Monday, April 5, 2010

dah jadi tak ikhlas

meh aku nak citer kat korang pasal seorang mahkluk ni...aku namakan dia mahkluk sebab ketika ini aku sangat amarah kat dia.


~ baru kenal ~

kenapa termenung ni? aku nak ke jalan kuala kangsar tapi tak de sape boleh anta aku.
ko free tak? boleh anta aku. kejap jer. lepas setel sana kita balik, boleh? hb tanya aku, aku cakap oklah.


ok tu maksudnya kejap je. sebab kami ada urusan lain dalam masa satu setengah jam lagik.
so sementara tunggu satu setengah jam boleh la bawak dia ni pegi ke jalan kuala kangsar


sampai di sana dia biarkan kami berdua berpanas dalam kereta. tak ajak kami masuk pun. dah setel urusan dia kat situ selamba dek je ajak kami ke silibin katanya kejap je.


dah ke silibin patah balik ke jalan kuala kangsar tempat tadi. sekali lagi kami berpanas berpeluh-peluh dalam kereta.


pastu dia cakap sori....kami balik. on the way balik boleh singgah kedai kejap tak? aku nak beli santan orang rumah aku nak masak bubur kacang.


sudahnya lebih 2 jam kami mengesahkan dia. urusan kami sendiri terpaksa dibatalkan.


selepas itu banyak kali jugak ada 3 4 kali kot kami terkena. cakap nak ke satu tempat tapi dah bertempat-tempat jadinya. aku dah mula rasa pedap. hb pun dah pedap jugak.




~ dah kenal lama sikit ~


bila nampak dia termenung aku dan hb tak tegur tanya kenapa. sebenarnya kami tak rancang pun tak nak tegur tanya kenapa termenung tapi lidah kami berdua kelu.


dia buat muka kesian ajak kami bersembang katanya dia nak pegi ke satu tempat tapi tak de sorang pun boleh anta dia. kawan-kawan semua ada hal tak boleh anta dia.


dia tanya lepas ni kami nak ke mana? hb cakap nak ke taman perpaduan. oh nak ke taman perpaduan dah dekat lah tempat yang aku nak pegi tu. boleh aku tumpang ko separuh jalan. balik aku naik bas.


tak kan kami nak kata tak boleh pulak kan. hb anta dia ke tempat yang dia nak pegi. sampai sana orang yang dia nak jumpa belum balik. pastu selamba je cakap ok macam ni aku ikut ko. ko selesaikan urusan ko aku duduk dalam kereta. pastu aku mintak tolong ko anta aku ke tempat tadi..boleh?


malas nak pikir hb cakap oklah. dah selesai urusan kami so kami anta dia ke tempat tadi. sampai sana dia boleh cakap ko tunggu kejap aku nak diskus kejap je dengan orang tu pasal nak beli sekor kambing. kejap je


kejap ape........bukan lagi dah berpeluh dah basah lenjun baju kami. dah la tepi kubur cina. naik seram aku tengok gambar kat kubur cina tu. tapi nak buat camne kiri kubur kanan kubur. kandang kambing tu betul-betul tepi tu.


sekali lagi dia buat hal.....kita pegi ke tanjung kejap aku nak jumpa bilal. aku nak tanya lusa bilal tu free tak. aku nak suruh dia sembelih kambing. sampai tanjung kami nak tinggalkan dia kat restoran nasrul sebab kami nak balik rumah dah penat. dia buat muka seposen muka kesian suruh kami tunggu kejap jerrrrrrrrrrrrrr.


lepas anta dia balik rumah aku merungut kat hb. hb pun bebel-bebel. hb cakap apa dia ni....
patut la kawan-kawan dia tak nak tolong anta sebab dia buat camni. kata pegi satu tempat ni dah 3 4 tempat. apa ni!


ingatkan dah tak kena lagik rupanya licik sungguh dia ni. dia suka ambil kesempatan. aku dah mula rasa menyampahssss.



~ dah kenal lama lama lama sikit ~


lama jugak kami tak layan dia. tiap kali dia mintak tolong hb bagi banyak alasan yang munasabah. hiks. lama jugak lah berbulan-bulan rasanya kami tak 'menolong' dia.


tapi arini kami terkena buat sekian kalinya.


sulaiman mintak tolong kami bawak kan dia ke cimb bank bercham. sampai restoran sulaiman, dia cakap tunggu kejap orang tu nak ikut sekali. aku dan hb saling berpandangan. aku cakap la kenapa dia nak ikut pulak. ni mesti ada agenda.


sulaiman dah siap tapi orang tu ada nak jumpa orang la pulak. orang tu suruh kami tunggu kejap. ish suka guna perkataan kejap. so kami cam orang bodoh menunggu orang tu setel ngan kawan dia. sudahnya aku cakap kat sulaiman cepat sikit aku ada hal 2.30 petang ni. ni dah dekat kol 1. sulaiman cakap kat orang tu suruh cepat. aku dengar orang tu merungut-rungut katanya dia belum habis cakap. aku cakap pada sulaiman tak boleh aku ada hal lepas ni. patutnya dia nak tumpang kami dia patut ikut cakap kami. ni kami pulak nak kena dengar cakap dia.


mula-mula kami ke cimb bercham. sulaiman buat urusan dia. orang tu buat urusan dia. urusan sulaman selesai tapi urusan orang tu tak selesai. aku dengar dia cakap dengan sulaiman lepas ni dia nak ke cimb tanjung. aku buat tak dengar je. aku cakap kat sulaiman aku ada hal lepas ni.


hb tanya sulaiman lepas ni nak ke mana lagi. sulaiman cakap dia punya hal dah setel. hb gatal mulut pi tanya orang tu. orang tu cakap ko bawak kan aku ke medan kidd aku nak ke pejabat agama nak anta borang nikah anak aku. aku tengok muka hb berkerut. sape suruh u tanya. hah tengok tengok.


masyaAllah nak ke medan kidd. jauh tu dari bercham nak ke medan kidd. jauh satu hal jem satu hal. dah la tengahari sure ipoh tengah jem gile waktu ni. aku dah mengeluh. muka hb dah mencuka tapi sape suruh gatal mulut. aku tengok jam eh mana boleh aku nak jumpa kawan akulah.


tapi mulut kami seolah-olah terkunci mengikut je arahan dia.


masuk bandar ipoh padan muka. tengah jem gile. lunch hour. time budak keluar sekolah. kereta gerak pun sikit sikit je. dekat sejam jugak baru sampai pejabat agama.


masa tu dah 2.20 aku terus call kawan aku cakap tak jadi jumpa. bengang pun ada.


boring aku tunggu orang tu dah la sakit perut sampai tertido dalam kereta. sedar-sedar dah sampai restoran sulaiman. sulaiman suruh kami lunch dulu. tapi aku dah tak boleh bukak mata. sulaiman paksa kami minum dulu. hb minum milo ais aku minum ais bandung.


sakitnya hati aku orang tu keluar kereta tak cakap terima kasih pun menonong masuk restoran sulaiman. panas betul aku.


on the way balik rumah hb merunggut-runggut sebab kalau hal sulaiman lama dah selesai. ini mengesahkan hal orang tu. hb bebel aku pun bebel bebel jugak.


maknanya arini kami tak ihklas 'tolong' orang tu


rasanya cukuplah setakat ini kami tolong orang tu. no more. patut la kawan-kawan dia lari bila dia mintak tolong. dia buat orang cam kuli babun dia. patut la dia tak de kawan. patut la bila dia call orang tak nak jawab.

3 comments:

  1. akak, cuba bila akak jumpa dia, or face-2-face nga dia, baca ayat kursi dalam hati sambil berdoa, macam dia ada pukau akak ar cara dia tu.

    kita bersedia aje, bukan tuduh yg bukan-bukan.

    ReplyDelete
  2. odah,
    ha'ah la odah betol jugak
    tak pernah pulak akak/hb baca ayat kursi bila berdepan ngan orang tu.
    ya lah cara dia tu cam pukau orang. kita ni ikut je cakap dia tak boleh kata tidak.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, teruknya manusia macam ni..
    Jgn layan la kak org macam ni. Tak pasal2 kita pulak yg menambah dosa sakit hati kat dia.

    ReplyDelete