Sunday, April 4, 2010

majlis penyampaian cek


seawal 6.45 pagi kami dah bertolak dari rumah menuju ke restoran sulaiman di bandar baru tambun. kami kena sampai di taman klebang jaya tepat jam 7.30 pagi untuk majlis pendaftaran penerima cek.
mulanya kami ingat ala cakap je 7.30 pagi kang dah sampai sana pung pang pung pang sure lewat sejam dua majlis itu akan berlangsung.


sangkaan kami termeleset. upacara berjalan mengikut jadual yang telah disusun.


acara bermula ngan senamrobik. awat tak habaq ada senamrobik. cek minat betoi la senamrobik ni. kalau cek tau cek tak la pakai glemer kasut tumit tinggi. tak ramai yang join senamrobik ni sebab dorang cakap dorang tak dibagitahu ada acara ni. so dorang pun pakai glemer gak. tengok tu ada 7 8 kerat jer.




nilah sulaiman tauke restoran arafah bandar baru tambun. orangnya pendiam ya hamat. 5 patah tanya baru sepatah jawab. patutnya dia pegi sorang-sorang pun boleh tapi dia ajak hb temankan dia. hb pulak of kos ajak aku....aku ni kan body gad dia. hehe



tepat 8.20 camtu keberangkatan tiba dato' seri husni menteri kewangan kedua. sori yak korang entri lepas aku mention dia timbalan menteri kewangan..opppsss silap.



seperti biasa acara formal cam gini di mulakan ngan ucapan vip itu vip ini. yang beshnya semua ucapan adalah ringkas padat dan boleh diterima pakai. ucapan dari dato seri pun sangat besh pandai buat kelakar dato seri ni. i like.


dato seri cerita kenangan masa kecik. adik-beradik 8 orang. ayah dia sewa rumah atap nipah kat belakang sekolah st michael ipoh. bila ujan satu famili berkumpul kat satu ruang kecik bersempit-sempit 10 beranak sebab tempat lain semua tempias air masuk dalam rumah. pastu ayah dia kesian kat anak-anak ayah dia sewa rumah atap zink. so dapatlah dorang semua hidup selesa sikit.


kemudian dorang pindah ke sg rokam, bila dato seri dah keja dia besarkan rumah ayah dia. dan bila adik-beradik yang lain pun dah keja masing-masing jugak membaik-pulih dan membesarkan lagi rumah yang sedia ada.


ayah dato seri sekarang dah berusia 90 tahun +++. ayah dia bersyukur sebab ada anak sorang menteri dan boleh duduk di rumah batu yang amat selesa.


moral of the stori : dato seri mengingatkan hadirin supaya walaupun berkerjaya tinggi hidup mewah namun tanggung jawab terhadap ke dua ibubapa hendaklah sentiasa berterusan supaya generasi akan datang generasi cucu-cicit kita nanti akan meneruskan budaya seperti ini.
dato seri banyak menyentuh soal tanggungjawab hidup berkeluarga.




saat yang ditunggu-tunggu oleh sulaiman dah tiba. upacara penyerahan cek. sulaiman tersenyum lebar lepas dapat cek itu. selesai sekejap masalah dia buat sementara waktu. kesian sulaiman ni tau walaupun taukeh restoran tapi senyuman jarang melekat di bibir dia kerana dia ni cam kes tipah tertipu. terpaksa teruskan perniagaan untuk isteri dan anak-anak terchenta. sebagai kawan aku dan hb selalu beri semangat dan kekuatan untuk dia meneruskan bisnes itu.





selesai upacara dato seri bersalaman ngan semua orang. masa ni dato seri ngah salam ngan hb. tapi aku tak sempat nak snapo gambar dorang berdua. hb marah betol kat aku. i'm cori



No comments:

Post a Comment