabtu? pagi apoiment ngan tauke restoran tadi dan tauke rertoran sorang lagi.


ahad? akceli ada jugak apoiment tapi nak hold dulu. nak rehat. sebab minggu depan banyak agenda padat yang akan berlaku.


akceli ada 2 3 keja yang aku kena siapkan minggu ni. tak de mood nak buat. tak de mood sebab asyik dok layan sakit perut. sakit datang jer aku menyerah kalah. sure nak bantal. ni pun tengah taip mata dah terkebil-kebil mulut terkuap-kuap.


perut masih nyet nyet nyet sikit-sikit lagi. tak boleh layan sangat. tak boleh diikutkan sangat.


hb tengah rebus maggi kari. bau maggi kari dah meresap-resap kat depan ni. nasib baik hb pandai bawak diri. tengok aku lembik semacam semua dia buat sendiri. tak menyusahkan aku. very good!


oklah itu je nak bebel arini. jumpa lagi next week kot.


dah 8.22 malam. gud nite.

4 comments:

  1. akak.. better akak pegi check.. sekarang ni macam2 penyakit.. akak biler last buat pap smear? elok jugak kalau akak pi buat tu. harap2 akak tak der apa2 yg serius

    ReplyDelete
  2. ed,
    lama dah akak tak buat pap smear.
    4 tahun kot.
    ok ok nanti akak gi klinik buat pap smear.
    thanks ed sebab ingatkan akak.
    harap2 tak der yang serius. eeiiiii takutnya.

    ReplyDelete
  3. salam, aritu sy jugak yang tak pernah period pain..tetiba sakit sgt...pastu kuar drh berketul2..rupanya ada pcos. dan dinding menebal lebih dr biasa..then ada polyp plak di rahim. better g check. at least hati senang sket kalau xdak apapa. :)

    ReplyDelete
  4. salam cheedah,
    akak dah pegi klinik last week
    doktor suruh datang time period tu nanti
    hurm saspennya....

    ReplyDelete